Snack Di Petang Hari | Cik Siti

Wednesday, 5 November 2014

Snack Di Petang Hari

Assalamualaikum

Aku tau, sekarang dah malam. And sepatutnya aku update entry ni petang tadi. Tapi tak pa la kan. Petang esok korang boleh try benda ni jugak. Hee

Snack ni senang ja nak buat. Cuma perlu ada kesabaran sikit ja =P

Aku namakan SNACK KETAM RANGUP

Korang just perlukan isi ketam yang orang dok buat steamboat selalu tu. Depends la nak banyak mana pun. Tapi aku punya suggestion, better 10 batang ke atas. Sebab nanti bila korang dah goreng, dia mengecut.


Lepas tu carik-carikkan macam gambar atas tu. Tak kesah la korang nak guna pisau, gunting ataupun tangan untuk carik-carikkan tu. Part ni la korang perlukan kesabaram yang banyak. Kalau ada orang yang tolong lagi cepat la benda ni nak siap.


Lepas tu, sediakan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau boleh buka ja api besar. Sebab benda ni cepat ja masak.
Kalau tak betul-betul panas, confirm la snack ketam korang tu akan terlekat kat kuali dan dah tak sedap. Ni dari pengalaman aku sendiri la. Huhu

Tadaa. Dah siap.

Serious sedap. Tapi jangan makan hari-hari. Kang kolestrol tinggi. Kalau nak makan jugak, kongsi la dengan sedara mara. Tak ada la kita makan sorang-sorang dalam kuantiti yang banyak.


Tips : Macam mana nak tau minyak tu betul-betul panas ke tidak?
KORANG PERCIKKAN AIR SEDIKIT KAT KUALI YANG BERISI MINYAK TU, THEN KALAU DIA BUNYI BISING, MAKSUDNYA BELUM BETUL-BETUL PANAS. TUNNGU SAT. THEN TEST KALI KEDUA KALAU DAH TAK BISING, MAKNA KATA DAH BETUL-BETUL PANAS LA MINYAK KORANG.

BEWARE!! sila jauhkan diri daripada kuali selepas anda percikkan air. Percik ja ok! jangan ko tuang sebaldi dalam kuali tu.


Ni tips daripada encik Chef ok. Sebab selalu aku tak tau minyak dah betul-betul panas ka belum. Then bila encik Chef bagaitau, sampai sekarang la, memang perfet ja masak. Tak pernah lagi la silap goreng dengan minyak tak betul-betul panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...