Kelebihan Perniagaan Online | Cik Siti

Saturday, 18 April 2015

Kelebihan Perniagaan Online

Assalamualaikum

Sekarang ni kita tengok ramai yang melangkah ke dalam dunia perniagaan. Bukan saja perniagaan online, malah offline juga kita dapat lihat macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak yang diusahakan oleh anak-anak muda.

Kalau tengok kat Alor Setar, Kedah, banyak butik2 vendor yang ada. Sampai tak tau kat mana nak pergi. Concept yang boleh dikatakan sama saja walaupun owner lain-lain.



Hari ni aku nak bercakap tentang kelebihan perniagaan online. Sebab kalau kita tengok, perniagaan online ni terlalu banyak walaupun ramai yang pernah kena tipu dengan peniaga-peniaga online ni. Tapi permintaannya makin bertambah dari semasa ke semasa.

Business Online ni selalunya orang yang tidak mempunyai modal yang banyak untuk memulakan business. Sebabnya :-

1- Tak perlu sewa kedai. Hanya dengan duduk di rumah dan mempunyai line internet, sudah boleh buat marketing. Medium yang selalu orang gunakan adalah Facebook dan juga Instagram.

2- Pekerja pun tak perlu digaji. Kita sendiri boleh buat marketing, hantar barang kat customer, dan juga cari stock. Semuanya dihujung jari. Tak perlu tenaga kerja yang banyak untuk buat business online.

3- Pasaran untuk business online ni sangat besar. Sebab seluruh dunia menggunakan medium ini untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain. Berniaga secara offline, masyarakat disekeliling kita saja la yang tau.


Kalau nak buat business online dan offline pun lagi bagus. Jika customer dari jauh berminat untuk membeli barangan anda, so boleh la diposkan. Tak perlu datang kedai. 2 in 1 punya concept. ^^ Yang dekat kita conquer, yang jauh pun kita conquer. Bukan nak suruh tamak ka apa. Peluang cuma datang sekali ja. Kalau kita tak grab, orang lain yang akan grab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...