Menjana Hobi Menghasilkan Pulangan | Cik Siti

Thursday, 9 April 2015

Menjana Hobi Menghasilkan Pulangan

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai hobi tertentu. Sebenarnya ramai ahli perniagaan yang berjaya kerana memulakan perniagaan dengan suka-suka pada peringkat awal. Ia bermula dengan melakukan perkara yang diminati dan lama-kelamaan membuahkan hasil. Ini adalah realiti. Apabila kita melakukan perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, seperti berkongsi ilmu memasak, akhirnya ia menjana pulangan yang besar kepada beliau.

Walaubagaimanapun, perniagaan bukan melakukan perkara yang kita suka semata-mata. Terdapat golongan yang membuat perkara yang diminati tetapi apabila dikomersialkan, ia tidak menghasilkan pulangan lumayan. Oleh itu, penting untuk kita memastikan hobi itu dapat menjana pulangan dengan cara yang betul. Sekiranya kita bijak dalam promosi, ia pasti menjadi.


Selalunya, sekiranya perkara yang baik, ia mudak tersebar. Apabila kemudahan internet digunakan untuk tujuan komunikasi, ia menambah peluang untuk kita menyebarkan produk, serta apa jua bahan yang mahu dipasarkan. Memang tidak dinafikan, terdapat banyak persaingan. Walau bagaimanapun, sekiranya kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik, ia pasti menjadi pilihan pelanggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...