PETUA elak tidur berdengkur | Cik Siti

Tuesday, 16 July 2013

PETUA elak tidur berdengkur

assalamualaikum....

siapa yang tak tau berdengkur tu apa? mana la nak tau kan...kot kot ada yang tak tau....mai sini saya nak bagitau....berdengkur, istilah lainnya adalah tidur dengan menghasilkan bunyi yang agak tidak sedap untuk didengar oleh orang lain....(errr ini ka istilah dia? huhu)....ala korang ni...takkan berdengkur pun tak tau...berdengkur ni kalau tak silap aku la, terjadi sebab terganggunya saluran pernafasan (saluran pernafasan jadi kecil....so bila ada udara lalu, dia akan menyebabkan terhasilnya bunyi)


Snoring sound production is most often from the soft palate and uvula. The black arrow points to 
the soft palate and the gray arrow points to the uvula.

Note that the snoring sound is most often caused by the vibration of the soft palate and the uvula.




PETUA ELAK TIDUR BERDENGKUR :-
1. Jangan kerja terlalu berat.
2. Bersihkan saluran nafas terutama rongga hidung dan mulut sebelum tidur.
3. Tidak merokok atau mengambil alkohol serta elak daripada makan makanan yang mengandungi lemak kerana ia akan menyebabkan jus gastrik naik ke saluran pernafasan.
4. Kurangkan berat badan.
5. Tidur dengan posisi mengiring dan pastikan kedudukan kepala lebih tinggi. Alaskan kepala dengan bantal atau tangan untuk melancarkan saluran pernafasan.
6. Pastikan anda tidak mengalami selsema, hidung tersumbat atau sebagainya.
7. Mandi menggunakan air suam.
8. Penambahan garam dalam air mandian merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.
9. Tukar bantal anda! Alergi dan debu dari bantal sebahagian punca berdengkur.
10. Minum banyak air. Anda mungkin mengalami dehidrasi ketika tidur.
11. Hindari ubat penenang atau sedatif. Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

12. Guna "breathe right" (sesungguhnya aku bukan duta produk ni...harap maklum)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...