Resepi : sup ketam berkelapa santapan orang denggi | Cik Siti

Sunday 5 January 2014

Resepi : sup ketam berkelapa santapan orang denggi

Assalamualaikum

kepada sesiapa yang tak tahu pasal petua ni, sila lah tanya orang2 tua....sup ketam berkelapa ni sangat sesuai untuk menyembuhkan pesakit denggi....
baru-baru ni ja ada seorang kenalan ciksiti demam denggi....kalau dulu demam denggi ni bermusim, tetapi sekarang tidak lagi....setiap masa ada ja orang yang demam denggi...tak boleh nak predict pun bila time2 akan demam denggi....

kat bawah ni ciksiti nak share sikit resepi sup ketam berkelapa...

 

SUP KETAM BERKELAPA
 Bahan2 :

3 ekor ketam - buang cengkerang dan dipotong dua. 1 Biji Air Kelapa Muda dan Isinya3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 btg seleri - potong menyerong
1 paket cendawan 1 biji tomato - potong baji
1 sup bunjut
1 camca teh  lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Cara2:

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. kemudia masukkan bahan tumbuk , serai sup bunjut dan lada hitam ke dalam periuk.

Masukkan seleri, tomato, cendawan  dikuti garam dan gula secukup rasa. Selepas itu masukkan ketam yang siap dipotong. Didihkan lagi. Perasakan dengan garam dan gula. Padamkan api dan akhir sekali masukkan air kelapa dan isinya sekali
Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum di hidangkan.



SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...