Showing posts with label kurus. Show all posts
Showing posts with label kurus. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Calculate your body shape

Assalamualaikum

Jom calculate your shape. Website ni dia akan calculate korang punya bentuk badan. Lepas tu dia siap bagitau lagi cara pemakaian yang sesuai.

Klik kat PAGE INI

Mula-mula korang isikan berapa sentimeter/inci korang punya bust, waist and hips. Then tekan Calculate.


Aku dah isikan aku punya measurement, then dia akan keluar macam gambar kat bawah. (lain orang lain la dia punya result). Then korang choose la option yang dia bagi tu. Pilih yang most likely bentuk badan korang apa yang dia explain kat situ.




Lepas korang click yang mana satu korang punya shape, dia akan bagi tips pemakaian yang korang patut pakai untuk bentuk tubuh macam tu.


So now, korang tak perlu la risau lagi dengan bentuk badan korang. Cuma perlu pandai memilih baju dan seluar ja.

SENANG KAN =)

SELAMAT MENCUBA...heee


Obses nak KURUS : AURASLIM SHAKE

Assalamualaikum

Sejak 6 bulan duduk rumah tak buat apa ni, berat naik dengan rancaknya. Tak ada tanda-tanda nak turun pun. Seluar jeans pun dah ketat APAKAH!!! Mungkin bagus la kot, tak perlu pakai seluar jeans dah lepas ni. Guna seluar besar-besar ja sekarang. huhu

Bila dah jadi macam ni, baru la tergedik-gedik nak exercise. Fuhh, memang jenuh gak la masa hari first sit up and jog. Tak sampai 5 minit, dah mandi peluh. Rasa menyesal pun ada dari dulu tak nak exercise. PADAN MUKA AKU.

Dah sebulan aku start, tapi berat still sama. Cuma ukur lilit pun****g dah kurang beberapa sentimeter. Disebabkan tak ada disiplin, sat buat sat tak buat, dia kurang sikit ja la. Ka mungkin aku punya metabolism ni rendah sangat. Sebab tu la susah nak turun.

Tetiba terlintas kat dalam fikiran nak try search pasal AURASLIM SHAKE. 2 3 hari yang lepas la aku mula search pasal AURASLIM SHAKE ni.

Gambar : SUMBER

Kenapa AuraSlim SHAKE? Sebab aku rasa produk Aurawhite ni dapat banyak feedback dari customer. Sebab aku dah pi tengok sendiri kilang yang mengeluarkan Aurawhite ni. Sebab tu la aku tetiba jadi obses sangat dengan benda ni. Rasa macam nak cuba ja AuraSlim.

Lagipun dia menggunakan buah-buahan. And tak perlu pun berdiet macam sesetengah produk. Makan produk tak perlu dah makan. Tapi AuraSlim ni lain, makan produk then 30 minit lepas tu makan la tengah hari or malam. So no skip meals la kan.

Faktor utama untuk mengurangkan berat badan, jangan sesekali skip meals. =)

InsyaAllah akan dibeli jugak ASAP. Tak sabar nak tengok hasil dia. Weee!!!

Friday, 21 November 2014

Tips Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum

First of all, korang kena la tau berat korang tu berapa. And tau BMI korang. If BMI korang dah ideal, jangan la nak turunkan berat badan lagi. Just MAINTAIN ja berat badan tu. Kalau nak menambahkan ketinggian tu memang tak boleh dah la kan. Rasa umur macam kita ni, ketinggian dah terbantut la. So jangan nak angan-angan untuk jadi lebih tinggi. Huhu

Aku challenge Encik Chef tu untuk turunkan berat badan dia. It's for his good la kot. Dia pun challege aku jugak. Huish. BMI aku dah ideal kot. Tapi memang aku nak kena turunkan 5 kg jugak berat aku ni. Sebab dalam masa setahun berat naik 5kg kot. Kalau dulu, 3 tahun boleh maintain 50kg. Tapi dia amik masa hanya setahun untuk naik 5kg. Paroh la lagu ni.

Sekarang nak bagi fit and nak turunkan sikit berat badan. Sebab aku perasan yang sekarang ni aku cepat ja penat. Mengah je bila jalan jauh. Haishhhhh.


So moh ler kite share tips untuk turunkan berat badan.

1- SENAMAN.
Senaman ni dah sinonim kan dengan orang yang nak turunkan berat badan. Korang tak boleh tak makan untuk turunkan berat badan. Makan tetap kena makan. Cuma ditambah dengan senaman.

2- MAKAN SEBELUM PUKUL 8 MALAM.
Ini apa yang dulu aku selalu buat la. Kalau makan selepas pukul 8 malam tu pun sekali sekala ja. Tak boleh nak selalu sangat. Nanti susah nak digest.

3- MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG.
Makna kata, kena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 4 jam sekali makan ke.

4- ELAKKAN MINUMAN BERGAS
Yang ni kena pantang la. Tapi aku tau, benda ni susah kot nak buat. Tambah-tambah kalau family korang jenis kalau shopping barang dapur mesti beli air gas 2-3 botol. =_=" Memang susah weh nak kawal. Apa yang aku buat la kan, aku letak ais banyak-banyak dalam cawan kecil, then tuang air gas tu. Maknanya jadi sikit la kan air yang ada dalam tu. Lama-lama nanti biasa la tu. =P

5- BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ni memang wajib la kot. Jangan pulak gi makan fast food tiap-tiap hari.



p/s : Pastikan korang tau bentuk badan korang ni jenis apa. Sebab kalau korang nak kecilkan sesuatu tempat kat badan korang, korang kena la lebihkan senaman kat bahagian tu. Korang boleh ja search kat Youtube macam mana nak tau bentuk badan jenis apa. "Pear" "Apple" "Hourglass". Bila dah tau, boleh la search senaman untuk badan korang. Hee

Selamat Menguruskan badan ^^


Friday, 22 August 2014

Herbal Tea

Assalamualaikum

Greetings to all my readers. Eh, tetiba feeling omputeh ni. Today entry is about Herbal Tea.
Aku bukan nak promote or jual ok. Mostly not my product.

Ntah kenapa dalam masa setahun ni aku kerja nak menguruskan badan. Nak cantik-cantik. Feeling2 flawless gitu. Baju nak kena matching-matching dengan tudung. Maybe dah nak menikah  dah kot. Hahahha. Ok fine, mengarut sudah.


Semalam aku start minum Herbal Tea Orang Kampung ni.

Rasa dia boleh la tahan. Tak ada la macam rasa green tea tu. Tambahan pula dia ada campur dengan halia. Aku boleh terima ja halia ni. Sebab dulu aku selalu kena paksa minum air suam campur dengan hirisan halia. Tak ada campuran gula atau benda2 lain. So, aku now tak jadi masalah la aku nak minum teh herba ni.

Teh Herba ni sesuai untuk orang yang banyak angin dan juga rasa berat badan dia semakin berat (macam aku ni ha). Ada kelulusan dari KKM ok. Jangan risau la.

Pagi tadi terus pergi toilet. Dua kali pulak tu. Rasa perut ni dah bersih daripada sisa makanan yang tersekat dalam perut. Direction dia suruh minum dua kali sehari. Tapi aku consume sehari sekali. Takut satgi pergi toilet kerap sangat. Itu pun masalah jugak.

Nak Business Card MURAH? Tengok SINI

Monday, 14 July 2014

Tips : How to look slim in photo

Assalamualaikum

1- Double chin
ok, bagi yang menghadapi masalah double chin ni, masa korang nak tangkap gambar, korang boleh cuba letak lidah korang kat lelangit (hope u know what i mean by that). Cuba tengok, double chin korang tu akan hilang serta merta

2- Cara Berdiri
 daripada korang berdiri staright mengadap camera, better korang pusing sikit sebelah kiri atau kanan untuk menampakkan badan korang tu kurus sedikit daripada asal

macam selebriti kat red carpet. Cuba korang tengok, kebanyakkannya diaorang akan pusingkan badan diaorang sedikit. Make Sure korang berdiri straight ok. Jangan dok bongkok sana sini


3- Don't be in direct sunlight
mostly korang tau kot benda ni. Kalau korang snap picture kat direct sunlight, gambar korang akan jadi tak cantik, melainkan memang korang nak effect sunlight tu

4- silangkan buku lali, bukan silangkan kaki
 bukan macam dalam gambar atas ni k. Kalau korang silangkan kaki macam ni, korang akan membuatkan peha korang nampak lagi besar dan lebar.
just silangkan buku lali macam dalam gambar dia atas. Less is beautiful. Nampak lebih ayu kan =)


5- Arm Position
korang boleh cekak pinggang korang. But make sure jangan letak straight kat sisi. Ini boleh menampakkan tangan korang lebih lebar daripada biasa.


6- Photo Angles
yang ni pulak, cara korang tangkap gambar. Selalunya ramai yang akan snap gambar daripada atas.
elakkan ye sayang-sayang sekalian. Kalau yang nak buat photoshoot untuk baju-baju, korang boleh snap picture dari bawah. Ia akan membuatkan korang nampak lagi tinggi dalam gambar. Hee


SELAMAT MENCUBA ^^

Sunday, 23 March 2014

Green Tea For Your Health

Assalamualaikum

sekarang ni aku tengah berjinak-jinak dengan green tea.....rasa dia agak kurang menyenangkan...rasa macam rumput...errr, macam la aku pernah rasa rumput kan....tapi dia ada bau rumput la....aku tambahkan madu dalam green tea aku ni...so kurang sikit la rasa tak menyenangkan tu....nak sihat punya pasal....benda yang baik selalunya memang tak sedap....=P

ni antara kelebihan green tea untuk tubuh badan kita :-

1- Kurangkan berat badan
green tea ni boleh meningkatkan kadar metabolism seseorang...polyphenol yang ada dalam green tea ni dapat mempercepatkan fat oxidation dan juga mempercepatkan badan kita mengubah makanan menjadi kalori


2- Diabetes
green tea ni jugak membantu mengawal paras glukosa melambatkan kenaikan gula darah selepas makan... Ini boleh menghalang insulin yang tinggi dan menyebabkan penyimpanan lemak.


3- Penyakit jantung
Ahli-ahli sains berfikir, green tea berfungsi pada lapisan saluran darah, membantu memastikan salur darah tu relax dan lebih mampu menahan perubahan dalam tekanan darah. Ia juga boleh melindungi daripada pembentukan darah beku, yang merupakan punca utama serangan jantung.


4- Kanser Esophagus
Ia boleh mengurangkan risiko kanser esophageal, tetapi ia juga secara meluas dianggap membunuh sel-sel kanser secara umum tanpa merosakkan tisu yang sihat di sekeliling mereka.


5- Cholesterol
green tea ni boleh mengurangkan kolestrol yang tidak elok dalam badan kita.. (kalau ada yang tak tau, badan kita ada 2 kategori kolestrol...satu yang baik, satu yang tidak berapa nak baik...kita kena ada 2 kolestrol ni...tapi amount tu kena la dikawal...lebihkan kolestrol baik dan kurangkan kolestrol yang tak baik)


6- Alzheimer dan Parkinson disease
green tea ni jugak boleh melindungi sel-sel otak daripada mati, seperti yang berlaku kepada pesakit Alzheimer dan juga Parkinson....


7- Tekanan darah
pengambilan green tea ni secara berterusan dapat mengurangkan risiko untuk seseorang itu dapat penyakit darah tinggi


8- Depression
Theanine adalah asid amino semula jadi yang terdapat dalam daun teh. Ia adalah bahan ini yang dianggap memberikan kesan yang santai dan tranquilizing dan menjadi manfaat yang besar kepada peminum teh. So, kepada sesiapa yang selalu depressed je lately ni, digalakkan minum air teh.


9- Anti-Viral and anti-bacteria
Catechin teh adalah agen kuat antibakteria dan antivirus yang menjadikan mereka berkesan untuk merawat segala-galanya daripada selesema kepada kanser. Dalam beberapa kajian teh hijau telah ditunjukkan untuk menghalang penyebaran penyakit


10- Skincare
green tea adalah antioxidant dan juga anti-inflammatory. Kajian telah dibuat dengan menggunakan green tea ni, dan telah membuktikan green tea dapat menyembuhkan kulit daripada cahaya matahari yang menyebabkan kulit rosak. Selain itu, green tea ni juga boleh mengurangkan kedutan di muka.


p/s : so now, Green Tea is good or not?
Green tea ni sesuai sangat kepada orang yang nak kurus cam aku ni ha....exercise malas nak buat, harapkan green tea no ha....maybe result dia lambat....it is better dari u tak exercise and tak jaga pemakanan....(eh, betul ke aku cakap ni? hurmmm....) APA2 PUN EXERCISE IS THE BEST MEDICINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...