Resepi Kuih Keria Gula Melaka Cik Siti | Cik Siti

Tuesday, 20 December 2016

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Cik Siti

Assalamualaikum

Sekarang ni semua pakat nak ikut trend ja. Tapi jangan pulak terikut trend ni, Biskut Berasap yang BAHAYA

Yang ikut trend ni adalah Kuih Keria Gula Melaka.


So, aku pun tak ketinggalan la untuk mencuba. Maklumlah tengah cuti kan sekarang ni. Dok tengok orang post tiap-tiap hari kat wall Facebook, TERLIUR la weh.

ok, ni resepi Kuih Keria Gula Melaka Cik Siti


Bahan-bahan Untuk Kuih Keria :-

800 gm ubi keledek Jepun (korang pakai ja ubi keledek yang biasa pun ok. Aku ni sebab cari yang biasa tak jumpa, so ambil ja la yang Jepun punya)

3 sudu besar Tepung Gandum

Garam secukup rasa

Cara-cara :-

1- Korang buang kulit dan cuci bersih-bersih ubi keledek tu. Potong kecil-kecil supaya cepat sikit nak empuk.
2- Rebus ubi keledek yang sudah dipotong tadi sampai betul-betul empuk. 
3- Tos ubi keledek tadi. Lecekkan sehingga lumat. Biarkan sejuk dulu sebelum nak menguli dengan tepung. Kang melecur pulak tangan tu.
4- Step ke 4 ni step yang korang kena berhati-hati sikit. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam ubi tadi, 1 sudu dulu tepung. Tengok macam mana texture dia. Kalau dah kering, tak perlu tambah dah tepung tu. 
5- Uli sampai sebati.
6- Bentukkan macam cincin. (kalau aku, aku buat macam tali, then aku sambungkan. Paham tak macam mana? huhu) erm, ikut la kreativiti korang.
7- Panaskan minyak. Minyak ni korang kena guna banyak tau, untuk menggoreng.
8- Goreng sampai golden brown (kuning keemasan)
9- Letak dalam bekas lain kejap 

TIPS : kalau korang punya adunan (ubi dan tepung) rasa macam terlalu kering, korang tambahkan air sikit. Bagi dia tak merekah masa korang bentukkan.

Bahan-Bahan untuk Sira Gula Melaka :-

3/4 cawan gula melaka (yang bulat keras tu)
1 sudu besar gula putih (gula biasa)
1/4 cawan air


Cara-cara :-

1- Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kuali (yang baru atau yang tadi. Kalau guna kuali yang tadi, pastikan alihkan semua minyak, dan lap sikit kuali tu pakai tisu untuk serap minyak yang ada kat kuali)
2- Masak dengan api yang sederhana kecil sampai larut semua gula tadi. 
3- Agak-agak dah macam pekat sikit, boleh masukkan kuih keria yang kita goreng tadi.
4- Gaul hingga sebati.
5- Dah sebati, boleh la hidangkan.
6- Pastu ngap la. Apa lagi

Aku buat tadi, boleh la dapat around 25 biji. 

p/s : ni kali pertama aku buat kuih keria. Nasib baik jadi la jugak. Dah habis pun family aku makan. Ingatkan tadi tak jadi, sebab adunan kering sangat. Tok aku cakap jangan tambah air. Tapi tu la, tak tau nak buat macam mana dah, tambah ja la air. Alhamdulillah, jadi jugak. Senang sikit nak bentukkan. Kalau tak, memang 5 minit la untuk 1 biji sebab asyik merekah ja. XD

SELAMAT MENCUBA ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...