Saturday, 31 December 2011

stunted growth?

assalamualaikum and a very good morning guys n girls....
please view my picture below.....

terasa macam tinggi.....

sebenarnya TIDAK.....from left, my second younger sister which is 178cm and my third younger sister slightly higher than me......damn!! i'm so SHORT

boleh dikatakan baju aku yang aku beli masa form 2, aku still boleh pakai sampai sekarang....which mean it's already 6 years, but yet size of my shirt is the same and also my height......errrrrrrrrr...

if i go to 'kenduri', people might say that i'm the youngest among my sisters....ahaksss....terasa muda kembali....sekarang da umo 20, nak masuk 21 da pun.....kalau nak kata akan tinggi, memang tak la kan......kalau makin membesar ke kanan and ke kiri itu memang kemungkinan besar la....now i gain my weight......54 kg.......berat ni last aku tengok masa form 4....then lepas tuu maintain 50kg....sekarang naik balik 54kg....apa nak jadi ni......cuti mid term ni aku kena exercise.......that's my PROMISE......wish me gud luck keyh to loss some weight within 1 week.......

Friday, 30 December 2011

seminggu berlalu...

assalamualaikum and a very good evening.....
it's been such a long time i've been disappearing.....(sengal....baru seminggu kot)....apa yang terjadi last week???

my parents anniversary......exam -_-.......

study...study and study.......o_o

ni white coffee...baru minum setengah gelas....kepala da pening.....masa aku minum kopi ni, aku tido pukul 6 pagi......da serik nak minum kopi da lepas ni......


ni la yang aku order time celebrate my parents anniversary.......salmon terriyaki......ikan dia gila bapak punya besaq.......kalau makan banyak2 muak kot....but, berbaloi la dengan harga dia pun -_-

ni budak yang terpaksa study ngan aku sekali....kesian katanya sebab aku hari2 mintak nak duduk sekali.....err....kalau tak ikhlas baik tak payah......aku pun tak mau la......bukannya boleh study pun......haish.....

last picture i want to share.....

hopefully dapat kawen awal....and dapat menerima tanggungjawab seorang isteri...=)


Sunday, 25 December 2011

tak payah WISH senang

TAK PAYAH WISH SENANG.......

HUKUM orang Islam mengucapkan tahniah dan ucapan selamat bersempena perayaan agama bukan Islam

assalamualaikum and a very good morning....
after 1 hour i've done a research regarding 'hukum orang Islam mengucapkan selamat bersempena perayaan orang bukan Islam'.......now, i've found this......


Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
     
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
     
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Keputusan (English): 
The Ruling On Muslim Wishing and Greeting On Non Muslim Religious Festival

Decision:

The 78th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th June 2007 has discussed on the ruling on Muslims wishing and greeting on non Muslim religious festivals. The Committee has decided that:

1. Any Muslim practice or behaviour with respect to non-Muslim festivals and celebrations that involve the questions of aqida or conviction such as acknowledging other religion or believing that all religions are same, are prohibited in Islam

2. However, if the stated practice or behaviour is done on the basis of societal or social relationship between Muslims and non-Muslims for the purpose of harmony is permitted in Islam

3. To give congratulatory and good wishers or to send greetings using cards or telecommunication devices such as e-mails, short messaging system (sms) or etc to non Muslims during their religious festivals is permissible, on the condition that the greetings do not recognise, praise, glorify the religion of non-Muslims and also do not use any of their religious symbols in the greetings sent.
 



it's from FATWA k.....kalau tak percaya, sila klik SINI


Friday, 23 December 2011

sebab apa sebelah kecik and sebelah lagi besaq?

Nak tau something tak????


breast perempuan memang tak sama size.........bukannya disebabkan oleh penyakit...tapi disebabkan oleh satu salur darah yang bernama aorta....
ok, kalau korang tengok kat pis atas tuu, nampak tak salur darah aorta....besar kan....sebab tuu la kalau tengok breast perempuan sebelah besar and sebelah kecik....memang la tak nampak ketara....tapi ini adalah kenyataan....saiz breast tak sama........lelaki punya breast pun macam tuu jugak ka?? ermmmm...tak....sebab lelaki punya breast tak sama bentuk macam breast perempuan.....i mean tak besar and tak menonjol.......ini yang lecturer aku bagi tau la.....

korang (lelaki) jangan pulak lepas ni pergi usha2 breast perempuan sebab nak tengok betul ke tidak tak sama size.....mau kena lempang la ngan perempuan tuu...hahha


p/s : sharing is caring ^_^

Tumblr lagi best??

assalamualaikum and a very good morning.....
hari isnin hari tuu aku balik la rumah aku.....pastu sembang2 la ngan adik aku pasal dia punya blog...and macam mana dia buat header segala.....pastu tetiba dia bukak cerita pasal Tumblr....aku first tau pasal kewujudan Tumble ni dari housemate aku......masa tuu tak teringin la plak nak usha2 apa itu Tumblr...tapi lepas adik aku bagitau kat aku yang sia ada Tumblr, aku pn bukak la Tumblr dia......dia kata Tumblr tuu best....sebab boleh reblog......ala, macam retweet jugak la......dia cerita bukan main kemas lagi yang dia ada 300 entry da sekarang walaupun baru sebulan buat......pastu dia bagitau pasal follower dia yang ada 17 org.....serious aku gelak terbahak bahak kot...sengal punya adik......adeyh........tapi setakat ni aku belum ada Tumblr lagi la....sebab sekarang pun agak busy......hurm....tengok la nanti2 kalau teringin sangat2 nak buat...=)

Thursday, 22 December 2011

baucer buku RM200

assalamualaikum and a very good evening.....
ermmmmm...baucer buku RM200......at first i get this info, i think we all will get RM200 cash......but now i know that it just a voucher...in my opinion la....and maybe most of the IPTA/IPTS/MATRICULATION feel the same way like me....nak tau tak benda apa??
  1. aku da nak masuk clinical year, which mean semua buku aku da beli masa pre-clinical year....so, the voucher is useless
  2. disebabkan aku ni amik course Medic, so only certain2 kedai buku ja yang menjual buku2 yang aku nak pakai......and maybe tak dak pun dalam senarai kedai buku yang terpilih untuk baucer buku RM200 ni..

serious aku tak berapa puas ati.....kalau budak2 sekolah rendah and menengah boleh pulak dapat cash RM100....logik ka tak logik sebenarnya.....

and kalau sesapa yang tak setuju ngan pendapat aku, cuba korang bagi idea buku apa yang aku nak beli pakai baucer RM200 tuu......errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....sengal la.....

Wednesday, 21 December 2011

perihal ais krim GORENG

assalamualaikum and a very good evening....
guys n girls, do you ever eat AIS KRIM GORENG???or what should i called FRIED ICE CREAM....hahha....ye ke???ais krim goreng ni klau tak silap aku, da lama famous....cuma aku ni ja belum pernah try...sebab aku rasa benda tuu PELIK....FREAK!!!!...sebab tuu tak makan....tapi ada sekali tuu, aku try jugak makan......tuu pun sebab member kata sedap sangat2...so, makan la......
begini lah bentuknya

masa 1st makan tuu, rasanya harga dia lebih kurang RM2 kot......tapi semalam aku pergi PESTA PENANG, aku jumpa la benda ni.....masa tuu punya la nausea sangat2 selepas naik ride2 kat situ, so tekak teringin nak makan something, da alang2 jumpa benda ni, so beli la......nak tau tak harga dia berapa????
RM2.50 sekeping bulat tuu....damn!!!!

mahal siot...padahal, luar dia roti biasa je pun....klau aku nak buat pun boleh (cuma aku malas je)....haish...mahal2....


p/s : nanti aku upload pic2 pegi pesta and also wanna try to make ais krim goreng by myself...if jadi, aku post entry untuk ais krim goreng buatan sendiri....hehehhehe

Tuesday, 20 December 2011

photoshop....

assalamualaikum and a very good evening....
entry sebelum tengok cerita tentang dhia......wink2.....hahhaha....semalam aku belajar guna photoshop dengan adik aku........da tua bangka pun still tak reti nak guna photoshop tuu....hahaha......

seriously aku tengok sekarang ni, budak2 yang umo 15 tahun pun da pandai photoshop segala....blog diaorang bukan main cantek lagi kalau nak dibandingkan dengan aku ni.... sigh* -_-"
apakan daya, aku tak dak masa nak make up blog aku ni...tengok la diri aku pun, bukannya aku reti make up....pakai bedak + lip balm ja........sigh again*


mood : JEALOUS kot......

Monday, 19 December 2011

Melayu Vs. Cina

assalamualaikum and a very good afternoon...
sementara tunggu nasi masak, benda ni terlintas kat kepala otak aku.....Melayu Vs. Cina......mana pi India?? sorry okay.....sebab orang India tak berapa nampak sangat jurang dia dengan orang2 Melayu and Cina ni.....melayu dia kawan, cina pun dia kawan.....apa yang aku nak cakap kat sini adalah kenapa melayu n cina ni selalu nak gadoh......pernah tak dengar orang cakap "buat apa beli kat kedai cina, beli la kat kedai melayu, TOLONG ORANG MELAYU"

dan juga boleh dikatakan kebanyakkan melayu aku kutuk cina.....perkataan dia, korang tau kot*......


seriously aku memang tak suka orang gadoh.....tak kesah la melayu ka cina......sebab bagi aku, melayu, cina n india tuu, semua manusia jugak...ada jugak tuhan.....don't be mistaken k, cina n india is NOT YAHUDI....and YAHUDI pun terbahagi kepada dua, zionis and yahudi yang baik (aku tak tau nama dia).....

orang melayu pandai cakap...tapi tak reti nak buat.....kutuk2 pandai.....tapi tak maju2 pun......pastu bila orang cina dok naik, depa kata kerajaan tolong orang cina la apa la........if let say la kan, korang tengok kat clubbing, sapa yang ramai...aku rasa mostly melayu la kot....memang la ada orang cina....tapi agama kita (Islam) melarang pegi tempat2 macam tuu....tapi orang melayu, PEGI gak....ikut jugak apa cina buat......kot la nak ikut cara cina majukan bangsa diaorang...ni tak, ikut benda yang tak bermanfaat langsung.....

then tengok pulak kat jalan2 raya masa hujung minggu....sapa yang dok pi race moto??? MELAYU......sapa yang dok tunjuk2 moto or keta?? MELAYU.....cina ada ka??? tak dak kot.....orang cina just tunggu moto or keta tuu lingkop then bawak pegi bengkel diaorang, repair2 segala, DUIT MASOK....orang melayu, duit keluar sebab nak repair2 moto or keta....itu baru nak repair...belum masuk lagi duit yang kena bayar tiap2 bulan sebab beli keta mahal2......(tak abes bayar lagi la katakan)....haish...apa nak jadi ni......

aku bukan berpihak mana2...tapi aku rasa dah sampai masanya orang melayu kita bukak mata luas2.....jangan salahkan bangsa lain yang semakin maju....tapi salahkan diri sendiri kenapa kita masih tak maju2......


p/s : errr, macam sensitip ja isu ni.....tapi kalau aku diam, sampai bila2 pun akan jadi macam ni......nak bergadoh dengan bangsa lain...padahal duduk dalam satu negara.......

Sunday, 18 December 2011

DOCTOR Vs. Futsal contd.

assalamualaikum and a very good evening....
semalam aku tak dapat upload all the photo sebab terlalu penat la katakan...^_^ wink wink...hehhe....malam ni aku upload gambar2 kitaorang....
minum kat kedai lepas main futsal.....fuuuhhhh...muka semua berminyak......

apa yang aku cuba lakukan di situ??? hahahha sengal la

team yang kalah.....5-1....ok la tuu kan.....=)


all of us.....semua penat....bila bergambar, boleh ubah muka jadi tak nampak letih....macam2 la korang.....

DOCTOR Vs. Futsal

assalamualaikum and a very good morning......(PAGI suda)
last minute punya decision...at last pegi gak main futsal.....hehehe...

cuba cari aku yang mana????




ni la keja kitaorang lepas penat main futsal......bergambar...=)



fuhhhh....penat kot main......actually penat gelak........sebab macam2 reaksi + aksi.....hahhahah....ada yang tendang angin....ada yang tendang betih kawan.....adeyh.....maybe boleh dikecualikan kot....sebab kitaorang ni 1st time main.....semua kaki bangku.....hahhahahhahahahhahaha....

p/s : penat sangat....best ni kalau tido....zzz..nite2

Saturday, 17 December 2011

NEW facebook

assalamualaikum and a very good evening....
just found something NEW!!!!hehehe....sebenarnya last week da tau da pasal ni....tapi tak tau dia da launch.....tadi baru ja aku tau, facebook da boleh bertukar wajah....just like BLOG......yes, BLOG....just like your blog...but this blog is your FACEBOOK....best gak la aku tgk......nama dia, Timeline.....jom usha FB aku yang baru aku buat tadi....=)

boleh letak header.....hahhahaha....

Tuesday, 13 December 2011

rindunya kapal ni

kapal bunga seroja 2
i will be miss this ship after this.....
MISC da nak jual kapal2 dia....
like seriously, i'm proud that i've already travel with this ship....
bukan calang2 orang boleh naik kapal ni....
kapal terbesar MISC....
tuptup sekarang da nak jual sebab kegawatan ekonomi......
T_T

AMEKAW!!

assalamualaikum and a very good evening......
i just know that my next exam is on 30 December 2011....aku baru ja abes exam 12 December 2011....tak sampai sebulan, ada exam lagi.....ok fine!!! ni semua gara2 nak cuti sem 31 December 2011 nanti...haiya.....tak senang duduk kot......mood nak study pun lambat sangat nak mai....

rindunya kat mathematics...:'(

study ka tido neyh??? =P


p/s : makan sikit...then cepat lapa...kan best klau makan banyak...then tak payah makan da untuk satu hari.....hahha =)

4 weirdest diseases....

assalamualaikum and a very good afternoon....
i want to share something with u ols......tgk la tajuk entry aku tuu....=).....

1- elephantiasis....
kaki dia macam kaki gajah....ni disebabkan oleh filariasis......


2- progeria....
1st time aku dengar pnyakit ni.....disebabkan oleh genetic defect.....


3- werewolf syndrome...
jangan ingat dalam twilight ja ada werewolf nii......werewolf syndrome ni benar2 wujud k....


4- blue skin syndrome
bukan macam hulk tu k....hulk kaler hijau...heheh



more weirdest disease HERE



toilet = zoo ???

assalamualaikum and a very good early morning....
tengah prepare nak tido da ni.....(tapi tak rasa macam nak tido pun.....)
toilet kat umah sewa aku ni rasanya da jadi zoo kot.....


dulu suka main zoo tycoon...=P


mula2 pindah dulu ada banyak lipan.....anak lipan..bukan mak pak lipan....so, pakai spray ja...banyak jugak la dapat dalam satu hari....boleh la dia buat goreng kunyit....ahahah......pastu ada sekali tuu pulak, ada lipas....ini mak lipas...bukan anak2......aku pakai spray gak......boleh la buat cicah sambal belacan...rangup......euuuuwwww...........hahhahahahah....pastu, 2 3 hari ni plak ada......
--
--
--
--
sebijik macam ni

hari first tuu naseb baik la kawan aku ada....dia tolong buangkan kat luar......tadi pagi masa nak gi kelas, dia ada lagi...haish......aku yang muka baru bangun tido terus jadi segar bila tengok katak ada dalam toilet......errr, macam mana nak buang katak ni??? takkan aku nak spray gak macam aku spray lipan ngan lipas.....ini KATAK la......

sekarang da tak da katak kat dalam toilet...ntah pegi mana.....walaupun da tak da,....tapi setiap kali aku masuk toilet, aku rasa macam ada benda ja dok atas kaki aku ni...pastu dok melompat lompat.......grrrrr....geli2.......

k la.....nite2 guys n girls.....see u tomorrow...insyaAllah i will post a new entry for 'santapan' u ols....=)


Wednesday, 7 December 2011

mid term BREAK

assalamualaikum dan selamat tengah hari wahai pembaca blog cik siti...=)

tadi kat kelas kecoh sat pasal MID TERM BREAK or kata lain adalah PERTENGAHAN REHAT PANJANG....ahaks, translate menggunakan pengalih bahasa google.....aiyark.....hal ini disebabkan oleh, jadual waktu untuk module kedua baru dikeluarkan hari ini (damn skema punya ayat)......jadual waktu tersebut sepatutnya dikeluarkan sebulan dari tarikh hari ini...haish...langsung tak teratur......cuti pertengahan sem yang di katakan jatuh pada 2 januari 2012, adalah TIDAK BENAR sama sekali apabila kami diberikan jadual waktu tersebut......tapi, bila menyoal siasat student ukm, diaorang da confirm dgn lecturer diaorang yang cuti mid sem jatuh pada tarikh 2 jan.....erm...hopefully its true la.....sebab kami ni, kalau ada hari yang ada cuti, mmg akan cuti puas2....sbb kami ni susah nak cuti....cuti mid sem pun 1 minggu ja.....cuti akhir tahun pun 1 minggu.....so, bila da ada cuti, mmg takkan sia2 kan la.....

p/s : streamyx da boleh pakai...so boleh la update entry malam ni....^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...