PERBEZAAN rokok elektronik dengan rokok tembakau | Cik Siti

Tuesday, 16 July 2013

PERBEZAAN rokok elektronik dengan rokok tembakau

assalamualaikum...

siapa kat sini isap rokok elektronik, sila angkat tangan....siapa kat sini isap rokok tembakau, sila angkat kaki....yang tak isap rokok, sila duduk diam2....



PERBEZAAN ROKOK ELEKTRONIK DENGAN ROKOK TEMBAKAU

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan berita yang mengatakan rokok elektronik lebih berbahaya daripada rokok tembakau. Rokok elektronik mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kronik. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Namun adakah perkara ini benar? Mari kita lihat beberapa kenyataan dari pakar kesihatan seluruh dunia..
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

p/s : kenapa Menteri Kesihatan Malaysia berkata sedemikian? meh aku nak jawab kenapa.....
Menteri Kesihatan Malaysia ni mestilah di bawah kerajaan kan? income kerajaan mostly daripada rokok tembakau ye dak????????? kalau diaorang cakap rokok tembakau lagi bahaya daripada rokok elektronik, so most people will not buy that rokok tembakau la kan....so, mana kerajaan nak dapat income....nampak dak permainan diaorang???? ha....so, apa tunggu lagi...pi la beli rokok elektronik tu....kalau berhenti terus merokok pun lagi bagus.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...