derma rahim diBOLEHkan dalam Islam | Cik Siti

Tuesday, 16 July 2013

derma rahim diBOLEHkan dalam Islam

assalamualaikum...

korang selalu dengar pasal derma buah pinggang....derma jantung....kali ni jom bercerita pasal derma rahim pulak....jangan dok buat loya buruk na....rahim yang dimaksudkan, bukan nama orang...tetapi adalah organ dalam badan seseorang perempuan.....


Hukum bagi menderma rahim bagi yang memerlukan adalah harus, namun ketiadaan organ peranakan itu  akan menjejaskan nyawa seseorang wanita. Jadi, terdapat syarat yang penting serta dibolehkan antaranya syarat rahim tersebut haruslah diterima dari wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima tersebut pula mengalami masalah rahim.
“Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam Al-Quran,” katanya pada sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Hospital Universiti Akdeniz, Antalya Turki menjadi hospital pertama yang mencatat sejarah dengan kejayaan pertama pemindahan rahim oleh Dr. Omer Ozkan dan pasukannya pada Ogos tahun lepas. Derya Sert, 22 adalah penerima rahim tersebut yang mempunyai masalah kerana dilahirkan tanpa rahim.
Antara syarat lain yang membolehkan pemindahan organ tersebut berlaku adalah seperti yang digariskan mengikut Islam seperti mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan sebarang urusan jual beli. Pendermaan dan penerimaan organ melalui orang bukan Islam adalah dibenarkan dan perkara tersebut tidak sepatutnya menimbulkan sebarang syak serta salah faham.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...