Showing posts with label HEALTH. Show all posts
Showing posts with label HEALTH. Show all posts

Thursday, 4 June 2015

Baby Needs a Comfy Seat

Assalamualaikum

Please think what your baby want, not what you want for your baby.


Baby carrier ni ada 2 jenis.


1-Non Ergonomic (not recommended)
- Dia ni kalau baby duduk lama2 dalam tu, dia akan pressure kat tut** baby tu. Macam kat gambar bawah ni. Ce try kita yang pakai, fuh, tau pun sakit kan. Sama la jugak macam baby.



Tapi bagi parents yang dah terbeli yang macam ni punya baby carrier, apa yang korang boleh buat adalah tambahkan scarf. Macam dalam gambar kat bawah ni. So, tak dak la nak membazirkan. Tak perlu beli yang lain.




2- Ergonomic (recommended)
- Yang ni sebaliknya pulak la. Hat ni better daripada yang tadi. Dia tak meletakkan pressure kat tut** baby tu. Kalau kita tengok pun kita tau. Kaki baby tak hanging macam tu ja. Macam kita dok atas kerusi la. Paha kita supported kan kat kerusi. Kalau yang macam non-ergonomic tadi tu, imagine la macam kita naik flying fox ka macam parasailing ka kan. Sapa yang pernah naik tu tau la macam mana rasa dia. Kalau pakai sat tu tak pa lagi, ni kalau dah pakai berjam-jam. Fuhhhhhhh tak tercapai akalmu la  nak imagine macam mana rasa dia.

So in this case, sama la macam baby. Dah kalau pergi shopping, takkan la 15 minit je kan. Entah-entah dari pagi sampai ke petang baru nak balik. 








Anda mampu mengubahnya. ^^

Monday, 3 November 2014

Homemade Apple Juice

Assalamualaikum

Walaweyh, sekarang ni semua nak homemade. Apakah rakyat Malaysia sekarang dah malas nak keluarkan duit yang banyak nak pergi beli yang dah siap tersedia?

Or sebab nak amalkan gaya hidup sihat?


Bagi aku la kan. Semua ni gara-gara nak stay healthy la. Kalau beli kat luar, takut nanti ada benda pelik-pelik pulak yang diletak dalam tu.

Kalau jus epal ni, kat luar confirm2 la diaorang letak banyak air, air gula dengan sedikit saja jus epal. Tapi tak padan dengan harga. Ceroi (terlalu cair) ja.


Memandangkan puan emak dah beli sebijik mesin jus ni. Aku dan adik-adik apa lagi, kerahkan tenaga la nak buat jus epal yang terbaik dari ladang.

Epal hijau yang sebesar penumbuk aku, kena guna dalam 8 bijik untuk 4 orang minum. Nerghhh, memang healthy sangat la kan.

Pulpa dia pun boleh digunakan untuk buat mask. Eh ye ke? aku tak pernah buat mask lagi la. Cuma dok tengok tutorial omputih. Depa buat homemade mask bagai guna pulpa buah-buahan. =P

Apa tunggu lagi, sila la beli satu mesin ni. Hari-hari minum jus. Baik untuk kesihatan anda dan keluarga anda.

Aku guna jenama Philips (ops, terpromote pulak). Tapi memang senang untuk di handle la.


Monday, 27 October 2014

Dilemma Muka Berjerawat

Assalamualaikum

Mesti ramai yang baca entry ni pernah dan sedang mengalami muka berjerawat kan. Same goes to me.

Ha, tengok gambar kat bawah ni.


Maybe korang cakap tak teruk sangat. Tapi bagi aku, time ni la muka paling teruk dalam hidup aku selama 23tahun.

Baca entry kan bawah tu.

Well, jerawat ni tumbuh ada banyak faktor. Salah satunya adalah disebabkan tak menjaga kebersihan.

Tapi korang pernah terpikir tak, yang korang ni dah jaga dah kebersihan, tapi jerawat still tumbuh. Jangan risau, sebab ada lagi satu faktor yang menyebabkan jerawat ni tumbuh. Iaitu HORMON.

Mungkin korang dah cuba macam-macam produk, tapi jerawat still ada. Jerawat disebabkan hormon tu normal. Selalunya jerawat tumbuh sebelum/semasa/selepas period (untuk perempuan la). Itupun kalau korang perasan la. Kalau jenis cenggini, memang la produk skincare korang tu takkan membantu pun. Sebab ia bermula dari dalaman.

So, chill la beb. Jerawat bukannya boleh buat orang mati pun. Kecuali orang tu sangat OBSES dengan muka dia.

Stress jugak boleh membuatkan jerawat tumbuh dengan agresif skali. Weh, kalau satu dua jerawat tu, tak perlu la nak stress bagai. Lagi korang stress, lagi banyak la jerawat yang tumbuh. Tengok macam aku ni, stress sebab study, then jerawat naik. Pastu stress sebab jerawat pulak. Takut bila jumpa patient, patieng rasa geli pulak tengok muka aku. Kan dah bertambah-tambah stress. Lepas tu, jadilah ladang jerawat kat muka ni ha. Last-last aku buat dunno ja dengan jerawat tu.

And at the same time aku guna produk Himalaya Herbals, so now muka aku dah ok. Tapi masih dalam proses recovery lagi. huhu

Muka aku tak la flawless cam korang. Like I care sangat la kan. Asalkan tak dak jerawat, dah kira ok dah tu.

Cuma ada certain time setiap bulan akan ada 2 3 butir jerawat. Tapi cepat ja kecut. Dengan bantuan Oxy ^^.

Kesimpulannya saya tidak stress lagi disebabkan jerawat. Tetiba* Krik krik krik

Friday, 22 August 2014

Herbal Tea

Assalamualaikum

Greetings to all my readers. Eh, tetiba feeling omputeh ni. Today entry is about Herbal Tea.
Aku bukan nak promote or jual ok. Mostly not my product.

Ntah kenapa dalam masa setahun ni aku kerja nak menguruskan badan. Nak cantik-cantik. Feeling2 flawless gitu. Baju nak kena matching-matching dengan tudung. Maybe dah nak menikah  dah kot. Hahahha. Ok fine, mengarut sudah.


Semalam aku start minum Herbal Tea Orang Kampung ni.

Rasa dia boleh la tahan. Tak ada la macam rasa green tea tu. Tambahan pula dia ada campur dengan halia. Aku boleh terima ja halia ni. Sebab dulu aku selalu kena paksa minum air suam campur dengan hirisan halia. Tak ada campuran gula atau benda2 lain. So, aku now tak jadi masalah la aku nak minum teh herba ni.

Teh Herba ni sesuai untuk orang yang banyak angin dan juga rasa berat badan dia semakin berat (macam aku ni ha). Ada kelulusan dari KKM ok. Jangan risau la.

Pagi tadi terus pergi toilet. Dua kali pulak tu. Rasa perut ni dah bersih daripada sisa makanan yang tersekat dalam perut. Direction dia suruh minum dua kali sehari. Tapi aku consume sehari sekali. Takut satgi pergi toilet kerap sangat. Itu pun masalah jugak.

Nak Business Card MURAH? Tengok SINI

Wednesday, 13 August 2014

Keywords Ogos 2014

Assalamualaikum

Tadi saja la aku belek-belek Nuffnang, nak tengok keywords apa yang terlekat kat blog aku ni ha.
Jom kita perati (tengok) apa yang lekat

click gambar untuk tumbesaran ya

Mula-mula keywords tu adalah "Tips Kurangkan Berat Badan"
Entry INI sejak diterbitkan tahun lepas, pageviews dah mencecah 9k. Alhamdulillah ^^

Yang ada orang search "cara hilangkan berat badan". Macam pelik ja bunyi. Acane nak hilangkan berat badan? Nak jadi 0kg kah anda? macam-macam betul la diaorang ni search.

Pasal cerita AUCMS (Allianze University of Medical Sciences) tu, hurmmm. Nothing much to say. Sebab aku pun dah angkat kaki dari kolej tu. Apa yang aku dengar daripada member-member yang still study kat situ, memang still ada problem. Problem apa? Itu aku tak pasti. Tapi kalau tanya aku problem sebelum aku berhenti, itu korang semua pun tau kot.

MASALAH KEWANGAN.
MASALAH FASILITI.
MASALAH PEMBELAJARAN.

If you can stand study with only one lecturer teach for 2 months. If you can stand study at Kulim, Kedah but you take your exam at HUKM, Cheras. If you can stand moving here and there every year.

YEAH, YOU'RE MOST SUITABLE TO STUDY THERE.

Bagi adik-adik yang ada hati nak study kat IPTS, better buat research dulu ya pasal sesebuah IPTS tu. Kalau IPTA, kita dah tau diaorang punya kualiti. IPTS ni korang kena jaga-jaga sikit. Jangan tanya admin IPTS tersebut. Tanya student diaorang. Baca artikel-artikel pasal IPTS tersebut. Jangan tanya sorang dua. Tanya paling kurang 5 orang. Baca sekurang-kurangnya 5 artikel.

Kalau betul nak masuk jugak IPTS tersebut. Bersiap sedialah dengan mental dan fizikal ya. =)

GOOD LUCK ^^

Saturday, 9 August 2014

Biskut Lidah Kucing

Assalamualaikum

Biskut lidah kucing atau dikenali sebagai Rainbow Biscuit. Aku tau, ramai yang telah mencuba. Bukan setakat mencuba makan, ada jugak yang dah mencuba buat kan kan kan.

Aku pun sama jugak lah. Eh eh eh, bukan aku. Tapi adik dan cousins aku. Aku pergi beraya, diaorang duduk rumah, baking.

Inilah hasilnya.



Nak tau kenapa tak jadi warna rainbow? Sebabnya pewarna merah tak ada, diaorang malas nak pergi beli. Al maklumlah, kakak yang rajin ni pergi beraya, tak ada la orang nak tolong pergi beli. So jadi la warna turquoise ombre ni.

Apa yang aku boleh katakan di sini adalah, biskut ni memang tak elok untuk kita. Tambah-tambah kanak-kanak. Ini disebabkan pewarna yang digunakan. Korang cuba bayangkan, aku makan biskut ni 2-3 keping pun lidah dah jadi warna turquoise. Ni baru letak satu warna, tapi banyak-banyak tone. Cuba kalau buat rainbow, yang warna dia terang menerang, yang bukan warna pudar. Ntah-ntah lidah korang pun jadi rainbow jugak apa bila makan. Hoish.

Tapi kalau korang kreatif, tak yah letak warna pun tak apa. Letak serbuk koko. Ataupun buat plain dan letak badam kat atas, Ok jugak tuh.

Memang la warna dia cantik, tapi dia tak cantik untuk perut kita. Rasa dia sama ja kalau tak letak pewarna tu pun. Tak ada bezanya.

Wednesday, 25 June 2014

Peringatan : Bahaya Air Tebu

Assalamualaikum

just got this from my sister kat whatsapp...

sapa penggemar air tebu kat sini??? mestilah aku...hee...tapi bila baca ni, terus berkali kali pikir nak minum lagi ke tak air tebu ni...huhu
 tipu la sapa yang tak terliur tengok air tebu kat atas ni...



lazimnya penjual air tebu akan meninggalkan batang-batang tebu yang belum dikisar tanpa mengira kebersihannya di samping membiarkan berlonggokkan di sudut-sudut tepi pagar, tepi longkang, atau di atas tanah..tindakan peniaga-peniaga ini mengundang kehadiran tikus-tikus dan juga haiwan-haiwan perosak yang boleh membawa pelbagai penyakit...

sedarkah tuan-tuan dan puan-puan bahawa tikus adalah ejen pembawa penyakit LEPTOSPIROSIS (kencing tikus) yang boleh membunuh...ramai yang telah jatuh sakit dan maut akibat gejala penyakit ini...

justeru, berhati-hatilah tuan-tuan dan puan-puan...

inilah orang cakap...benda remeh-temeh diambil mudah oleh sesetengah pihak....orang yang nak beli ni bukan nak ingat apa dah....tekak kering...nampak air tebu ais plak tuu....main beli ja....tak tengok macam mana diaorang proses...kat mana diaorang letak batang-batang tebu tuu....
so, keep on sharing this k...make it habit....siasat dulu macam mana diaorang proses sesuatu, tambah2 makanan...jangan main hentam beli ja...

Wednesday, 18 June 2014

Tips : bersenam untuk yang berbadan bentuk pear

Assalamualaikum

kat sini aku nak share sikit macam mana korang yang badan bentuk Pear boleh bersenam....

ouh, bagi sesapa yang tak dapat bezakan badan bentuk pear dengan badan bentuk epal, sila tengok gambar di bawah

bila korang dah tau, yang mana bentuk badan pear tu boleh la cuba senaman ni...



kalau korang try ni, confirm arh....berkesan sangat2...tak yah tunggu 5 minit, 2 minit pun korang dah boleh rasa effect dia...fuhh...tarik abes urat2 paha...

the most easiest exercise..boleh buat dalam bilik je kot...tak perlu ruang yang luas pun....

SELAMAT MENCUBA ^^

Monday, 2 June 2014

How to treat Acne Breakout?

Assalamualaikum

finally update jugak entry setelah sekian lama menyepi...hehehe
aku hilang kemana?
aku tetap di sini la....tak pergi mana pun...cumanya busy dengan study week dengan final.....(nanti aku update apa yang terjadi masa nak pergi jawab exam)

sekarang ni nak cerita serba sedikit pasal JERAWAT...alah, kawan rapat korang tu la....(ke aku sorang ja berkawan rapat dengan jerawat?) never mind la....

dah memang jadi lumrah seorang aku akan ada jerawat masa aku tengah stress...tapi kali ni jerawat tumbuh dengan begitu berleluasa sekali....mungkinkah kulit muka aku sekarang terlalu sesuai untuk pembiakan jerawat? OH NO!!!!

what i use to treat my acne?


1- Tretinon cream 0.05% (pakai waktu malam masa nak tidur ja...jangan pakai waktu siang! AMARAN!! sebab dia ada side efect kalau pakai siang)
2- Benzac AC 5
3- Doxycycline (antibiotic) tapi aku dah berhenti makan dah benda ni....sebab tak disiplin....sat makan sat tak makan...last2, berhenti terus...hee

ubat-ubat yang tersenarai kat atas ni di prescribe oleh doctor kat hospital k....kalau korang nak beli kat pharmacy pun boleh....harga dia kalau tretinon cream tu RM27 kot kalau tak silap..kalau korang suruh doctor prescribe kat korang...amik kat pharmacy spital, boleh dapat FREE!!!! hee

mula-mula guna tu, hoish, makin banyak jerawat yang tumbuh....lagi2 lepas aku tinggal antibiotic tu...memang teruk dah muka.....lepas 2-3 minggu jerawat makin kecut dan kering...sekarang problem aku adalah parut jerawat....

sebab jerawat dan parut jerawat ni lah aku dah jarang selfie...and dah jarang sangat upload gambar kat instagram....

sekarang ni just pakai baby powder ja...dah tak pakai compact powder bagai....kononnya nak bagi muka ni heal dulu la....moisturizer pun dah tak pakai...sebab kalau pakai, muka aku lagi berminyak....so stop using benda2 yang membuatkan muka lagi berminyak....

Tuesday, 13 May 2014

Risiko Baby Carrier, Baby Seats kepada Bayi

Assalamualaikum


DHH adalah gangguan yang terjadi kerana tulang panjang (femur) kaki terkeluar dari lengkung tulang pinggul (acetabulum). Berdasarkan statistik, kelainan ini sering terjadi di bahagian kiri berbanding di bahagian kanan.





Ciri-ciri DHH yang dapat dilihat pada bayi?
  • Kaki tidak seimbang dengan terdapat lebihan lipatan paha pada kaki yang ada kelainan.
  • Kaki tersebut nampak lebih pendek dari kaki yang lainnya.


Cara rawatan DHH.

  • Rawatan pada bayi berusia kurang dari 6 bulan adalah dengan memasang Pavlik Harness, yaitu sebuah alat berbentuk M yang dikenalkan oleh Arnold Pavlik, ahli bedah ortopedi. Alat ini membantu mendorong femur masuk ke dalam acetabulum. Alat ini umumnya dipasang selama 3 sehingga 9 bulan dan tidak boleh dibuka.
  • Rawatan untuk anak usia 6 bulan – 1 tahun yang mulai aktif bergerak, disarankan dilakukan pembedahan dengan penyembuhan yang memakan waktu panjang dengan tingkat keberhasilan yang cukup memuaskan.
  • Rawatan untuk anak usia 1 – 3 tahun adalah dengan memasang alat penahan di bahagian tulang yang mengalami gangguan. Setelah itu baru dilakukan pembedahan.
  • Rawatan untuk anak usia 3 tahun ke atas adalah dengan pembedahan pada tulang pinggul yang dipanggil hip replacement. 

Apa akibatnya jika DHH terlambat ditangani? 
Anak akan menyeret sebelah kakinya ketika mulai merangkak dan kemampuan berjalannya manjadi lambat. Atau, dia akan berjalan pincang jika sudah mula berjalan. 


Antara punca DHH
Sesetengah jenis baby carrier dan peralatan lain antaranya slings, tempat duduk kereta bayi, rocker, buaian, bouncers, walker dan banyak lagi peralatan. Alat-alat ini secara tidak sengaja boleh meletakkan punggung dalam kedudukan yang tidak sihat, terutama apabila digunakan untuk tempoh masa yang panjang. 

Baby Seats
 
Not Recommended:
Tight car seats prevent legs from spreading apart.

Better:
Wider car seats provide room for legs to be apart, putting the hips in a better position.


Baby Harnesses
 Not Recommended:
Thigh NOT supported to the knee joint. The resulting forces on the hip joint may contribute to hip dysplasia.
 Better:
Thigh is supported to the knee joint. The forces on the hip joint are minimal because the legs are spread, supported, and the hip is in a more stable position.

Baby Slings
 Not Recommended:
Baby carriers that force the baby’s legs to stay together may contribute to hip dysplasia.
 Better:
Baby carriers should support the thigh and allow the legs to spread to keep the hip in a stable position.

 
credit to mamapeduli

Saturday, 10 May 2014

Mitos dan Fakta : Paru-Paru Berair

Assalamualaikum

sapa pernah dengar pasal PARU-PARU BERAIR??
alah, mesti pernahkan....orang tua2 selalu dok cakap, "jangan mandi waktu malam, nanti paru-paru berair"

apakah ini hanyalah MITOS ATAUPUN SEMEMANGNYA IA ADALAH FAKTA??

first of all, u all kena la tau, apa maksud paru-paru berair tu....omputih panggilnya PULMONARY OEDEMA....paru-paru berair maksudnya paru-paru kita mengandungi air.....normal punya paru-paru tidak mempunyai air ye kawan-kawan....paru-paru mostly mengandungi udara dan ada salur darah yang mengelilinginya......


ini adalah normal lung

dan ini adalah paru-paru yang berair


ADA PAHAM????

berair di sini bukan bermaksud air semata-mata...boleh jadi nanah ataupun apa2 saja yang berbentuk cecair....

PENYEBAB PARU-PARU BERAIR ADALAH :-

sakit jantung (most common is left heart failure)
jangkitan kuman kat paru-paru
penyakit buah pinggang
kerap sedut asap (hal ini boleh merosakkan tissue paru-paru dan ia tidak lagi dapat berfungi dengan normal)
hampir nak lemas dalam air (kerana apabila kita lemas, kita akan menyedut air melalui hidung, daripada hidung air itu akan masuk ke dalam paru-paru)

kalau korang tengok, tak ada satu pun yang mengatakan mandi malam penyebab paru-paru berair...melainkan masa korang mandi, korang meletakkan air yang banyak ke dalam hidung seperti korang bernafas di dalam air.....memang confirm2 la paru-paru masuk air..... =_="

so, kesimpulannya mandi malam menyebabkan paru-paru berair ada MITOS semata-mata....biasalah, orang2 tua.....nak jimat air or masa dulu2 mana la ada lampu letrik cam kita sekarang....takut tergelincir ke apa ka....sebab tu la mereka cakap macam tu.....

adios...






Sunday, 23 March 2014

Green Tea For Your Health

Assalamualaikum

sekarang ni aku tengah berjinak-jinak dengan green tea.....rasa dia agak kurang menyenangkan...rasa macam rumput...errr, macam la aku pernah rasa rumput kan....tapi dia ada bau rumput la....aku tambahkan madu dalam green tea aku ni...so kurang sikit la rasa tak menyenangkan tu....nak sihat punya pasal....benda yang baik selalunya memang tak sedap....=P

ni antara kelebihan green tea untuk tubuh badan kita :-

1- Kurangkan berat badan
green tea ni boleh meningkatkan kadar metabolism seseorang...polyphenol yang ada dalam green tea ni dapat mempercepatkan fat oxidation dan juga mempercepatkan badan kita mengubah makanan menjadi kalori


2- Diabetes
green tea ni jugak membantu mengawal paras glukosa melambatkan kenaikan gula darah selepas makan... Ini boleh menghalang insulin yang tinggi dan menyebabkan penyimpanan lemak.


3- Penyakit jantung
Ahli-ahli sains berfikir, green tea berfungsi pada lapisan saluran darah, membantu memastikan salur darah tu relax dan lebih mampu menahan perubahan dalam tekanan darah. Ia juga boleh melindungi daripada pembentukan darah beku, yang merupakan punca utama serangan jantung.


4- Kanser Esophagus
Ia boleh mengurangkan risiko kanser esophageal, tetapi ia juga secara meluas dianggap membunuh sel-sel kanser secara umum tanpa merosakkan tisu yang sihat di sekeliling mereka.


5- Cholesterol
green tea ni boleh mengurangkan kolestrol yang tidak elok dalam badan kita.. (kalau ada yang tak tau, badan kita ada 2 kategori kolestrol...satu yang baik, satu yang tidak berapa nak baik...kita kena ada 2 kolestrol ni...tapi amount tu kena la dikawal...lebihkan kolestrol baik dan kurangkan kolestrol yang tak baik)


6- Alzheimer dan Parkinson disease
green tea ni jugak boleh melindungi sel-sel otak daripada mati, seperti yang berlaku kepada pesakit Alzheimer dan juga Parkinson....


7- Tekanan darah
pengambilan green tea ni secara berterusan dapat mengurangkan risiko untuk seseorang itu dapat penyakit darah tinggi


8- Depression
Theanine adalah asid amino semula jadi yang terdapat dalam daun teh. Ia adalah bahan ini yang dianggap memberikan kesan yang santai dan tranquilizing dan menjadi manfaat yang besar kepada peminum teh. So, kepada sesiapa yang selalu depressed je lately ni, digalakkan minum air teh.


9- Anti-Viral and anti-bacteria
Catechin teh adalah agen kuat antibakteria dan antivirus yang menjadikan mereka berkesan untuk merawat segala-galanya daripada selesema kepada kanser. Dalam beberapa kajian teh hijau telah ditunjukkan untuk menghalang penyebaran penyakit


10- Skincare
green tea adalah antioxidant dan juga anti-inflammatory. Kajian telah dibuat dengan menggunakan green tea ni, dan telah membuktikan green tea dapat menyembuhkan kulit daripada cahaya matahari yang menyebabkan kulit rosak. Selain itu, green tea ni juga boleh mengurangkan kedutan di muka.


p/s : so now, Green Tea is good or not?
Green tea ni sesuai sangat kepada orang yang nak kurus cam aku ni ha....exercise malas nak buat, harapkan green tea no ha....maybe result dia lambat....it is better dari u tak exercise and tak jaga pemakanan....(eh, betul ke aku cakap ni? hurmmm....) APA2 PUN EXERCISE IS THE BEST MEDICINE

Thursday, 23 January 2014

WOMEN : Self Breast Examination

Assalamualaikum...

wahai kaum hawa sekalian, anda sepatutnya tahu macam mana nak buat pemeriksaan payu dara sendiri....kalau sesiapa yang tak tau, sila ikut langkah di bawah ni....

Step 1: Begin by looking at your breasts in the mirror with your shoulders straight and your arms on your hips.

Here's what you should look for:

Breasts that are their usual size, shape, and color
Breasts that are evenly shaped without visible distortion or swelling
If you see any of the following changes, bring them to your doctor's attention:

Dimpling, puckering, or bulging of the skin
A nipple that has changed position or an inverted nipple (pushed inward instead of sticking out)
Redness, soreness, rash, or swelling

Step 2: Now, raise your arms and look for the same changes.

Step 3: While you're at the mirror, look for any signs of fluid coming out of one or both nipples (this could be a watery, milky, or yellow fluid or blood).

Step 4: Next, feel your breasts while lying down, using your right hand to feel your left breast and then your left hand to feel your right breast. Use a firm, smooth touch with the first few finger pads of your hand, keeping the fingers flat and together. Use a circular motion, about the size of a quarter.

Cover the entire breast from top to bottom, side to side — from your collarbone to the top of your abdomen, and from your armpit to your cleavage.

Follow a pattern to be sure that you cover the whole breast. You can begin at the nipple, moving in larger and larger circles until you reach the outer edge of the breast. You can also move your fingers up and down vertically, in rows, as if you were mowing a lawn. This up-and-down approach seems to work best for most women. Be sure to feel all the tissue from the front to the back of your breasts: for the skin and tissue just beneath, use light pressure; use medium pressure for tissue in the middle of your breasts; use firm pressure for the deep tissue in the back. When you've reached the deep tissue, you should be able to feel down to your ribcage.

Step 5: Finally, feel your breasts while you are standing or sitting. Many women find that the easiest way to feel their breasts is when their skin is wet and slippery, so they like to do this step in the shower. Cover your entire breast, using the same hand movements described in step 4.


bagi yang tak paham English, korang boleh tengok video kat bawah ni....senang, ikut ja apa yang dia buat....


masa korang buat self breast examination ni, kalau korang rasa ada ketulan ke apa ke yang abnormal..korang kena pergi jumpa doktor cepat2 tau.....macam mana korang nak tau breast korang ni ada ketulan or abnormal ke tak...korang kena la buat sekerap yang mungkin.... 3 kali seminggu ka...benda ni korang tak boleh malas2....ini untuk kebaikan korang jugak.....

Tuesday, 22 October 2013

Makanan untuk kurangkan risiko kanser payudara

Assalamualaikum

Buahan dan sayur sayuran 
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah. 

Ikan & kacang 
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang . 

Buah beri 
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah. 

Makanan yang mempunyai vitamin D 
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi. 

Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

Tuesday, 16 July 2013

derma rahim diBOLEHkan dalam Islam

assalamualaikum...

korang selalu dengar pasal derma buah pinggang....derma jantung....kali ni jom bercerita pasal derma rahim pulak....jangan dok buat loya buruk na....rahim yang dimaksudkan, bukan nama orang...tetapi adalah organ dalam badan seseorang perempuan.....


Hukum bagi menderma rahim bagi yang memerlukan adalah harus, namun ketiadaan organ peranakan itu  akan menjejaskan nyawa seseorang wanita. Jadi, terdapat syarat yang penting serta dibolehkan antaranya syarat rahim tersebut haruslah diterima dari wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima tersebut pula mengalami masalah rahim.
“Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam Al-Quran,” katanya pada sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Hospital Universiti Akdeniz, Antalya Turki menjadi hospital pertama yang mencatat sejarah dengan kejayaan pertama pemindahan rahim oleh Dr. Omer Ozkan dan pasukannya pada Ogos tahun lepas. Derya Sert, 22 adalah penerima rahim tersebut yang mempunyai masalah kerana dilahirkan tanpa rahim.
Antara syarat lain yang membolehkan pemindahan organ tersebut berlaku adalah seperti yang digariskan mengikut Islam seperti mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan sebarang urusan jual beli. Pendermaan dan penerimaan organ melalui orang bukan Islam adalah dibenarkan dan perkara tersebut tidak sepatutnya menimbulkan sebarang syak serta salah faham.


PERBEZAAN rokok elektronik dengan rokok tembakau

assalamualaikum...

siapa kat sini isap rokok elektronik, sila angkat tangan....siapa kat sini isap rokok tembakau, sila angkat kaki....yang tak isap rokok, sila duduk diam2....



PERBEZAAN ROKOK ELEKTRONIK DENGAN ROKOK TEMBAKAU

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan berita yang mengatakan rokok elektronik lebih berbahaya daripada rokok tembakau. Rokok elektronik mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kronik. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Namun adakah perkara ini benar? Mari kita lihat beberapa kenyataan dari pakar kesihatan seluruh dunia..
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

p/s : kenapa Menteri Kesihatan Malaysia berkata sedemikian? meh aku nak jawab kenapa.....
Menteri Kesihatan Malaysia ni mestilah di bawah kerajaan kan? income kerajaan mostly daripada rokok tembakau ye dak????????? kalau diaorang cakap rokok tembakau lagi bahaya daripada rokok elektronik, so most people will not buy that rokok tembakau la kan....so, mana kerajaan nak dapat income....nampak dak permainan diaorang???? ha....so, apa tunggu lagi...pi la beli rokok elektronik tu....kalau berhenti terus merokok pun lagi bagus.. ^_^

Friday, 5 July 2013

PENGEDAR DIPERLUKAN!

assalamualaikum....




PENGEDAR DIPERLUKAN!!!!!


MAI ODER !!!
PROMOSI3!!!BULAN PUASA 
ZAHRAN BIOPUREMARINE COLLAGEN
SILA BACA SEHINGGA HABIS PROMOSI KAMI!!


''kebiasaannya ramai yang membeli PMC tanpa meneliti keaslian dan ketulenan produk tersebut,Dan disebabkan ini telah timbul satu masalah dimana ada pihak mengatakan PMC tidak mempunyai collagen dan khasiat.Anda jangan risau .Hasil kajian daripada seorang penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Profesor Ismail Abdul Rahman telahpun diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) dimana beliau merupakan salah seorang penyelidik dalam Projek Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara mengatakan PMC memang mempunyai khasiat.Dan setakat ini testimoni telah pun diadakan bagi membuktikan kesan penggunaan PMC telah pun berjaya.Dengan produk kami anda akan menikmatinya dengan cara yang mudah,dan cara penghasilan produk kami mengikut (SOP) yang ditetapkan tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan diformulasikan dengan begitu asli.Kini anda akan menikmatinya dengan hanya 2 sudu teh sehari.AMALKAN SETIAP HARI jika anda ingin melihat hasilnya.Boleh disapu saja bagi permasalahan kulit .''

Testomoni dari pelanggan:-
''Biar lambat hasilnya , asalkan kulit selamat dan asli dari menggunakan produk yang mengandungi bahan2 kimia atau bahan tiruan..tapi hasilnya walaupun lambat cukup memuaskan''



SEMENANJUNG MALAYSIA!!
250ml dengan hanya RM15.90 termasuk penghantaran




FUNGSI DAN KHASIAT ZAHRAN BIO PUREMARINE COLLAGEN:-
Kajian menunjukkan rumpai laut ini mampu mengurangkan gejala osteoarthritis sebanyak 15 %
Merendah kolesterol & baiki peredaran darah
Buang toksin & bahan radikel bebas
Mencegah kanser
Mengandungi alginate yang dikatakan mampu
Meningkatkan metabolisme
Meminimum peningkatan berat badan
Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema & psoriasis
Mengandungi seanol iaitu antioksidan yang mampu
Merangsang tenaga & kecergasan mental
Mengandungi lignan yang dikatakan mampu mengembali semula corak tidur & mengurangkan 'hot flushes' pada wanita menopaus
Dikatakan berkesan merawat sakit jantung
boleh dijadikan masker untuk kulit yang lembap, licin & cerah
Menguat sistem keimunan,sistem abdomen & pelihara kalenjar tiroid
Mengurang penuaan pramatang seperti kedutan/kulit kendur
Mengurangi selulit
Mengurang sakit bahu & belakang
Merawat gout
Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit,
Menyembuhkan luka
Memberikan rasa kekenyangan (diet)

KANDUNGAN DAN BAHAN:-
Extrak 3 Gred Rumpai laut Liar(asli) , Calcium , magnesium , iodine dan zinc

Jika berminat sms nama & alamat penuh ke:
Cik Siti Fatimah :- 0195509742

SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!! RM15.90 HANYA PROMOSI SAHAJA 
SEKIAN...SYUKRAN JAZILAN...



PENGEDAR DIPERLUKAN!!!

KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT!

Saturday, 22 June 2013

khasiat halia

assalamualaikum.....

aku ni memang ada masalah angin....seriously, banyak sangat angin dalam badan ni....dah la banyak angin, susah plak tu nak keluar......

hari tu masa jumpa dengan bakal mak mertua, perut buat hal...angin masuk banyak kot....sampai terbongkok bongkok la bila jalan....malu kot....tapi nasib baik bakal mak mertua memahami...heee....dia suruh anak dia (encik belalang) pergi beli air suam tambah halia...no sugar ok.....tu first time kot minum air halia pure punya....air dengan halia sahaja...tak ada tambah benda lain....minum depan bakal mak mertua...memang la kena control....dalam tekak ni, hanya orang yang pernah rasa ja leh tau......nasib baik, habis jugak aku minum.....

KHASIAT HALIA

- melegakan rasa loya

- masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah

- Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut.

- Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Khasiat halia

- Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

- halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

- Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

- Mengubati selesema dan asmaPengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

- Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterolSakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

- Mengubat batuk
Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

- Menghilangkan bau mulutHalia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang


p/s : da seminggu aku amalkan minum air halia ni.....sistem pencernaan da ok....angin pun da kurang sikit dalam badan ni.....n kalau korang nak tau, kalau air halia ni campur dengan air limau nipis...rasa dia macam 7up...perghhhhh....tak payah dah beli air berkarbonate...boleh buat sendiri kot...healthy lagi....
.


bolehkah anda hidup dengan gaji sebanyak ini?

assalamualaikum....


saya ingin bertanya kepada anda, adakah dengan gaji anda sekarang anda rasa sangat cukup bagi diri anda?

Bukanlah saya ingin memperkecilkan anda semua bukan juga untuk menunjukkan rasa tidak bersyukur di 

sini, tetapi saya ingin anda tahu bahawa dengan zaman yang serba maju kini, semua mnde pun na kne pakai 

duit kan? agree??



so, kalau anda rasa ingin mempunyai kebebasan dalam kewangan, bebas untuk belanjakan apa2, ingin cari 

income, side income, kerja tetap, boleh PM saya. Saya akan membantu anda. Dengan syarat anda 

mestilah

 bersama sama dengan saya untuk meneruskan misi nutrisi dan sebarkan kpd orang ramai. Senang kan? 

dalam erti kate lain, bantu org jadi sihat. Simple as ABC!



ASK ME HOW

0195509742 or click HERE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...