Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, 14 December 2016

Study Tips : 4 Flat

Assalamualaikum

Friends and lecturers always ask me, how I study. How 3 semester straight I can get dean list. And within does 3 semester, 2 of them 4 flat. Like seriously, I also didn't know how. It's my luck maybe.

And for 4 semester (baru ja habis sem 4, so result tak keluar lagi, that's why only state 3 sem ja ) I have been teaching my classmates. Macam dah buka kelas tusyen dah weh. Kiranya study week ja, muka ni la yang akan jadi cikgu mengajar.


So, now I will share my tips on how to excel during exam. 

1- Take the course that you like and passion in doing it.
= aku dari dulu memang suka gila kira2 ni (except for add math la). Biology aku memang kureng sikit. Masuk matrikulasi, amik Aliran Fizik. So, memang tak ada Bio la. Then maybe my parents nampak masa depan aku dengan menjadi DOKTOR yang mana aku tak berapa nak minat sangat, but I keep pushing myself to love it. Tapi akhirnya kecundang jugak. Sebab cuba bayangkan, kau study macam nak gila, tapi result either failed or just C. Memang disappointed gila. Then I dropped my medic's life. I took business management punya course. And now, here I am, dean list every semester, and I love making money. XD


2- Plan your time wisely
Macam aku, petang2 memang bukan time aku study. Aku punya time study adalah pada pukul 10 malam sampai habis apa yang aku target. Tapi sejak 2 tahun ni, memang aku akan selalu tidur awal. kiranya, dalam pukul 12 macam tu aku akan tidur dah. So, bila dah tau aku ni tidur awal, memang akan plan siap2 la if anything yang kena submit esok or yang nak kena study banyak, memang aku akan start awal sikit la from usual.


3- Study when you feel like it
= Apa motif kau study time kau memang rasa tak mau study. Melainkan time nak exam, memang nak kena push sikit diri ni untuk study. Macam aku, hari-hari biasa memang tidak la nak study. Memang honestly aku akan study time nak quiz, nak exam ja. But if lecturer ada bagi latihan, memang aku akan buat la and masuk la dalam kepala sikit2. So time nak exam, memang tak dak la nak struggle sangat. Alhamdulillah aku ni cepat tangkap, sebab tu la classmates aku ni akan minta aku ajarkan.


4- Teach others
= Jangan kedekut ilmu. Tak luak sikit pun ilmu tu kalau kongsi dengan orang. Yang ni memang aku tanam dalam diri. Kita tolong memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita, Yes, memang betul pun. Sebab tu, bila aku dah ajar 2 3 orang member aku, aku akan suruh depa ajar member2 yang lain. Sebab aku nak bagi depa ni ingat. Kadang-kadang orang tak suruh pun aku ajar, tapi aku sendiri yang offer diri nak ajar. Sebab at the same time pun aku belajar sekali lagi.


5- Make notes
= yang ni tips untuk yang subject theory. Subject theory ni memang tak boleh nak buat apa dah. Kena baca, hafal dan paham. Selama ni aku study memang aku paham apa yang dia nak, baru la aku boleh hafal dengan senang. Kalau kau baca tapi tak paham, memang agak susah la nak menghafal benda tu. Basically notes yang lecturer bagi or dalam buku, memang warna sangan tak menarik, so what I always do is standby 5 different color of highlighters (aku beli kat Daiso ja pun RM5 untuk 5 warna), then when lecturer go through the pages, ko highlight ja la apa yang rasa patut.



Ok, aku rasa enough la kot 5 tips ni. Yang lain2 tu macam biasa la, Solat jangan tinggal, Doa dan lain-lain lagi la.

Ouh ya, ramai yang tanya, kenapa aku dulu tak perform ja masa medic. Well, back to the 1st tips. MINAT tu kena ada. Kalau tak ada minat, memang kau study macam nak gila, tak tidur malam, bawak kereta sambil tidur and accident still kau susah sangat nak dapat result yg bagus.


Friday, 21 November 2014

Step To Do When Your Sijil Berhenti Sekolah HILANG

Assalamualaikum

Aku nak share apa korang nak buat sijil berhenti sekolah kalau korang kehilangan sijil berhenti sekolah tu. What I mean is step to do when your SIJIL BEREHNTI SEKOLAH HILANG.

Sijil Berhenti Sekolah kalau hilang, korang tak perlu pun pergi buat report polis. Harap maklum ye. Nanti buat malu ja satu balai polis gelak kat korang -_-"

Kalau hilang sijil berhenti sekolah tu, ikut step di bawah ni.

1- Harus ada dalam poket RM10
2- Harus ingat sekolah akhir korang. Kiranya sekolah masa korang tingkatan 5.
3- Harus catat nombor sijil kelahiran korang
4- Pergi sekolah korang tu.
5- Masuk pejabat.
6- Bagitau yang korang nak buat sijil berhenti sekolah. Dan bagitau sijil berhenti sekolah yang dulu dah hilang.
7- Diaorang akan bagi satu form suruh korang isi.
8- Dah selesai isi form tu, bagi balik kat diaorang beserta duit RM10.
9- Diaorang akan call bila dah siap. So jangan lupa bagi nombor fon korang.


Aku punya sekolah mintak RM10, tak tau la korang punya sekolah mintak berapa. Or maybe harga dia standard. Aku pun tak tau.

Aku punya sijil berhenti sekolah tu siap hari tu jugak. So tak payah tunggu lama-lama. Cuma yang menyakitkan hati sebab nak isi form tu yang amik masa lama. Nak kena call adik aku suruh tengok nombor sijil lahir la, nak kena cari guru kelas masa form 1 la sebab nak tengok balik nombor pendaftaran la apa la. Nasib baik la cikgu sejarah aku masak form 5 baik. So tak gaduh la nak ingat balik cikgu kelas masa form 1. Cikgu Sejarah aku tu la yang tolong ambil buku rekod kemasukkan pelajar.

Cari punya cari nama aku, tak jumpa. Sebab diaorang silap tulis. SITI FATIMAH BINTI IDRIS jadi SITI FATIMAH BINTI AMRAN. Padahal tak ada pun student dalam kelas aku tu nama sama dengan aku =_="


Tips Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum

First of all, korang kena la tau berat korang tu berapa. And tau BMI korang. If BMI korang dah ideal, jangan la nak turunkan berat badan lagi. Just MAINTAIN ja berat badan tu. Kalau nak menambahkan ketinggian tu memang tak boleh dah la kan. Rasa umur macam kita ni, ketinggian dah terbantut la. So jangan nak angan-angan untuk jadi lebih tinggi. Huhu

Aku challenge Encik Chef tu untuk turunkan berat badan dia. It's for his good la kot. Dia pun challege aku jugak. Huish. BMI aku dah ideal kot. Tapi memang aku nak kena turunkan 5 kg jugak berat aku ni. Sebab dalam masa setahun berat naik 5kg kot. Kalau dulu, 3 tahun boleh maintain 50kg. Tapi dia amik masa hanya setahun untuk naik 5kg. Paroh la lagu ni.

Sekarang nak bagi fit and nak turunkan sikit berat badan. Sebab aku perasan yang sekarang ni aku cepat ja penat. Mengah je bila jalan jauh. Haishhhhh.


So moh ler kite share tips untuk turunkan berat badan.

1- SENAMAN.
Senaman ni dah sinonim kan dengan orang yang nak turunkan berat badan. Korang tak boleh tak makan untuk turunkan berat badan. Makan tetap kena makan. Cuma ditambah dengan senaman.

2- MAKAN SEBELUM PUKUL 8 MALAM.
Ini apa yang dulu aku selalu buat la. Kalau makan selepas pukul 8 malam tu pun sekali sekala ja. Tak boleh nak selalu sangat. Nanti susah nak digest.

3- MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG.
Makna kata, kena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 4 jam sekali makan ke.

4- ELAKKAN MINUMAN BERGAS
Yang ni kena pantang la. Tapi aku tau, benda ni susah kot nak buat. Tambah-tambah kalau family korang jenis kalau shopping barang dapur mesti beli air gas 2-3 botol. =_=" Memang susah weh nak kawal. Apa yang aku buat la kan, aku letak ais banyak-banyak dalam cawan kecil, then tuang air gas tu. Maknanya jadi sikit la kan air yang ada dalam tu. Lama-lama nanti biasa la tu. =P

5- BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ni memang wajib la kot. Jangan pulak gi makan fast food tiap-tiap hari.



p/s : Pastikan korang tau bentuk badan korang ni jenis apa. Sebab kalau korang nak kecilkan sesuatu tempat kat badan korang, korang kena la lebihkan senaman kat bahagian tu. Korang boleh ja search kat Youtube macam mana nak tau bentuk badan jenis apa. "Pear" "Apple" "Hourglass". Bila dah tau, boleh la search senaman untuk badan korang. Hee

Selamat Menguruskan badan ^^


Sunday, 16 November 2014

Tutorial : Mari Buat Bintang

Assalamualaikum

Hari ni aku nak ajar korang buat bintang. Bukan lompat bintang ok. Alah, benda ni la aku nak ajar



Apa yang korang perlu adalah kertas macam ni (gambar bawah)



Dia jual dalam bundle macam ni. Harga dalam RM2 ++

Ok, start. Korang pegang kertas tu macam ni (gambar bawah). Pastikan sebelah pendek dan sebelah panjang.





Masukkan yang pendek tadi dalam bulatan tu. Then akan jadi macam gambar bawah ni



Dia akan jadi macam ni (gambar bawah). Bare in mind, jangan korang tekan sangat edges dia tu. Kang susah korang nak picit nanti bagi dia kembong.


Bila dah jadi macam gambar atas, korang lipat yang warna putih tu macam dalam gambar bawah.


Then, pusing ke belakang, benda tu akan jadi macam dalam gambar di bawah.


Lipat yang warna putih tu ke atas. (follow je mana dia nak pergi) Maksud aku, bila korang lipat, dia akan pergi arah yang sepatutnya. So korang tak perlu risau benda ni.


Lepas korang lipat, dia terus jadi macam ni. Then korang continue lipat kertas tu. Dia akan pusing-pusing hexagon tu. Sampai la kertas yang panjang tu tinggal pendek

Lastly, dia akan jadi macam ni.


Then, nampak tak warna putih tu, yang tu korang selitkan kat dalam lipatan korang tu.

So, jadilah macam dalam gambar di bawah ni

Belum habis lagi. Korang kena picit pulak. Step ni memang mencabar sikit. Bukan semua orang boleh buat. Kena banyak practice =P
Mula-mula, pegang macam gambar di bawah ni. Pegang kat edges dia tu tau. Then press. sampai la dia jadi gelembung. Pastikan buat kat semua edges dia.




Bila korang dah press edges dia. Dia akan kembong macam gambar di bawah ni.
Taadaaa, siap sudah.



CAUTION!!!
Masa korang dok melipat tu, korang jangan sesekali press bagi nipis kat edges dia. Kang korang susah nak picit bagi dia kembong. Tak percaya, cuba press kat tepi tu, then lepas tu korang try bagi dia kembong, susah kot.

Bintang ni sesuai diletakkan di dalam jar untuk hiasan. Dan juga sesuai untuk orang-orang yang tension macam aku ni. Sambil tengok movie, sambil tangan dok buat bintang. ^^


SELAMAT MENCUBA








Wednesday, 5 November 2014

Snack Di Petang Hari

Assalamualaikum

Aku tau, sekarang dah malam. And sepatutnya aku update entry ni petang tadi. Tapi tak pa la kan. Petang esok korang boleh try benda ni jugak. Hee

Snack ni senang ja nak buat. Cuma perlu ada kesabaran sikit ja =P

Aku namakan SNACK KETAM RANGUP

Korang just perlukan isi ketam yang orang dok buat steamboat selalu tu. Depends la nak banyak mana pun. Tapi aku punya suggestion, better 10 batang ke atas. Sebab nanti bila korang dah goreng, dia mengecut.


Lepas tu carik-carikkan macam gambar atas tu. Tak kesah la korang nak guna pisau, gunting ataupun tangan untuk carik-carikkan tu. Part ni la korang perlukan kesabaram yang banyak. Kalau ada orang yang tolong lagi cepat la benda ni nak siap.


Lepas tu, sediakan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau boleh buka ja api besar. Sebab benda ni cepat ja masak.
Kalau tak betul-betul panas, confirm la snack ketam korang tu akan terlekat kat kuali dan dah tak sedap. Ni dari pengalaman aku sendiri la. Huhu

Tadaa. Dah siap.

Serious sedap. Tapi jangan makan hari-hari. Kang kolestrol tinggi. Kalau nak makan jugak, kongsi la dengan sedara mara. Tak ada la kita makan sorang-sorang dalam kuantiti yang banyak.


Tips : Macam mana nak tau minyak tu betul-betul panas ke tidak?
KORANG PERCIKKAN AIR SEDIKIT KAT KUALI YANG BERISI MINYAK TU, THEN KALAU DIA BUNYI BISING, MAKSUDNYA BELUM BETUL-BETUL PANAS. TUNNGU SAT. THEN TEST KALI KEDUA KALAU DAH TAK BISING, MAKNA KATA DAH BETUL-BETUL PANAS LA MINYAK KORANG.

BEWARE!! sila jauhkan diri daripada kuali selepas anda percikkan air. Percik ja ok! jangan ko tuang sebaldi dalam kuali tu.


Ni tips daripada encik Chef ok. Sebab selalu aku tak tau minyak dah betul-betul panas ka belum. Then bila encik Chef bagaitau, sampai sekarang la, memang perfet ja masak. Tak pernah lagi la silap goreng dengan minyak tak betul-betul panas.

Sunday, 2 November 2014

Tips : Cipta "Password" Yang Selamat

Assalamualaikum

Cipta password yang selamat. Bukannya aku nak kata password korang tak selamat. Sebab aku sendiri pun tak tau apa password korang. Hee. Tapi make sure yang korang buat password selamat.

Bagaimana?

1- Buat satu perkataan yang panjang.
Contoh : akuanakpakdolahcucukepadatokmatlahirkatalaska

Nerghhh...panjang berjela...memang agak susah kan nak tulis kalau setiap kali kena letak password. Bila dah lama tu, korang akan biasa la.
(bare in mind. Ini bukan password aku)


2- Campurkan nombor dan huruf dalam password korang.
Contoh : akuanakpakkd0lahcucuk3pad4t0kmatlah1rkatalaska

Confirm korang sendiri pun boleh lupa korang punya kata laluan tu. Tak tau kat mana nak letak huruf, kat mana nak letak nombor. Hahaha.


3- Elakkan tulis password yang macam ini "AbC123" "passw0rd"

Aku rasa, ramai ja yang dok buat macam tu. Termasuklah adik aku. Tapi bukan apa yang aku tulis tu la. Kiranya password dia senang sangat. Huhu



Buat perkataan yang korang senang ingat. Dan bukan senang untuk orang lain ingat. Hee

Monday, 27 October 2014

Dilemma Muka Berjerawat

Assalamualaikum

Mesti ramai yang baca entry ni pernah dan sedang mengalami muka berjerawat kan. Same goes to me.

Ha, tengok gambar kat bawah ni.


Maybe korang cakap tak teruk sangat. Tapi bagi aku, time ni la muka paling teruk dalam hidup aku selama 23tahun.

Baca entry kan bawah tu.

Well, jerawat ni tumbuh ada banyak faktor. Salah satunya adalah disebabkan tak menjaga kebersihan.

Tapi korang pernah terpikir tak, yang korang ni dah jaga dah kebersihan, tapi jerawat still tumbuh. Jangan risau, sebab ada lagi satu faktor yang menyebabkan jerawat ni tumbuh. Iaitu HORMON.

Mungkin korang dah cuba macam-macam produk, tapi jerawat still ada. Jerawat disebabkan hormon tu normal. Selalunya jerawat tumbuh sebelum/semasa/selepas period (untuk perempuan la). Itupun kalau korang perasan la. Kalau jenis cenggini, memang la produk skincare korang tu takkan membantu pun. Sebab ia bermula dari dalaman.

So, chill la beb. Jerawat bukannya boleh buat orang mati pun. Kecuali orang tu sangat OBSES dengan muka dia.

Stress jugak boleh membuatkan jerawat tumbuh dengan agresif skali. Weh, kalau satu dua jerawat tu, tak perlu la nak stress bagai. Lagi korang stress, lagi banyak la jerawat yang tumbuh. Tengok macam aku ni, stress sebab study, then jerawat naik. Pastu stress sebab jerawat pulak. Takut bila jumpa patient, patieng rasa geli pulak tengok muka aku. Kan dah bertambah-tambah stress. Lepas tu, jadilah ladang jerawat kat muka ni ha. Last-last aku buat dunno ja dengan jerawat tu.

And at the same time aku guna produk Himalaya Herbals, so now muka aku dah ok. Tapi masih dalam proses recovery lagi. huhu

Muka aku tak la flawless cam korang. Like I care sangat la kan. Asalkan tak dak jerawat, dah kira ok dah tu.

Cuma ada certain time setiap bulan akan ada 2 3 butir jerawat. Tapi cepat ja kecut. Dengan bantuan Oxy ^^.

Kesimpulannya saya tidak stress lagi disebabkan jerawat. Tetiba* Krik krik krik

Tuesday, 26 August 2014

Sayang Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum

Entry kali ni bukan entry cintan cintun ok. Walaupun tajuk entry dah bersayang sayang bagai. Hee. Kali ni aku just nak tanya korang, pernah tak jadi cenggini (tengok gambar di bawah)


Nah, screenshot sebuah blog yang aku buka menggunakan handphone aku.

Apa yang korang nampak? Ada nampak entry dia tak? Tajuk entry pun setengah ja boleh baca. Yang penuh page adalah iklan, iklan dan iklan. Perghh, ini blog iklan ke?

Maybe kalau baca menggunakan laptop, boleh ja baca. Tapi apabila menggunakan handphone yang screennya tak berapa nak besar, jadi macam ni lah. TAK BOLEH NAK BACA PUN!

Ouh ya, kalau perasan kat iklan tu, tak ada pun button "X" or "close" yang boleh tekan untuk tutup iklan tu. Buat sakit hati ja.

Susah-susah je perah otak buat entry mantop-mantop, tup tup orang tak boleh nak baca. Kalau macam ni, baik, tak payah tulis entry. Tulis je tajuk yang kontroversi sikit, then ping kat Facebook. Jangan lupa letak link iklan banyak-banyak, sampai penuh page. Ada yang bermurah hati, akan klik la iklan awak tu. Kalau yang tak bermurah hati, terus tutup ja blog awak.

Awak boleh menjana income dari situ. Tapi orang lain dapat penat tekan blog awak ja la. Tak ada benda yang bermanfaat pun.

Kiranya macam awak duduk kat tepi jalan, minta sedekah. Just like that. Paling tidak pun, awak menyanyi ke apa sikit, ok la kan. At least ada la titik peluh awak untuk dapatkan duit.

Ouh ya, maybe awak dah mengeluarkan peluh kot untuk meletakkan iklan-iklan di blog awak. Saya tau, susah nak main coding tu. Betul kan =_="

Tak pe lah awak. Buat sakit hati saya ja masuk blog awak tu.

Bukan seorang dua yang buat macam ni. Ramai lagi kot. Aku punya la excited nak baca entry sebab bila baca tajuk dia dah gempak sangat. Tetiba tak boleh baca. Terus hilang abes mood.


p/s : Wahai blogger, tolong la jangan letak banyak sangat iklan. Nak letak banyak tu boleh. Tapi letak la sama button "close". Tapi kan, agak-agak la jugak nak letak iklan. Jangan sampai tak nampak ru[a blog sudah. Jangan jadikan iklan anda sebagai wallpaper blog anda ya =)

Friday, 22 August 2014

Herbal Tea

Assalamualaikum

Greetings to all my readers. Eh, tetiba feeling omputeh ni. Today entry is about Herbal Tea.
Aku bukan nak promote or jual ok. Mostly not my product.

Ntah kenapa dalam masa setahun ni aku kerja nak menguruskan badan. Nak cantik-cantik. Feeling2 flawless gitu. Baju nak kena matching-matching dengan tudung. Maybe dah nak menikah  dah kot. Hahahha. Ok fine, mengarut sudah.


Semalam aku start minum Herbal Tea Orang Kampung ni.

Rasa dia boleh la tahan. Tak ada la macam rasa green tea tu. Tambahan pula dia ada campur dengan halia. Aku boleh terima ja halia ni. Sebab dulu aku selalu kena paksa minum air suam campur dengan hirisan halia. Tak ada campuran gula atau benda2 lain. So, aku now tak jadi masalah la aku nak minum teh herba ni.

Teh Herba ni sesuai untuk orang yang banyak angin dan juga rasa berat badan dia semakin berat (macam aku ni ha). Ada kelulusan dari KKM ok. Jangan risau la.

Pagi tadi terus pergi toilet. Dua kali pulak tu. Rasa perut ni dah bersih daripada sisa makanan yang tersekat dalam perut. Direction dia suruh minum dua kali sehari. Tapi aku consume sehari sekali. Takut satgi pergi toilet kerap sangat. Itu pun masalah jugak.

Nak Business Card MURAH? Tengok SINI

Tuesday, 19 August 2014

Nah ni jawapan aku untuk alasan lelaki curang

Assalamualaikum


Baca dulu k. Satgi baca pulak apa yang aku nak jawab. (cehh, ada sesi soal jawab la pulak)

Hah, wahai lelaki curang.

First, yang kau maksudkan reply pendek. I think, mostly lelaki kot yang reply pendek. Perempuan akan reply panjang lebar. Unless, dulu ko (lelaki) yang reply pendek. Bila perempuan hantar message panjang berjela, apa yang ko (lelaki) reply? "k", "ok syg", so on and so for. So now you blame us, reply your message pendek? ask yourself dulu.

Second, tak talkative? Dari segi logiknya la kan, perempuan ni memang banyak cakap. Tanya banyak. Caring terlebih. Tapi apa yang ko (lelaki) cakap? Membebel? Macam mak-mak? Rimas sebab terlalu caring? So now, bila dah tak caring, bila dah tak tanya, reti pulak nak suruh kite ni caring bagai. Ask yourself, whether you're caring to us before this? nahhh

Third, jangan marah tanpa usul periksa? Yeah. Memang bagi korang tanpa usul periksa. Tapi bagi kitaorang ni, dari A sampai Z dah aih kami periksa. Dah kantoi depan mata sendiri pun still kata marah tanpa usul periksa? WHAT THE TUTTT.

Forth, bagi space untuk hangout dengan member2, game and tidur ye? Bagi dah space. Sampaikan boleh dok pasang lagi satu. Tu apa cerita? Nak salahkan perempuan pulak sebab bagi space? Wayar teruk dah nih.

Fifth, inform if busy and also bagitau sejam sekali yang kitaorang rindu korang? what is that? disebabkan dulu ko (lelaki) busy, tak pernah pun ko nak bagitau aku. We perempuan, memang akan bagitau lelaki yang kitaorang ni busy. But kadang-kadang tu saja ja nak tengok korang ni perasan tak yang kitaorang ni tak message korang. Ouh yang bagitau sejam sekali yang kitaorang ni rindu. Eh, dulu jangankan setiap sejam. Setiap minit pun bagitau. Apa korang punya response? Eeee, RIMASLAH! Sudah-sudah lah tu! betul tak?

Itu ja korang punya alasan untuk curang? Hurmm..Hye, open your eyes la LELAKI, you started first. So what do you expect from us? Kalau korang hargai kitaorang yang perempuan ni dulu, tidak akan la jadi perkara macam ni. Bukan nak balas dendam ke hapa. Cumanya hati kitaorang ni dah tawar dah. Kot-kot la korang (lelaki) nak pujuk, nak bagi berbunga balik. Ini tidak, buat keputusan untuk curang. Acane nih? Curang je ke solution yang terbaik? HUH??


p/s : ni bukan tentang relationship aku sekarang ye (2013-still counting). Ni relationship yang dulu. Alah, apa orang cakap, bercinta bagai nak rak, alih-alih dia dok curang tang belakang, kiri, kanan, depan pun ada jugak.
NO POINT TO REMEMBER THAT.


Lets bygone be bygone.
Thanks, because of you, I found someone better than you.


p/s/s : but sesetengah perempuan yang budget hot tu, memang akan layan lelaki macam tu pun. Itu aku tak leh nak kata apa la kan. Kadang-kadang lelaki yang caring dapat perempuan yang tak ambil peduli. Dan kadang-kadang, sebaliknya pulak.

SO PANDAI-PANDAI LA MEMILIH. JANGAN MAIN IKUT SEDAP MATA MEMANDANG JA.
^_^


Monday, 14 July 2014

12 Healthy Tips During Ramadhan

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan kita yang akan memberi alasan GASTRIK untuk meninggalkan puasa. Ni nak bagi sedikit tips kalau korang tu mempunyai gastrik. Sahur jangan tinggal ye sayang. Sebolehnya 10-15 minit sebelum bilal melaungkan azan subuh. Melambatkan sahur dan meawalkan berbuka adalah sunat.

One more thing, tidur selepas sahur adalah langkah tidak bijak. Please avoid doing that. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati atau heartburn. Orang cakap lepas makan, terus tidur boleh membuatkan anda boroi. Lagipun tidur balik selepas Subuh, boleh menyebabkan pintu rezeki tertutup. So bangunlah awal pagi, sahur dan terus solat Subuh. Selesai Solat, cubalah kita mengaji sehelai dua muka surat al-Quran. =)

Di bawah ini ada 12 Tips yang korang boleh amalkan semasa Ramadhan. 


klik gambar untuk tumbesaran

bagi yang selalu mengalami Heartburn atau orang kita selalu panggil pedih ulu hati, korang boleh mengamalkan Gaviscon.

How do it work?

 Gaviscon bertindak sebagai penghalang asid di dalam perut merembes keluar kembali ke dalam esophagus yang boleh menyebabkan heartburn.

Apa yang menyebabkan asid di dalam perut boleh merembes keluar masuk kembali ke dalam esophagus?


1- Cara anda makan
* Makan makanan yang besar boleh menyebabkan perut anda untuk menghasilkan terlalu banyak asid, yang boleh membawa kepada asidosis. Secara fizikal 'overfilling' perut yang dapat mewujudkan tekanan dan menyebabkan refluks asid. Ini boleh membawa kepada pedih ulu hati dan senak.
    * Makan tidak teratur atau terlalu cepat boleh bermakna bahawa tahap asid dalam perut tidak mempunyai masa untuk mengawal selia.
     * Makan pada jangka masa atau sebelum tidur boleh membuat ia lebih mudah untuk asid untuk melarikan diri semula ke dalam esofagus (paip makanan)


2- Jenis makanan yang anda makan
* Makanan berlemak cenderung untuk tinggal di dalam perut anda untuk lebih lama kerana lemak adalah lebih perlahan untuk dihadam. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati dan senak.
    * Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan relaxant pada sfinkter membolehkan asid untuk melarikan diri kembali. Ini membawa kepada pedih ulu hati.
    * Makanan pedas, bawang dan tomato boleh menyebabkan pedih ulu hati dan senak.

 
3- Jenis minuman yang anda minum
* Minuman berkafein dan alkohol cenderung untuk meningkatkan keasidan dalam perut anda.
    * Minuman yang sangat panas dan jus limau juga mungkin pencetus.
 
 
p/s : keep healthy during Ramadhan will you. Please don't make silly reasons just to not fasting.
 

Tips : How to look slim in photo

Assalamualaikum

1- Double chin
ok, bagi yang menghadapi masalah double chin ni, masa korang nak tangkap gambar, korang boleh cuba letak lidah korang kat lelangit (hope u know what i mean by that). Cuba tengok, double chin korang tu akan hilang serta merta

2- Cara Berdiri
 daripada korang berdiri staright mengadap camera, better korang pusing sikit sebelah kiri atau kanan untuk menampakkan badan korang tu kurus sedikit daripada asal

macam selebriti kat red carpet. Cuba korang tengok, kebanyakkannya diaorang akan pusingkan badan diaorang sedikit. Make Sure korang berdiri straight ok. Jangan dok bongkok sana sini


3- Don't be in direct sunlight
mostly korang tau kot benda ni. Kalau korang snap picture kat direct sunlight, gambar korang akan jadi tak cantik, melainkan memang korang nak effect sunlight tu

4- silangkan buku lali, bukan silangkan kaki
 bukan macam dalam gambar atas ni k. Kalau korang silangkan kaki macam ni, korang akan membuatkan peha korang nampak lagi besar dan lebar.
just silangkan buku lali macam dalam gambar dia atas. Less is beautiful. Nampak lebih ayu kan =)


5- Arm Position
korang boleh cekak pinggang korang. But make sure jangan letak straight kat sisi. Ini boleh menampakkan tangan korang lebih lebar daripada biasa.


6- Photo Angles
yang ni pulak, cara korang tangkap gambar. Selalunya ramai yang akan snap gambar daripada atas.
elakkan ye sayang-sayang sekalian. Kalau yang nak buat photoshoot untuk baju-baju, korang boleh snap picture dari bawah. Ia akan membuatkan korang nampak lagi tinggi dalam gambar. Hee


SELAMAT MENCUBA ^^

Friday, 4 July 2014

Tips Tingkatkan Pageviews : Ping Entry

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai aku tengok blogger-blogger baru yang makin banyak....pageviews diaorang pun aku tengok, banyak daripada aku...walaweyhh...

ouh, by the way bagi blogger-blogger yang nak tingkatkan pageviews macam aku ni, korang bolehlah ping korang punya entry kat Facebook, Twitter dan lain-lain tempat...sebagai contoh :-





setakat ni Alhamdulillah la, banyak traffik dari Ping Busuk....lepas ni harap boleh la dapat traffik dari tempat2 lain pulak....

p/s : nak banyak pageviews, kena la ringankan tangan ping entry sana sini....kalau asyik diam ja, macam mana orang nak tahu pasal entry kita tu....=) 

SELAMAT MENCUBA

Thursday, 26 June 2014

Solution From Previous Problem

Assalamualaikum

tadi aku ada post PROBLEM ni

now, aku dah ada solution..apa yang aku buat :-

1- pergi kat tabs "google +"

2- kalau korang ada tick kat "Use Google+ comment on this blog" harap UNTICK balik ye

3- buka layout >>> edit HTML

4- paste code ni (make sure preview dulu sebelum save)

<div class='cmt_iframe_holder'
expr:data-href='data:post.canonicalUrl'
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>

DONE!


 

 

Wednesday, 25 June 2014

Ramainya Berbusiness

Assalamualaikum

well actually I'm so surprise...ramai kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej buat business sendiri....lari bidang wehhhhh... "kata dulang paku serpih, kata orang, aku pun sama jugak la"

Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.
Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
 
tapi sayangnya, masih ramai lagi cakap berniaga ni susah...berniaga ni banyak risiko.....mereka silap...yes, memang susah...memang banyak risiko...tapi dari situlah kita belajar segalanya...belajar bersabar...belajar berusaha, belajar macam2 lagi lah....
 p/s : Jom baca tentang Tips Memulakan Perniagaan

Tuesday, 24 June 2014

Tips : Cara mengenal pasti produk berkelulusan KKM

Assalamualaikum


tapi aku tengok masih dijual lagi di pasaran...

kalau korang ragu-ragu dan nak kepastian sama ada produk yang korang gunakan tu ada kelulusan oleh KKM or not....boleh la check kat SINI

harap dapat membantu kepada sesiapa yang masih ragu-ragu..

Sunday, 22 June 2014

Tips : Susun Baju Dalam Laci Dengan Kemas

Assalamualaikum

korang ada masalah nak ambil baju dalam laci tak?? maksud aku bila korang nak ambil, baju jadi berselerak dalam laci....tambah2 baju yang kita nak tu ada kat bahagian bawah sekali... (u know what i mean)....yang ni berlaku kepada orang yang susun baju secara bertingkat....so, bila nak amik baju yang kat belah bawah tu, sangat lah susah.....

so now aku nak ajar cara-cara susun baju dalam laci dengan kemas...korang nak ambil pun tak berselerak...ouh, by the way...korang yang tak dak laci tu, mesti ada compartment yang simpan baju2 nak lipat kan kan kan.....korang boleh jugak lah cuba cara ni....

mula2 sekali mestilah korang kena ada laci....or bakul or apa2 ja la yang boleh letak baju korang...
inilah laci baju yang telah berkhidmat dengan aku lebih daripada 10 tahun....ada sticker pooh lagi...hahahha....asalkan boleh guna lagi, what for nak beli lain....okok...sambung balik
then korang lipat baju korang macam biasa


then lipat lagi setengah...jadi macam dalam gambar ni



then susun lah cenggini...make sure yang bahagian bawah baju yang korang lipat tu mengadap belah atas....so tak messy sangat....


tengok...senang ja nak keluarkan baju...tak berselerak pun...senang pulak tu nak cari baju yang kita nak...tak bertindan tindan macam sebelum ni....


lagi sekali aku nak ingatkan...

 susun macam ni tau..(gambar atas)..bukan macam kat bawah ni

 
 kalau susun guna side macam gambar kat atas tu, nak messy la korang punya laci....



korang boleh divide each laci korang nak letak apa...macam aku tunjukkan kat korang ni, ni part baju aku duduk rumah...t-shirt...seluar, letak dalam laci bawah dia...senang...

p/s : nampak sangat aku ada banyak baju warna hitam

SELAMAT MENCUBA YA ^^

Wednesday, 18 June 2014

Tips : bersenam untuk yang berbadan bentuk pear

Assalamualaikum

kat sini aku nak share sikit macam mana korang yang badan bentuk Pear boleh bersenam....

ouh, bagi sesapa yang tak dapat bezakan badan bentuk pear dengan badan bentuk epal, sila tengok gambar di bawah

bila korang dah tau, yang mana bentuk badan pear tu boleh la cuba senaman ni...



kalau korang try ni, confirm arh....berkesan sangat2...tak yah tunggu 5 minit, 2 minit pun korang dah boleh rasa effect dia...fuhh...tarik abes urat2 paha...

the most easiest exercise..boleh buat dalam bilik je kot...tak perlu ruang yang luas pun....

SELAMAT MENCUBA ^^

Tips : how to get rid of acne

Assalamualaikum

kulit kayu manis mengecutkan jerawat dan pudarkan parut
kulit kayu manis juga boleh di gunakan untuk perawatan muka iaitu untuk masker. selain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan dengan membuat masker. 

this mask is homemade...super savers punya budget

what you need cinnamon powder (serbuk kayu manis) and also honey (madu)...serbuk kayu manis tu korang boleh beli kat Tesco...apa2 jenama pun boleh...aku beli tadi RM2.50 cam tu jenama Tesco =)

first step, you need to mix cinnamon powder wit honey...the ratio is 1:3....dalam erti kata lain, kalau korang guna sudu teh...so 1 sudu teh serbuk kayu manis...3 sudu teh madu....macam tu jugak lah kalau nak guna sudu makan, or senduk ka apa2 ja la yang korang guna untuk sukat ^^

then gaulkan sehingga sebati...then masukkan dalam microwave selama 20-30 saat...tapi kalau tak nak masukkan dalam microwave pun tak pa...tak kesah pun...

agak2 dah suam suam kuku, boleh la sapu kat muka....

ouh, jangan lupa...sebelum sapu, pastikan muka tu bersih ye.....

tunggu lah 10-20 minit cam tu....biar dia serap dalam muka..then basuh...it is better kalau guna air suam untuk basuh...then diakhiri dengan air sejuk...


macam ni lah rupanya bila korang dah gaulkan hingga sebati

CAUTION!!!
if korang rasa muka pedih...tak boleh tahan...sila basuh ok...dan jangan pakai dah...kalau muka korang sangat sensitif, dan korang tau korang punya kulit sensitif, JANGAN PAKAI...

madu pun ada khasiat dia jugak...

KHASIAT MADU :-
Madu boleh digunakan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat.
Madu mengandungi sifat penyembuh semulajadi yang terdiri daripada enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu membersihkan kulit.
Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang sangat bagus. Madu juga boleh mengurangkan kelebihan minyak pada kulit. Masker wajah yang diperbuat dari madu sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
by the way, kalau korang tak nak pakai madu pun boleh...gantikan dengan air paip...tapi nisbah dia kurangkan sikit...takut cair sangat nanti

SELAMAT MENCUBA ^_^



Thursday, 12 June 2014

Tips : The Brain of a Blogger

Assalamualaikum

aku tengok sekarang ni ramai ja yang nak buat blog...bila cerita pasal buat blog ni jugak boleh buat duit...lagi syok la depa nak buat....(sama la jugak ngan aku dulu)

ni aku share sedikit tips macam mana korang yang baru buat blog nak naikkan traffik sampai 100 pageviews satu hari...ok la tu kan...100, ingat senang ka nak dapat 100 pageviews in one day...melainkan korang sendiri yang click blog korang sendiri....

tak best kan cam tu...buat blog, mesti la nak orang baca blog kita..betul tak?so, macam mana nak buat?


1- korang nak orang baca blog korang, korang kena la baca blog diaorang dulu

2- tulis entry yang menarik pasal diri korang, or pasal benda yang korang rasa korang ja yang tau and nak share dengan orang lain...mungkin ni boleh tarik minat diaorang untuk melawat blog korang...who knows right...bukan 10 orang ja yang ada depan laptop...berbillion kot orang sedang online...so, takkan la daripada berbillion tu, 10 orang tak boleh nak melawat blog korang

3- korang melawat blog orang lain sambil tinggalkan jejak....alah, comment la entry yang korang baca tu...kalau korang tak tinggalkan jejak, macam mana la si penulis tu nak tau sapa yang kunjung blog dia...secara tak langsung dia akan klik link blog korang and baca...

4- jangan pikir nak buat duit 100% sehinggakan semua entry korang copy paste entry orang lain...gossip2 artis...fitnah itu ini....nak copy boleh...tapi bukan semua....bukan setiap entry sehinggakan tak dak entry korang langsung...tak best la kan macam tu....ce bagitau kat aku, ada ka orang nak baca kalau korang tulis entry benda yang diaorang dah baca? maybe akan ada la sebilangan orang....tapi tak menarik dah la blog korang tu...bukan blogger friendly....btw, kalau nak copy tu, jangan lupa tulis sumber mana korang amik...

5- rajin-rajin kan diri join segmen, GA (giveaway), contest apa2....dari situ la korang boleh dapat ramai kenalan....

6- paste link blog korang kat mana2 group blogger kat Facebook...banyak kot group blogger sekarang Facebook....ce search Blogger, terus tersusun group blogger2...so paste je korang punya link kat situ

7- pastikan blog korang tu ringan...maksud aku, jangan letak widget banyak sangat....keep it simple...letak widget yang penting ja....contoh : google follower, follower, popular post, search box....cukup dah....tak perlu letak lagu or some sort of animation yang mcm hujan turun ka apa ka.....sebab, cuba korang bayangkan, orang yang pakai fon and paham2 sendiri la kalau pakai data yang tak laju tera mana...memang nak buka blog yang berat tu memang tak la kan....

8- at the comment part....korang tolong la cancelkan word verification tu....agak menyusahkan untuk orang yang rabun macam aku ni....kadang2 orang malas comment sebab ada word verification yang ntah apa2 tu....

9- kalau boleh update blog sehari sekali sekurang kurangnya.....jangan tinggalkan blog lama tanpa entry.....

kalau korang nak belajar pasal SEO untuk naikkan lagi traffik korang...korang boleh la bertanyakan kat Hasrul Hassan....dia memang pro bab2 SEO ni...aku sampai sekarang tak belajar lagi pasal SEO...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...