KUALA LUMPUR 2 Sept - Penerbit filem KL Gangster 2, Skop Production Sdn Bhd akan melakukan beberapa pindaan dan suntingan terhadap jalan cerita filem tersebut susulan penyebarannya di beberapa laman sesawang sebelum tarikh penayangannya.
Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam berkata, suntingan tersebut meliputi beberapa aspek di mana ianya tiada di dalam format digital yang boleh dimuat turun.
"Kita melakukan suntingan terhadap jalan cerita, tahap pewarnaan dan Imej Penjanaan Komputer(CGI) yang tidak dapat dilihat dalam video yang disebarkan," katanya kepada Rakyatnews di Rumah Terbuka Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di sini, hari ini.
Yusof menjelaskan, dalang penyebaran tersebut juga akan dikenakan tindakan saman dari pihak Skop Production Sdn Bhd.

Tambah beliau, pihak berkuasa juga telah memperoleh beberapa maklumat mengenai punca sumber filem tersebut mula disebarkan.
“Kepada mereka yang menjual VCD haram di luar sana, berjaga-jaga kerana anda sedang diperhatikan oleh pihak berkuasa.
“Saya sangat kecewa kerana Syamsul telah bekerja keras selama lebih 2 tahun,” katanya.
Jelasnya, tayangan KL Gangster 2 tidak akan ditunda dari tarikh asal pada 3 Oktober ini.
"Kita tetap akan tayangkan mengikut jadual dan peminat disaran menonton di pawagam dengan kualiti video dan bunyi yang lebih baik," ujarnya.
Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya mula ditayangkan pada 3 Oktober telah mula tersebar apabila filem tersebut boleh dimuat turun daripada beberapa laman web.
Filem tersebut merupakan 'prequel' daripada Filem KL Gangster yang menampilkan pelakon popular; Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan Razak dan Sofie Jikan.

sila klik SINI
No comments:
Post a Comment