Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, 13 August 2014

Keywords Ogos 2014

Assalamualaikum

Tadi saja la aku belek-belek Nuffnang, nak tengok keywords apa yang terlekat kat blog aku ni ha.
Jom kita perati (tengok) apa yang lekat

click gambar untuk tumbesaran ya

Mula-mula keywords tu adalah "Tips Kurangkan Berat Badan"
Entry INI sejak diterbitkan tahun lepas, pageviews dah mencecah 9k. Alhamdulillah ^^

Yang ada orang search "cara hilangkan berat badan". Macam pelik ja bunyi. Acane nak hilangkan berat badan? Nak jadi 0kg kah anda? macam-macam betul la diaorang ni search.

Pasal cerita AUCMS (Allianze University of Medical Sciences) tu, hurmmm. Nothing much to say. Sebab aku pun dah angkat kaki dari kolej tu. Apa yang aku dengar daripada member-member yang still study kat situ, memang still ada problem. Problem apa? Itu aku tak pasti. Tapi kalau tanya aku problem sebelum aku berhenti, itu korang semua pun tau kot.

MASALAH KEWANGAN.
MASALAH FASILITI.
MASALAH PEMBELAJARAN.

If you can stand study with only one lecturer teach for 2 months. If you can stand study at Kulim, Kedah but you take your exam at HUKM, Cheras. If you can stand moving here and there every year.

YEAH, YOU'RE MOST SUITABLE TO STUDY THERE.

Bagi adik-adik yang ada hati nak study kat IPTS, better buat research dulu ya pasal sesebuah IPTS tu. Kalau IPTA, kita dah tau diaorang punya kualiti. IPTS ni korang kena jaga-jaga sikit. Jangan tanya admin IPTS tersebut. Tanya student diaorang. Baca artikel-artikel pasal IPTS tersebut. Jangan tanya sorang dua. Tanya paling kurang 5 orang. Baca sekurang-kurangnya 5 artikel.

Kalau betul nak masuk jugak IPTS tersebut. Bersiap sedialah dengan mental dan fizikal ya. =)

GOOD LUCK ^^

Wednesday, 18 June 2014

Tips : how to get rid of acne

Assalamualaikum

kulit kayu manis mengecutkan jerawat dan pudarkan parut
kulit kayu manis juga boleh di gunakan untuk perawatan muka iaitu untuk masker. selain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan dengan membuat masker. 

this mask is homemade...super savers punya budget

what you need cinnamon powder (serbuk kayu manis) and also honey (madu)...serbuk kayu manis tu korang boleh beli kat Tesco...apa2 jenama pun boleh...aku beli tadi RM2.50 cam tu jenama Tesco =)

first step, you need to mix cinnamon powder wit honey...the ratio is 1:3....dalam erti kata lain, kalau korang guna sudu teh...so 1 sudu teh serbuk kayu manis...3 sudu teh madu....macam tu jugak lah kalau nak guna sudu makan, or senduk ka apa2 ja la yang korang guna untuk sukat ^^

then gaulkan sehingga sebati...then masukkan dalam microwave selama 20-30 saat...tapi kalau tak nak masukkan dalam microwave pun tak pa...tak kesah pun...

agak2 dah suam suam kuku, boleh la sapu kat muka....

ouh, jangan lupa...sebelum sapu, pastikan muka tu bersih ye.....

tunggu lah 10-20 minit cam tu....biar dia serap dalam muka..then basuh...it is better kalau guna air suam untuk basuh...then diakhiri dengan air sejuk...


macam ni lah rupanya bila korang dah gaulkan hingga sebati

CAUTION!!!
if korang rasa muka pedih...tak boleh tahan...sila basuh ok...dan jangan pakai dah...kalau muka korang sangat sensitif, dan korang tau korang punya kulit sensitif, JANGAN PAKAI...

madu pun ada khasiat dia jugak...

KHASIAT MADU :-
Madu boleh digunakan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat.
Madu mengandungi sifat penyembuh semulajadi yang terdiri daripada enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu membersihkan kulit.
Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang sangat bagus. Madu juga boleh mengurangkan kelebihan minyak pada kulit. Masker wajah yang diperbuat dari madu sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
by the way, kalau korang tak nak pakai madu pun boleh...gantikan dengan air paip...tapi nisbah dia kurangkan sikit...takut cair sangat nanti

SELAMAT MENCUBA ^_^



Monday, 7 October 2013

Petua : Hilangkan Jerawat Badan

Assalamualaikum...

Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan. Ia diketahui secra umumnya muncul di bahagian belakang badan, dada, lengan dan punggung...

PETUA HILANGKAN JERAWAT DI BADAN

Basuhan kerap
Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi. 

Pengelupasan

Pengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan. 

Rawatan menggunakan ubat
Anda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor. 

Utamakan pakaian anda 
Berbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.


Sunday, 18 August 2013

Petua-petua di dapur

assalamualaikum



1. KUPAS BAWANG
untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.

Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN

Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI

Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS

letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT

Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

Tuesday, 16 July 2013

PETUA elak tidur berdengkur

assalamualaikum....

siapa yang tak tau berdengkur tu apa? mana la nak tau kan...kot kot ada yang tak tau....mai sini saya nak bagitau....berdengkur, istilah lainnya adalah tidur dengan menghasilkan bunyi yang agak tidak sedap untuk didengar oleh orang lain....(errr ini ka istilah dia? huhu)....ala korang ni...takkan berdengkur pun tak tau...berdengkur ni kalau tak silap aku la, terjadi sebab terganggunya saluran pernafasan (saluran pernafasan jadi kecil....so bila ada udara lalu, dia akan menyebabkan terhasilnya bunyi)


Snoring sound production is most often from the soft palate and uvula. The black arrow points to 
the soft palate and the gray arrow points to the uvula.

Note that the snoring sound is most often caused by the vibration of the soft palate and the uvula.




PETUA ELAK TIDUR BERDENGKUR :-
1. Jangan kerja terlalu berat.
2. Bersihkan saluran nafas terutama rongga hidung dan mulut sebelum tidur.
3. Tidak merokok atau mengambil alkohol serta elak daripada makan makanan yang mengandungi lemak kerana ia akan menyebabkan jus gastrik naik ke saluran pernafasan.
4. Kurangkan berat badan.
5. Tidur dengan posisi mengiring dan pastikan kedudukan kepala lebih tinggi. Alaskan kepala dengan bantal atau tangan untuk melancarkan saluran pernafasan.
6. Pastikan anda tidak mengalami selsema, hidung tersumbat atau sebagainya.
7. Mandi menggunakan air suam.
8. Penambahan garam dalam air mandian merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
9. Tukar bantal anda! Alergi dan debu dari bantal sebahagian punca berdengkur.
10. Minum banyak air. Anda mungkin mengalami dehidrasi ketika tidur.
11. Hindari ubat penenang atau sedatif. Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

12. Guna "breathe right" (sesungguhnya aku bukan duta produk ni...harap maklum)

Saturday, 22 June 2013

khasiat halia

assalamualaikum.....

aku ni memang ada masalah angin....seriously, banyak sangat angin dalam badan ni....dah la banyak angin, susah plak tu nak keluar......

hari tu masa jumpa dengan bakal mak mertua, perut buat hal...angin masuk banyak kot....sampai terbongkok bongkok la bila jalan....malu kot....tapi nasib baik bakal mak mertua memahami...heee....dia suruh anak dia (encik belalang) pergi beli air suam tambah halia...no sugar ok.....tu first time kot minum air halia pure punya....air dengan halia sahaja...tak ada tambah benda lain....minum depan bakal mak mertua...memang la kena control....dalam tekak ni, hanya orang yang pernah rasa ja leh tau......nasib baik, habis jugak aku minum.....

KHASIAT HALIA

- melegakan rasa loya

- masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah

- Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut.

- Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Khasiat halia

- Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

- halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

- Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

- Mengubati selesema dan asmaPengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

- Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterolSakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

- Mengubat batuk
Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

- Menghilangkan bau mulutHalia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang


p/s : da seminggu aku amalkan minum air halia ni.....sistem pencernaan da ok....angin pun da kurang sikit dalam badan ni.....n kalau korang nak tau, kalau air halia ni campur dengan air limau nipis...rasa dia macam 7up...perghhhhh....tak payah dah beli air berkarbonate...boleh buat sendiri kot...healthy lagi....
.


Thursday, 2 May 2013

Petua untuk awek muda cara Islam

assalamualaikum...

sapa tak mau jadi awek muda kan kan kan...mesti la semua orang nak...tambah2 yang dah ada laki....kalau tak jaga, takut suami lari ja nanti...heee...jom ikut petua untuk awek muda cara Islam....



1 - Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2 - Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3 - Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4 - Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
5 - Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
6 - Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Sunday, 28 April 2013

Petua : kurangkan berat badan

assalamualaikum....

nak bagi petua sikit sebelum tidur...mari sama2 kita amalkan...petua ni untuk orang yang terlebih berat badan ya...untuk yang terkurang berat badan tu, sila jangan tiru petua ini.....hal ini boleh menyebabkan anda2 yang terkurang berat badan hanya tinggal tulang sahaja....yang da normal berat badan tuu, pun jangan tiru aksi ini...sebab nanti anda akan terkurang pulak berat badan...hoho


1 - ikut seperti gambar di bawah....ini yang orang selalu SILAP!!!



2 - jika terasa lapar....korang disarankan untuk minum air masak satu gelas.....sebab kadang2 tuu kita bukannya perlu makan pun bila lapar...itu hanyalah nafsu semata mata...bukan keperluan...lepas korang minum, then korang terasa lapar...baru la korang makan....kalau tak lapar tuu, jangan gatai2 nak makan...ok!


3 - makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran...agar senang untuk membuang hajat nanti...tidak la sembelit sampai seminggu dok simpan hajat...huhu.buang hajat sekerap yang mungkin lebih bagus daripada jarang membuang hajat..sebab membuang hajat ni, kita akan membuang sekali benda2 yang tidak diperlukan oleh badan.....BUANG HAJAT ITU PENTING!!!!


4 - makan dalam kuantiti yang sedikit..dan kerap...daripada makan dalam kuantiti yang banyak tetapi tak kerap.....dan jangan lupa breakfast....itu hidangan yang paling PENTING!

5 - jangan lupa bersenam 3 kali seminggu...selama 20 minit setiap sesi...dah kalau malas sangat tuu, amalkan benda ni.....parking kereta jauh daripada tempat yang kita nak pergi....so that, korang boleh berjalan banyak langkah.....pilih tangga...jangan pilih lift mahupun tangga bergerak (apa ntah nama dia...escalator kot)....kalau nak naik tangga bergerak pun, korang tak payah la nak tunggu dia sampai...korang pun boleh gak bergerak bersama sama tangga bergerak...hahah (paham dak?)


6 - tidur awal...kalau korang tidur lambat, probability untuk korang makan tengah malam adalah sangat tinggi....


7 - kurangkan karbohidrat....aku tak kata jangan makan langsung...tapi aku kata KURANGKAN!!!! karbohidrat pun perlu untuk energy.....


8 - kurangkan makanan yang masin....sebab makanan masin, akan tarik (attract) air....kiranya badan kita akan simpan banyak air.....and kalau korang gemuk disebabkan ini, orang panggil gemok air....hohoho


ermmm...itu ja kot yang boleh aku share dengan korang sebelum aku tidur...huhu...

selamat beramal... ^_^



Friday, 26 April 2013

Petua hilangkan panau

assalamualaikum.....

jom nak share sikit pengalaman cik siti masa dulu kecik2....

actually, dulu kecik2 muka cik siti ada banyak panau...huhu....tau tak panau tuu apa???? ala....selalu ada kat muka yang putih2 tuu....(bukan putih2 melati ya kawan2).....orang cakap panau jadi bila kita berpeluh/panas then basuh muka.....tak tau la betul ka tak...sebab tuu la yang selalu mak cakap....jangan basuh muka masa tengah berpeluh/panas...duduk bawah kipas dulu...bagi sejuk, then baru basuh muka....nanti naik panau.....

korang tau tak yang panau ni adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat....

korang nak tau tak cara paling mudah untuk hilangkan panau ni?????


1-potong bawang putih, dan gosok perlahan lahan kat tempat panau tersebut....hingga kulit terasa pedih dan merah...pastu, basuh dengan air....ulang setiap hari...sampai la hilang panau tuu....

2- korang jugak boleh guna halia...buat macam number 1 tuu...



rasanya 2 tuu la yang paling senang nak jumpa...yang lain semua kena pakai daun kesum la...pinang la....tapi kalau korang rasa petua kat atas ni susah...korang boleh la tengok petua yang lain kat SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...