Linda Hashim mengandung | Cik Siti

Sunday, 8 September 2013

Linda Hashim mengandung

assalamualaikum....



4 Sep – Aktres filem "Tanda Putera", Linda Hashim bakal bergelar ibu tidak lama lagi selepas dia disahkan hamil tujuh minggu.
Menurut laporan Media Hiburan, Linda memberitahu dia hanya menyedari dirinya berbadan dua selepas mengalami simptom-simptom kehamilan serta sering berasa tidak sihat.
"Selepas kandungan berusia sebulan lebih, baru ia dapat disahkan. Sebelum ini saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan.
"Namun sebaik sahaja ia disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika ujian kehamilan menunjukkan hasil positif.

"Sekarang saya sering berasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah-muntah. Cuma saya kerap berasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini," ujarnya.
Beego dan Linda yang berkahwin pada 7 Jun lalu dijangka akan menimang cahaya mata sulung mereka pada penghujung April tahun depan.

sila klik SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...