Showing posts with label nak kurus. Show all posts
Showing posts with label nak kurus. Show all posts

Friday, 21 November 2014

Tips Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum

First of all, korang kena la tau berat korang tu berapa. And tau BMI korang. If BMI korang dah ideal, jangan la nak turunkan berat badan lagi. Just MAINTAIN ja berat badan tu. Kalau nak menambahkan ketinggian tu memang tak boleh dah la kan. Rasa umur macam kita ni, ketinggian dah terbantut la. So jangan nak angan-angan untuk jadi lebih tinggi. Huhu

Aku challenge Encik Chef tu untuk turunkan berat badan dia. It's for his good la kot. Dia pun challege aku jugak. Huish. BMI aku dah ideal kot. Tapi memang aku nak kena turunkan 5 kg jugak berat aku ni. Sebab dalam masa setahun berat naik 5kg kot. Kalau dulu, 3 tahun boleh maintain 50kg. Tapi dia amik masa hanya setahun untuk naik 5kg. Paroh la lagu ni.

Sekarang nak bagi fit and nak turunkan sikit berat badan. Sebab aku perasan yang sekarang ni aku cepat ja penat. Mengah je bila jalan jauh. Haishhhhh.


So moh ler kite share tips untuk turunkan berat badan.

1- SENAMAN.
Senaman ni dah sinonim kan dengan orang yang nak turunkan berat badan. Korang tak boleh tak makan untuk turunkan berat badan. Makan tetap kena makan. Cuma ditambah dengan senaman.

2- MAKAN SEBELUM PUKUL 8 MALAM.
Ini apa yang dulu aku selalu buat la. Kalau makan selepas pukul 8 malam tu pun sekali sekala ja. Tak boleh nak selalu sangat. Nanti susah nak digest.

3- MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG.
Makna kata, kena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 4 jam sekali makan ke.

4- ELAKKAN MINUMAN BERGAS
Yang ni kena pantang la. Tapi aku tau, benda ni susah kot nak buat. Tambah-tambah kalau family korang jenis kalau shopping barang dapur mesti beli air gas 2-3 botol. =_=" Memang susah weh nak kawal. Apa yang aku buat la kan, aku letak ais banyak-banyak dalam cawan kecil, then tuang air gas tu. Maknanya jadi sikit la kan air yang ada dalam tu. Lama-lama nanti biasa la tu. =P

5- BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ni memang wajib la kot. Jangan pulak gi makan fast food tiap-tiap hari.



p/s : Pastikan korang tau bentuk badan korang ni jenis apa. Sebab kalau korang nak kecilkan sesuatu tempat kat badan korang, korang kena la lebihkan senaman kat bahagian tu. Korang boleh ja search kat Youtube macam mana nak tau bentuk badan jenis apa. "Pear" "Apple" "Hourglass". Bila dah tau, boleh la search senaman untuk badan korang. Hee

Selamat Menguruskan badan ^^


Friday, 22 August 2014

Herbal Tea

Assalamualaikum

Greetings to all my readers. Eh, tetiba feeling omputeh ni. Today entry is about Herbal Tea.
Aku bukan nak promote or jual ok. Mostly not my product.

Ntah kenapa dalam masa setahun ni aku kerja nak menguruskan badan. Nak cantik-cantik. Feeling2 flawless gitu. Baju nak kena matching-matching dengan tudung. Maybe dah nak menikah  dah kot. Hahahha. Ok fine, mengarut sudah.


Semalam aku start minum Herbal Tea Orang Kampung ni.

Rasa dia boleh la tahan. Tak ada la macam rasa green tea tu. Tambahan pula dia ada campur dengan halia. Aku boleh terima ja halia ni. Sebab dulu aku selalu kena paksa minum air suam campur dengan hirisan halia. Tak ada campuran gula atau benda2 lain. So, aku now tak jadi masalah la aku nak minum teh herba ni.

Teh Herba ni sesuai untuk orang yang banyak angin dan juga rasa berat badan dia semakin berat (macam aku ni ha). Ada kelulusan dari KKM ok. Jangan risau la.

Pagi tadi terus pergi toilet. Dua kali pulak tu. Rasa perut ni dah bersih daripada sisa makanan yang tersekat dalam perut. Direction dia suruh minum dua kali sehari. Tapi aku consume sehari sekali. Takut satgi pergi toilet kerap sangat. Itu pun masalah jugak.

Nak Business Card MURAH? Tengok SINI

Monday, 14 July 2014

Tips : How to look slim in photo

Assalamualaikum

1- Double chin
ok, bagi yang menghadapi masalah double chin ni, masa korang nak tangkap gambar, korang boleh cuba letak lidah korang kat lelangit (hope u know what i mean by that). Cuba tengok, double chin korang tu akan hilang serta merta

2- Cara Berdiri
 daripada korang berdiri staright mengadap camera, better korang pusing sikit sebelah kiri atau kanan untuk menampakkan badan korang tu kurus sedikit daripada asal

macam selebriti kat red carpet. Cuba korang tengok, kebanyakkannya diaorang akan pusingkan badan diaorang sedikit. Make Sure korang berdiri straight ok. Jangan dok bongkok sana sini


3- Don't be in direct sunlight
mostly korang tau kot benda ni. Kalau korang snap picture kat direct sunlight, gambar korang akan jadi tak cantik, melainkan memang korang nak effect sunlight tu

4- silangkan buku lali, bukan silangkan kaki
 bukan macam dalam gambar atas ni k. Kalau korang silangkan kaki macam ni, korang akan membuatkan peha korang nampak lagi besar dan lebar.
just silangkan buku lali macam dalam gambar dia atas. Less is beautiful. Nampak lebih ayu kan =)


5- Arm Position
korang boleh cekak pinggang korang. But make sure jangan letak straight kat sisi. Ini boleh menampakkan tangan korang lebih lebar daripada biasa.


6- Photo Angles
yang ni pulak, cara korang tangkap gambar. Selalunya ramai yang akan snap gambar daripada atas.
elakkan ye sayang-sayang sekalian. Kalau yang nak buat photoshoot untuk baju-baju, korang boleh snap picture dari bawah. Ia akan membuatkan korang nampak lagi tinggi dalam gambar. Hee


SELAMAT MENCUBA ^^

Wednesday, 18 June 2014

Tips : bersenam untuk yang berbadan bentuk pear

Assalamualaikum

kat sini aku nak share sikit macam mana korang yang badan bentuk Pear boleh bersenam....

ouh, bagi sesapa yang tak dapat bezakan badan bentuk pear dengan badan bentuk epal, sila tengok gambar di bawah

bila korang dah tau, yang mana bentuk badan pear tu boleh la cuba senaman ni...



kalau korang try ni, confirm arh....berkesan sangat2...tak yah tunggu 5 minit, 2 minit pun korang dah boleh rasa effect dia...fuhh...tarik abes urat2 paha...

the most easiest exercise..boleh buat dalam bilik je kot...tak perlu ruang yang luas pun....

SELAMAT MENCUBA ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...