DIY : Monthly Planner | Cik Siti

Saturday, 30 May 2015

DIY : Monthly Planner

Assalamualaikum

Hari tu ada tengok YouTube pasal planner ni. Kononnya nak jadi more organised la. Huhu. Tengok mat-mat saleh punya planner, perghh cantik yang amat. Harga dia pun cantik jugak la kan.

Cari dekat kedai buku kat Malaysia ni planner cenggitu, memang tak dak la. Sebab planner-planner tu custom-made. Patut pun la mahal. Planner-planner kat Malaysia ni agak dull. Confirm kalau guna pun sebulan dua ja guna. Lepas tu tak guna dah sebab bosan sangat.

Dua tiga hari lepas aku ada la pergi tempat kerja mak aku, tolong kemas barang-barang dia. Sebab dia dapat transfer ke tempat baru. And lagi dekat dengan rumah. Masa dok mengemas, terjumpa la beberapa planner yang tak terusik. Bila tanya mak nak guna tak, dia jawab tak. Aku apa lagi. Amik la. Memang la tak guna, sebab planner tu tahun 2013 punya. Walaweyh, memang dah expired la pun kan.


Dalam banyak-banyak planner, aku pilih yang ni. Sebab dia punya cover dari kulit. Nampak macam baru lagi. Disebabkan aku cuti sebulan, so aku decide nak make over la planner ni. Buang dia punya calendar, then aku buat sendiri aku punya monthly calendar.

Ni la hasilnya

Aku guna tape ni untuk hias sikit2. Bagi nampak colorful. Tape ni aku beli kat Daiso. Of course la RM5 ja. Hee

Nanti aku nak beli pen yang warna warni kat Daiso, then baru la boleh hias lagi banyak.


Next Page, aku tinggalkan page kosong. Kot2 ada benda bulan tu aku nak buat ka kan. Macam bulan 6 ni, aku ada tempahan cupcakes. So, aku just stick la order tu kat situ. Senang.



 Benda kat bawah ni pun aku jumpa masa aku mengemas tu.

Taadaaa, ni la benda yang ada dalam buku tu. Sticky pad dengan apa kebenda ntah orang panggil yang warna-warni tu. Bookmark lekat-lekat kot. huhu


Jimat la duit aku kan. Semuanya dijumpai masa mengemas. Hee

Ouh, by the way, kalau korang perasan, aku start aku punya planner dari bulan 6. Sebab bulan 6 baru aku start kelas. Better macam tu la kot. Tak sempat nak buat dari awal tahun hari tu. Maybe 2016 aku akan start dari awal.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...