The Chini Saga | Cik Siti

Thursday, 4 July 2013

The Chini Saga

assalamualaikum...

pernah dengar Tasik Chini? mesti la pernah kan....tambah-tambah orang pahang...lagi la pernah...tipu la kalau korang kata tak pernah dengar Tasik Chini....tu bukan motif aku buat entry ni....nehi nehi....bukan nak tanya korang tau or tidak Tasik Chini....

tapi apa yang aku nak tanya adalah, korang tau tak cerita The Chini Saga?


Filem yang akan mengetengahkan kisah mitos membabitkan lagenda naga di Tasik Chini, Pahang itu, bukan saja dijangka bakal menelan belanja membabitkan belasan juta ringgit, namun apa yang pasti ia menjanjikan satu kelainan tersendiri.

Di bawah penerbitan produksi baru, Versaeye Consultant (VC) yang dianggap cukup berani menanggung risiko kerana sanggup membelanjakan jumlah kewangan besar demi menghasilkan sebuah filem mungkin harus dipuji.

cerita ni membabitkan ENAM BUAH NEGARA...iaitu, Malaysia, Brunei, Thailand, China, Indonesia dan India...memang perghhh la....6 buah negara kot...kiranya bukan calang-calang cerita ni....

Penerbit, pengarah dan penulis skrip yang bertanggungjawab untuk merealisasikan karya ini, Mohd Rafeezi Mohd Zin atau lebih dikenali dengan panggilan pVeeZi berkata sebelum dia benar-benar bersedia mengetengahkan karya mitos lagenda naga itu ke layar perak, kajian sudah dibuat sejak empat tahun lalu.

“Saya lebih dulu melakukan kajian menyeluruh untuk filem ini berikutan kos akan digunakan besar iaitu mencecah RM17 juta dan ia juga membabitkan pelakon bertaraf antarabangsa dari enam negara Asia.

“Selain itu, filem ini juga dijangka akan menggunakan kira-kira 90 peratus sepenuhnya teknik pengimejan komputer (CGI) seperti penghasilan filem Hollywood seperti Transformers atau Avatar. 

“Manakala, di negara ini, penggunaan CGI pernah dilakukan dalam beberapa filem terbitan KRU Studios seperti Cicakman, Hikayat Merong Mahawangsa, Magika dan 29 Februari. Bahkan, ia dilihat berjaya,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena pelancaran filem itu di di Restoran Hadramawt, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Mohd Rafeezi, memandangkan dia memiliki kepakaran dalam bidang pembuatan perisian komputer, maka katanya penggunaan CGI sebenarnya memiliki kelas kualiti tersendiri.

Ujarnya, dia berminat menghasilkan kembali dalam versi baru kisah mitos naga di Tasik Chini ini kerana yakin betapa penonton tempatan pasti menanti-nantikannya. Jelasnya lagi, filem itu bakal menampilkan epik kenegaraan, pengembaraan, dan fantasi yang menerapkan unsur warisan serta budaya.


can't wait for this story to come out....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...