Showing posts with label cari duit online. Show all posts
Showing posts with label cari duit online. Show all posts

Saturday, 18 April 2015

Kelebihan Perniagaan Online

Assalamualaikum

Sekarang ni kita tengok ramai yang melangkah ke dalam dunia perniagaan. Bukan saja perniagaan online, malah offline juga kita dapat lihat macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak yang diusahakan oleh anak-anak muda.

Kalau tengok kat Alor Setar, Kedah, banyak butik2 vendor yang ada. Sampai tak tau kat mana nak pergi. Concept yang boleh dikatakan sama saja walaupun owner lain-lain.



Hari ni aku nak bercakap tentang kelebihan perniagaan online. Sebab kalau kita tengok, perniagaan online ni terlalu banyak walaupun ramai yang pernah kena tipu dengan peniaga-peniaga online ni. Tapi permintaannya makin bertambah dari semasa ke semasa.

Business Online ni selalunya orang yang tidak mempunyai modal yang banyak untuk memulakan business. Sebabnya :-

1- Tak perlu sewa kedai. Hanya dengan duduk di rumah dan mempunyai line internet, sudah boleh buat marketing. Medium yang selalu orang gunakan adalah Facebook dan juga Instagram.

2- Pekerja pun tak perlu digaji. Kita sendiri boleh buat marketing, hantar barang kat customer, dan juga cari stock. Semuanya dihujung jari. Tak perlu tenaga kerja yang banyak untuk buat business online.

3- Pasaran untuk business online ni sangat besar. Sebab seluruh dunia menggunakan medium ini untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain. Berniaga secara offline, masyarakat disekeliling kita saja la yang tau.


Kalau nak buat business online dan offline pun lagi bagus. Jika customer dari jauh berminat untuk membeli barangan anda, so boleh la diposkan. Tak perlu datang kedai. 2 in 1 punya concept. ^^ Yang dekat kita conquer, yang jauh pun kita conquer. Bukan nak suruh tamak ka apa. Peluang cuma datang sekali ja. Kalau kita tak grab, orang lain yang akan grab.

Thursday, 9 April 2015

Menjana Hobi Menghasilkan Pulangan

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai hobi tertentu. Sebenarnya ramai ahli perniagaan yang berjaya kerana memulakan perniagaan dengan suka-suka pada peringkat awal. Ia bermula dengan melakukan perkara yang diminati dan lama-kelamaan membuahkan hasil. Ini adalah realiti. Apabila kita melakukan perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, seperti berkongsi ilmu memasak, akhirnya ia menjana pulangan yang besar kepada beliau.

Walaubagaimanapun, perniagaan bukan melakukan perkara yang kita suka semata-mata. Terdapat golongan yang membuat perkara yang diminati tetapi apabila dikomersialkan, ia tidak menghasilkan pulangan lumayan. Oleh itu, penting untuk kita memastikan hobi itu dapat menjana pulangan dengan cara yang betul. Sekiranya kita bijak dalam promosi, ia pasti menjadi.


Selalunya, sekiranya perkara yang baik, ia mudak tersebar. Apabila kemudahan internet digunakan untuk tujuan komunikasi, ia menambah peluang untuk kita menyebarkan produk, serta apa jua bahan yang mahu dipasarkan. Memang tidak dinafikan, terdapat banyak persaingan. Walau bagaimanapun, sekiranya kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik, ia pasti menjadi pilihan pelanggan.

Monday, 29 December 2014

Tips Berniaga Online

Assalamualaikum

Tajuk ni timbul selepas seharian dok tengok komen-komen para penggunan FB kat satu post pasal online selling ni. Orang yang post ni dia post kat satu group FB yang aku join.

Ok, tak perlu la bagitau apa isi kandungan post tu. Cuma sekarang aku nak share la serba sedikit pengtahuan pasal BERNIAGA ONLINE ni. Bukan saja-saja nak tulis. Disebabkan aku ada pengalaman sikit pasal Berniaga Online, so nak kongsi-kongsikan la tips sedikit bagi orang-orang yang baru nak mula perniagaan online dan juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan online ni.

gambar ambil dari Google

1- Customer Always RIGHT
ok, yang ni memang la tak semua customer always rigth. Tapi kalau customer salah sekalipun, kita tak sepatutnya la cakap kasar-kasar kat customer tu. Walaupun dalam chat/sms yang tak ada suara. Orang boleh salah anggap kot. So kalau dia salah, dia tak mau barang kita lepas kita cakap berbuih-buih pasal kebaikan produk kita, dah kalau dia tak mau. TAKKAN NAK PAKSA JUGAK? TAKKAN NAK CAKAP KASAR2? Bila berhadapan dengan customer, ayat tu biar bunga-bunga. Biar terlebih gula pun tak pa. Sebab adanya customer ni la kita boleh cari makan. Cuba bayangkan kalau kita berkasar dengan sorang customer, pastu dia bagitau kawan-kawan dia. Tak ka dah hilang customer korang nanti. Yes, memang la kawan-kawan dia bukan satu dunia, tapi tak ke korang fikir, yang sekarang zaman terlampau modern. Kejap ja nanti diaorang canang business korang tu kat satu dunia. Dengan adanya button SHARE tu lagi la. Semua orang kondem business korang. Last-last gulung tikar disebabkan oleh seorang customer ja.

2- Satu Yang Pergi, 10 Yang datang
korang kena ingat, kalau seorang pergi akan ada lagi yang menyusul. Tak perlu la bebai2. Kiranya bila dah ada sorang, akan ada lagi berpuluh-puluh orang. Takkan la dalam 10 orang yang tanya, sorang pun tak mau beli. Kalau terjadi macam tu, check balik apa silap kita. Harga terlebih mahal ka. Tak ramah dengan customer ka.

3- Hati Mau Cekal
nak berniaga ni, hati mau cekal. Jangan selalu sangat ikut hati tu. Kalau customer buat silap, jangan la pergi prinstcreen then post kat FB. Siap tak censored customer punya nama dengan number fon. PARAH la macam tu. Ini akan menyebabkan korang akan kehilangan lagi ramai customer. Sebab depa takut kalau berurusan dengan korang. Satgi bila cakap salah sikit, korang prinstscreen, masuk FB, buat malu diaorang ja. And korang kena ingat, bukan korang ja jual produk tu dalam Malaysia ni. Ramai lagi kot. Melainkan korang memang pengasas sesuatu produk tu lain cerita la.

4- Tulis DESCRIPTION Bagi Penuh
yang ni selalu para peniaga TAK LETAK! Sikit-sikit suruh PM. Bagi aku la, better letak full description. Bukannya tak ada ruang nak tulis. Cuma korang ja tak nak letak. Syok sangat orang dok PM korang tanya. Last-last tak nak beli, pastu korang pulak yang hangin. Sekurang-kurangnya, letak la harga. Ini tidak, berminat, PM. Benda mudah, saja buat terok. Pihak yang menjual pun senang, yang nak membeli pun senang. Ouh lagi satu, kalau yang COD, yang Pre-Order ni, kalau nak suruh customer bayar deposit dulu sila nyatakan. Tak perlu nanti cakap banyak-banyak kali. Satgi bebai lagi. Hati manusia ni bukan boleh. Sikit-sikit nak touching.

5- PM Apabila Dah Baca Description
Yang ni aku paling suka. Lepas korang tulis description tu, sila mention "SILA BACA DESCRIPTION DULU, THEN KALAU BERMINAT BOLEH PM SAYA" so senangkan. Korang pun tak perlu pening2 kepala. Itulah gunanya tulis description panjang lebar. Kalau diaroang nak beli nanti, bagitau kat diaorang "dengan ini saya anggap awak dah baca description tu dan paham. So boleh la bankin ke akaun saya". Ha, kan senang macam tu. Benda ni bagi sesiapa yang agak tak berapa friendly. Kalau nak layan customer tu dengan bersemangat pun tak kisah sangat. Tapi bayangkan kalau time tu korang tengah busy, adakah korang akan layan elok2????

ok. Itu ja nak kongsi. Selamat beramal ^^

Friday, 31 October 2014

GST dan Daftar SSM Untuk Blogger

Assalamualaikum

Baru-baru ni blogger semua pakat terkejut yang ada ura-ura mengatakan blogger pun akan dikenakan GST dan perlu letakkan nombor pendaftaran SSM.

Ok, Apa Itu SSM? SSM adalah short form bagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Aku dah daftar dah SSM ni. Dah setahun lebih dah pun hidup.


Nombor pendaftaran aku adalah KC0020714-H

Tak percaya? Pergi check sendiri.

SSM ni perlu ada kepada blogger yang buat business online. Kiranya, kena paparkan kat blog la jika korang meniaga melalui blog. Semua orang yang meniaga, sepatutnya mendaftar dengan SSM. If not, korang kena denda.

Jangan meniaga ikut suka hati korang ja. Yang nak membeli pun, seharusnya check dulu nombor pendaftaran peniaga tu. Kang, kena tipu tak pasal ja kan. At least, kalau ada nombor pendaftaran and dia tipu kita, kita boleh inform kat SSM. Diaorang ada detail pasal orang yang meniaga ni.

Yang pasal GST tu pulak, aku dengar kata blogger yang menjual pun akan kena tempias jugak. Well, kalau korang buat duit sampai berjuta la melalui blog. Huhu. Kiranya, blogger syok sendiri macam aku ni, tak perlu la kot nak bayar GST bagai tu. Hee

Dulu, sorang pun tak pandang blogger ni. Sekarang, bila nama blogger dah naik. Sampaikan GST pun nak kenakan kat blogger. Haila. Kerajaan memang dah tak ada duit sangat ka sampai nak makan duit rakyat?

"Yang miskin, makin miskin. Yang kaya bertambah kaya" (just saying)d

Sunday, 7 September 2014

Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit

Assalamualaikum

"Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit"
Aku rasa slogan tu ramai dah tau kot. Aku pun dah terikut-ikut dah dengan diaorang ni. Haish

Apa yang aku nak bagitau kat sini adalah, aku ada ternampak iklan Kotex ni dok bermain-main kat sebelah tu. Nuffnang punya kerja la ni. Dia tau aku tengah bosan.


Kotex ada buat peraduan. Hadiah dia sangat lumayan.

3 X Baucar pelancongan
30 X RM100

Klik SINI untuk join

Sapa tak mau kan. So, apa tunggu lagi. Kalau ternampak iklan tu dok bermain-main kat sebelah tu, boleh la klik untuk tengok cara-cara penyertaan ^^

Perniagaan Di Rumah Tanpa Modal

Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengok ramai yang nak buat business tapi tak ada modal. Including me myself. Betul tak apa yang aku cakap.

Nak tau salah satu benda yang korang boleh buat tanpa keluarkan satu sen modal cuma korang hanya perlu keluarkan tenaga sahaja. Tapi benda ni anda perlu la keluarkan duit untuk bayar bil elektrik dan juga internet. Topup jugak. 

Wednesday, 20 August 2014

Business Card MURAH

Assalamualaikum

Sejak bila pulak la CikSiti kita ni pandai buat business card bagai ni? ;)
Mesti korang tertanya-tanya kan. Meh nak jawab, sejak ada peluang. Takkan nak lepaskan peluang pergi begitu saja kan. Hee

Ok, di sini aku nak promote design-design Business Card yang korang boleh pilih. Ni baru 30 design. Ada lagi akan datang. InsyaAllah.

Jom kita tengok dulu design-design dia. Satgi aku bagitau price dia, OK?

ANTARA DESIGN-DESIGN BUSINESS CARD YANG KORANG BOLEH PILIH.

BOLEH TULIS APA YANG KORANG NAK

(tapi agak-agak la pun nak tulis. Jangan la pulak tulis macam surat cinta panjang berjela nak dimuatkan kat dalam business card ni)































PRICE :-

1 SIDED ONLY

2 BOXES = RM60
3 BOXES = RM78
5 BOXES = RM102
10 BOXES = RM150




2 SIDED

2 BOXES = RM66
3 BOXES = RM84
5 BOXES = RM108
10 BOXES = RM165

**postage FREE


ANDA BERMINAT?
Nak buat Tempahan?

DO PM ME HERE
OR
JUST SMS/WHATSAPP AT THIS NUMBER 0123014118

Elance : Job dari rumah

Assalamualaikum

Bila entry aku "Sedang mencari job dari rumah" dah di update, ada yang cakap diaorang pun sama jugak. Tengah mencari job. Nak bekerja di rumah. Eh, sama pulak kita. Hee

Kepada +siti zawiah  dan +TunSha Ayunie , cuba korang try sign up kat Elance ni. Sign uo dia free je kot. Tak perlu nak bayar-bayar yuran pendaftaran bagai. Dah macam nak masuk University pulak nak kena bayar yuran. Tapi kalau korang nak banyak kelebihan, ada ja membership dia yang bayar bulan-bulan. Tapi aku rasa just sign up as basic membership sudah. Itu pun aku rasa dah mencukupi.

Banyak job kot yang korang boleh try. Such as Data Entry (tapi yang ni aku rasa kena jadi member yang bayar bulan-bulan tu). Yang aku dah apply adalah translate English to Malay. Apply ja baru. Belum di approve kan lagi. Tengok la nanti esok lusa kot-kot di approve.

Nanti kalau aku ada apa-apa update pasal Job Di Rumah ni, aku akan inform kat korang ye. Sharing is caring what. But certain things cannot be shared la kan. ^^

Tuesday, 19 August 2014

Aku nak cari job dari rumah

Assalamualaikum

Entry kali ni berbunyi macam desperate sikit. Kot-kot korang yang terbaca ni ada kenalan yang nak pakai orang bekerja sebagai DATA ENTRY yang hanya buat kerja kat rumah ja.

Setakat ni aku cari semua daftar kena keluarkan duit. Yang Job Di Rumah tu pun kena bayar duit dulu. Takut kot nak bagi duit RM50 tetiba kena tipu, naiya ja nanti.

Ataupun korang ada kenal sapa-sapa yang nak cari orang buat kerja secara online di rumah. Kenapa aku prefer kerja online di rumah? Sebabnya, aku tak boleh kerja di luar rumah. Mak aku tak bagi. Sebab aku nak kena jadi driver untuk adik aku ke sekolah. Jaga rumah lagi. Ini aku buat secara percuma. Bukan dapat gaji pun. So bila masa terluang macam sekarang ni, aku boleh la buat kerja-kerja online. Itu pun kalau ada orang nak bagi la.

If ada, please SMS/Whatsapp at this number 0123014118 (Siti)

Wednesday, 25 June 2014

Ramainya Berbusiness

Assalamualaikum

well actually I'm so surprise...ramai kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej buat business sendiri....lari bidang wehhhhh... "kata dulang paku serpih, kata orang, aku pun sama jugak la"

Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.
Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
 
tapi sayangnya, masih ramai lagi cakap berniaga ni susah...berniaga ni banyak risiko.....mereka silap...yes, memang susah...memang banyak risiko...tapi dari situlah kita belajar segalanya...belajar bersabar...belajar berusaha, belajar macam2 lagi lah....
 p/s : Jom baca tentang Tips Memulakan Perniagaan

Saturday, 17 May 2014

Cupcakes to order

Assalamualaikum






16 cupcakes in a box with any flavor you want (1box 1 flavor)

flavor :-
1- strawberry
2- kiwi
3- mango
4- chocolate
5- blueberry

price :-

fully deco (buttercream + fresh fruits / Chocolate deco / etc) = RM60
just buttercream on top = RM50

day to make order :-
Sunday and Wednesday every week

day to deliver :-
Tuesday and Friday

p/s : PM to order or SMS to 0174710280.. from 8am till 7pm everyday...will deliver at seberang prai dan kulim...kawasan selain daripada yang disebut, dikenakan extra charge...harap maklum...


Wednesday, 7 May 2014

ONLINE : Pemborong Produk Kecantikkan Dicari

Assalamualaikum

K-colly: RM100×10

Secret skin: RM115×10
Babies blink : RM50×10
Perla coffee : RM40×10

Perla coklat : RM45×10

1 set Collagen vit E : RM20 X 10






jika berminat, boleh SMS ke 0174710280 (SITI).. saya ambil terus daripada pembekal...dan saya hanya menjual dalam kuantiti yang banyak...minimum....

JIKA ANDA PEMBORONG, DAN INGIN MENJUAL PRODUK2 KECANTIKKAN, BOLEH LA SMS SAYA DI 0174710280

SERIOUS BUYER ONLY

p/s : produk-produk kecantikkan lain, akan di update kemudian
harga yang tertera adalah harga untuk 10 item dan ke atas bukan 1

DIY : rainbow cake in jar

Assalamualaikum

ramai yang tertanya-tanya macam mana nak buat basic rainbow cake in jar ni...

basically what you need is to read this LINK first before you try to make a rainbow cake in jar...

lepas korang dah bancuh adunan yang aku tulis kat SINI, korang boleh la terus mulakan membahagikan adunan tersebut kepada 6 bahagian...dan letakkan pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu ke dalam adunan, seperti gambar di bawah


then, masukkan ke dalam piping bag...kalau tak ada, boleh guna plastik biasa ja....then potong sikit kat hujung tu....hal ini bagi memudahkan korang memasukkan adunan tersebut ke dalam jar yang bersih...kalau nak pakai sudu pun boleh...tapi bagi aku, guna plastik bag macam ni paling kemas la..huhu...masukkan layer by layer....jangan dok campur abes....kang jadi kek marble pulak...


ok, tak la kemas sangat...hurmmmm....tapi apa yang penting, nanti bila korang nak masak dalam oveN, sila lap kat sekeliling bekas tu...nanti garing pulak tepi2 tu...dah tak cantik....

dan juga kena letak air tau kat sekeliling jar tu....sebab tak nak bagi cake tu tukar warna jadi warna koko....ia bagi mengekalkan warna rainbow tersebut

jangan letak sampai penuh tau...kalau boleh just letak setengah ja dari jar tu....kalau tak, melimpah keluar dari jar...dah tak cantik




dan, dah siap!!! boleh la korang letak icing apa yang korang nak...hias la macam mana pun...tapi make sure yang korang sejukkan dulu cake tuu..kalau tak memang cair la icing tuhh



BASIC RESEPI SILA KE SINI

TEPUNG CAKE IN JAR 1kg RM10...tepung ni adalah untuk memudahkan kerja anda membuat cake in jar....ini adalah basic....jika anda nak letak perisa, pewarna atau sebagainya adalah amat di alu-alukan....ia mengikut kreativiti anda sendiri...1KG TEPUNG CAKE IN JAR, BOLEH MENGISI 20-30 JAR MENGIKUT SAIZ YANG ANDA PILIH....

tepung ini adalah keluaran bumiputera dan aku sendiri dah guna...memang moist cake in jar yang dibuat dan tahan lebih lama daripada tepung segera yang dijual dipasaran...


JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN TEPUNG CAKE IN JAR INI, BOLEH LA TERUS SMS KE 0174710280 (SITI) DAN JIKA ANDA ADA SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI CAKE IN JAR, BOLEH LAH TERUS BERTANYA....MALU BERTANYA SESAT JALAN
 =)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...