Penyejuk Tekak Dikala Panas | Cik Siti

Sunday, 24 May 2015

Penyejuk Tekak Dikala Panas

Assalamualaikum

Selesai sudah satu sem di sebuah kolej. Alhamdulillah. So now kita berehat selama sebulan di rumah. At the same time boleh buat duit tambahan jugak masa cuti ni ;)

Wanna know something tak? Sekarang ni dekat SP (Sungai Petani) dah jadi fenomena pulak Milk Tea, Iced Chocolate and many more.

Konsep, ala-ala Chatime. Tapi lagi murah dan choice sikit ja. Kalau Chatime korang boleh tambah bubble la, jelly la, nak blended ka iced ka, macam-macam la kan. Yang ni korang hanya ada limited choice ja.






See, kan aku dah cakap. Dah jadi fenomena dah benda ni. Semua ni ada kat Sungai Petani. Semua ni buat benda yang sama, cuma sedap dengan kurang sedap ja. Hahaha. Frevet aku TeaBag. Gerai dia dekat Taman Sejati. Opposite 7e.

Harga RM3 if dalam beg plastik. Kalau dalam cup dalam RM4-RM4.50. Bukan kecik bekas dia. Besaq kot. Boleh share 2 orang. Tapi untuk aku sorang, 1 bekas la. NO SHARING. ^^

Memang puas la minum. Aku balik Sungai Petani ja, mesti cari benda ni. Tadi aku pi cari TeaBag. Dia tutup pulak. Al-maklumlah baru balik semalam. Hari cari, tutup. Rasa macam frustrated skit la.

Selalunya adik bongsu aku yang belanja. Sebab dia suruh aku pi amik dia baliks sekolah setiap hari. Padahal ada ja van sekolah pi amik. Saja nak suruh kakak dia yang malas nak drive ni pi amik. Hai la adik. Tapi tak pa. Sekali sekala. Bila lagi kan. Lepas ni dah kahwin, tak boleh dah nak beramah mesra dengan adik. (opsss)

Ini aku nak bagi senarai gerai2 yang jual benda ni, so orang2 Sungai Petani, boleh la pi serbu depa.

1- Borders Tea (area Billion, berhadapan dengan Tasnim Restoran)
2- TeaBag (Opposite 7 Eleven Taman Sejati Indah)
3- CowboyTea (Dekat Taman Jubli and cawangan baru di Medan Selera Taman Sejati Indah)
4 - TeaBoss (Dekat Giant jalan nak pergi Sungai Layar)
5- D'Splash Tea Bag (ada banyak cawangan, depan SMK Tunku Ismail, Hospital Sultan Abdul Halim dan lain2)
6- Ada lagi, tapi aku tak pasti nama apa. Heeeeeeee

SELAMAT MENCUBA ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...