Sunday, 31 May 2015

Mini Giveaway by Syira Lokman


Assalamualaikum


Jom join. Klik banner ye kalau nak join.

Mini GA ni tamat 10 Jun nanti. So moh ler meramaikan GA ni

Saturday, 30 May 2015

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kecantikkan

Assalamualaikum

Dah 2 minggu aku amalkan minyak zaitun ni. Bukan minum or makan, aku just buat jadi mask muka ja setiap malam. Lumur kat badan tu kadang2 ja, bila rajin. Tapi memang nampak perbezaan kat kulit muka la. Rasa halus ja muka. And sentiasa lembap, cuma jerawat still dok ada. =_=" Effect dia lambat sikit, maklumlah, all natural kan. Confirm2 tak dak bahan kimia. Nanti aku akan buat testimoni aku guna minyak zaitun. hee. So, nantikan la ye.


Bagi sesapa yang nak tau khasiat minyak zaitun ni, boleh la baca kat bawah ni




RAMBUT LEBIH SIHAT
Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.

PAYUDARA LEBIH ANJAL
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.

KULIT TUBUH LEBIH ANJAL
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.
Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.
MELEMBUTKAN KULIT KAKI DAN TANGAN
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah,minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.

MENCEGAH KEDUTAN WAJAH
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.
Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.
minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.
Kredit : http://www.wanista.com/2013/04/tips-cantik-5-tips-kebaikan-minyak-zaitun/

DIY : Monthly Planner

Assalamualaikum

Hari tu ada tengok YouTube pasal planner ni. Kononnya nak jadi more organised la. Huhu. Tengok mat-mat saleh punya planner, perghh cantik yang amat. Harga dia pun cantik jugak la kan.

Cari dekat kedai buku kat Malaysia ni planner cenggitu, memang tak dak la. Sebab planner-planner tu custom-made. Patut pun la mahal. Planner-planner kat Malaysia ni agak dull. Confirm kalau guna pun sebulan dua ja guna. Lepas tu tak guna dah sebab bosan sangat.

Dua tiga hari lepas aku ada la pergi tempat kerja mak aku, tolong kemas barang-barang dia. Sebab dia dapat transfer ke tempat baru. And lagi dekat dengan rumah. Masa dok mengemas, terjumpa la beberapa planner yang tak terusik. Bila tanya mak nak guna tak, dia jawab tak. Aku apa lagi. Amik la. Memang la tak guna, sebab planner tu tahun 2013 punya. Walaweyh, memang dah expired la pun kan.


Dalam banyak-banyak planner, aku pilih yang ni. Sebab dia punya cover dari kulit. Nampak macam baru lagi. Disebabkan aku cuti sebulan, so aku decide nak make over la planner ni. Buang dia punya calendar, then aku buat sendiri aku punya monthly calendar.

Ni la hasilnya

Aku guna tape ni untuk hias sikit2. Bagi nampak colorful. Tape ni aku beli kat Daiso. Of course la RM5 ja. Hee

Nanti aku nak beli pen yang warna warni kat Daiso, then baru la boleh hias lagi banyak.


Next Page, aku tinggalkan page kosong. Kot2 ada benda bulan tu aku nak buat ka kan. Macam bulan 6 ni, aku ada tempahan cupcakes. So, aku just stick la order tu kat situ. Senang.



 Benda kat bawah ni pun aku jumpa masa aku mengemas tu.

Taadaaa, ni la benda yang ada dalam buku tu. Sticky pad dengan apa kebenda ntah orang panggil yang warna-warni tu. Bookmark lekat-lekat kot. huhu


Jimat la duit aku kan. Semuanya dijumpai masa mengemas. Hee

Ouh, by the way, kalau korang perasan, aku start aku punya planner dari bulan 6. Sebab bulan 6 baru aku start kelas. Better macam tu la kot. Tak sempat nak buat dari awal tahun hari tu. Maybe 2016 aku akan start dari awal.




Friday, 29 May 2015

Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

iflix (Asia's version of Netflix)

Assalamualaikum



Korang yang suka sangat tengok movie online, boleh la try ni. Dia ada free trial 14 hari. Then kalau korang nak continue, korang just bayar RM8 setiap bulan. Murah kan?

Kalau kat oversea sana, depa guna Netflix. iflix ni macam adik kepada Netflix la. Tapi untuk Asia ja. Netflix tak dak kat negara kita.


gambar ehsan daripada member aku

Apa yang best iflix ni?

- Unlimited access to thousands of hours of TV shows and movies (tengok la puas2 sampai muntah hijau)
- tak dak iklan bagai sampai penuh screen
- boleh cancel online anytime ja

So, apa tunggu lagi. Langgan la sekarang


Ni LINK dia

Thursday, 28 May 2015

Recipe : Carrot Cake

Assalamualaikum

It's been so long my mom requested carrot cake. Almost a month kot. Banyak ja aral melintang until today. So disebabkan hari ni aku free (next week baru busy) I decided to make her carrot cake.

Resepi dia, search Google la. Sekarang tak payah dah nak beli buku-buku resepi. Type what you want the click search. Simple as that.

Kalau malas sangat nak search, ni ha aku share kat sini. Kot2 dok baca blog aku, then tetiba nak buat ka kan. Ha, senang ja.


CARROT CAKE

Bahan-bahan :-
1 cawan pecans/walnut (chopped)
2 1/2 cawan carrot yang dah di parut
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur besar (gred A)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan minyak sayuran
2 sudu teh esen vanila


Cara-cara:-
1- Panaskan ketuhar 180 darjah celcius
2- Ayak tepung, baking soda, baking powder. Campurkan garam dan serbuk kayu manis sekali.
3- Pukul telur sampai berbuih, dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai jadi ringan dan tukar warna (light color)
4- Masukkan minyak dan esen vanilla
5- Masukkan campuran tepung tadi.
6- Masukkan carrot dan walnut, gaulkan guna spatula
7- Masak 25-30 minit (kalau letak dalam bekas cupcakes) Kalau dalam pan, 35-40 minit. (depends la. Kalau nak tau masak ka tak, ambil cungkil gigi, cucuk kat tengah2 kek. Kalau tak masak, cungkil gigi tu akan nampak macam berair sikit lepas kita keluarkan dia)


Selamat Mencuba



Tuesday, 26 May 2015

Rose Cupcakes dan Macam Mana Boleh Terjebak?

Assalamualaikum

For the past 6 months ni, aku ada la buat business sikit. Ni business persendirian ok! Business Rose Cupcakes. Kenapa aku panggil Rose Cupcakes? Sebab specialty nya adalah icing dia ala-ala bunga ros gitu. Ha, so boh la nama Rose Cupcakes. Flavor vanilla dengan chocolate ja.

Macam mana boleh terjebak?

At first my mom nak buat gathering dengan kawan-kawan sekolah dia. So, dia nak bawa la something for them. Aku suggestkan buat cupcakes. Tengok tutorial dalam YouTube macam mana nak decorate cupcakes. Bentuk bunga ros tu yang mendapat perhatian aku. Sebabnya senang and nampak sweet ja.

Aku pun buat la dekat mak aku.


nampak tak dia punya tak jadi bentuk bunga ros tu. Tak pa. First try. Memang la kan. And lagi satu sebab salah beli nozzle. huhu


Now, tengok la aku punya piping skill.
Makin improve kan. Heee









Siap ada yang buat hantaran lagi.

Ok, so sapa2 yang dok area Sungai Petani nak order, boleh la. Free delivery

Price : 25pcs = RM35.
Flavor : Vanilla or Chocolate
Color : pink, purple, blue, green, yellow, brown,  turquoise, coral, orange, vintage pink

Sesapa yang stay area Alor Setar, Penang, nak order and nak delivery, minimum order 200pcs.

Sunday, 24 May 2015

Penyejuk Tekak Dikala Panas

Assalamualaikum

Selesai sudah satu sem di sebuah kolej. Alhamdulillah. So now kita berehat selama sebulan di rumah. At the same time boleh buat duit tambahan jugak masa cuti ni ;)

Wanna know something tak? Sekarang ni dekat SP (Sungai Petani) dah jadi fenomena pulak Milk Tea, Iced Chocolate and many more.

Konsep, ala-ala Chatime. Tapi lagi murah dan choice sikit ja. Kalau Chatime korang boleh tambah bubble la, jelly la, nak blended ka iced ka, macam-macam la kan. Yang ni korang hanya ada limited choice ja.






See, kan aku dah cakap. Dah jadi fenomena dah benda ni. Semua ni ada kat Sungai Petani. Semua ni buat benda yang sama, cuma sedap dengan kurang sedap ja. Hahaha. Frevet aku TeaBag. Gerai dia dekat Taman Sejati. Opposite 7e.

Harga RM3 if dalam beg plastik. Kalau dalam cup dalam RM4-RM4.50. Bukan kecik bekas dia. Besaq kot. Boleh share 2 orang. Tapi untuk aku sorang, 1 bekas la. NO SHARING. ^^

Memang puas la minum. Aku balik Sungai Petani ja, mesti cari benda ni. Tadi aku pi cari TeaBag. Dia tutup pulak. Al-maklumlah baru balik semalam. Hari cari, tutup. Rasa macam frustrated skit la.

Selalunya adik bongsu aku yang belanja. Sebab dia suruh aku pi amik dia baliks sekolah setiap hari. Padahal ada ja van sekolah pi amik. Saja nak suruh kakak dia yang malas nak drive ni pi amik. Hai la adik. Tapi tak pa. Sekali sekala. Bila lagi kan. Lepas ni dah kahwin, tak boleh dah nak beramah mesra dengan adik. (opsss)

Ini aku nak bagi senarai gerai2 yang jual benda ni, so orang2 Sungai Petani, boleh la pi serbu depa.

1- Borders Tea (area Billion, berhadapan dengan Tasnim Restoran)
2- TeaBag (Opposite 7 Eleven Taman Sejati Indah)
3- CowboyTea (Dekat Taman Jubli and cawangan baru di Medan Selera Taman Sejati Indah)
4 - TeaBoss (Dekat Giant jalan nak pergi Sungai Layar)
5- D'Splash Tea Bag (ada banyak cawangan, depan SMK Tunku Ismail, Hospital Sultan Abdul Halim dan lain2)
6- Ada lagi, tapi aku tak pasti nama apa. Heeeeeeee

SELAMAT MENCUBA ^^

Sunday, 3 May 2015

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...