TEMBAKAN DAN KEMATIAN BERLAKU DI LAHAD DATU, SABAH | Cik Siti

Friday, 1 March 2013

TEMBAKAN DAN KEMATIAN BERLAKU DI LAHAD DATU, SABAH

assalamualaikum....

benda ni aku baru tau tadi ja...dok usha2 status member dekat FB...and then member aku bagitau yang ada ada perang dekat Lahad Datu...then aku mula search pasal berita ni....



KUALA LUMPUR, 1 Mac— Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkankematian, lapor media Filipina hari ini.
Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan  wartawan berkenaan.
Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.


let's pray for their (Malaysian) safety...hopefully benda ni tak berpanjangan la k....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...