Pantang Nasi | Cik Siti

Saturday, 17 December 2016

Pantang Nasi

Assalamualaikum

Aku cuti sebulan lebih and aku punya mission untuk masuk new semester adalah untuk turun 5 kg. So since aku start cuti, sampai sekarang, macam dah almost 2 weeks kot, but still tak diet, tak exercise.

Konon, nak pantang nasi, tapi pantang tengok nasi ada lah. Lagi2 bila aku bau nasi putih tengah masak. Mana boleh elak weh. Bau tu memanggil-manggil untuk aku buka tudung saji untuk tengok apa lauk yang boleh makan dengan nasi putih yang sedap tu. =_="

Tambah pulak mak aku beli beras siam wangi tu. Walaweyh, sampai ke bilik baunya. 3 hari before ni aku dah macam nekad sebab kicap manis cap kipas udang kesukaan aku tu tak dak kat rumah, so mood nak makan tu kurang sikit. TAPI!!!! korang tau tak, since 3 hari tu, lauk semua sedap2. And semalam ada pulak tomyam, ikan siakap goreng kunyit dengan kerabu pelam. Adoii la

So, tell me how nak pantang nasi cenggini. Tapi apa boleh buat, kena paksa la jugak lagu mana pun. Sebab badan dah makin bulat dah ni. Baju banyak dah tak muat XD

Start malam ni kot pantang nasi. Makan lauk ja. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...