GST dan Daftar SSM Untuk Blogger | Cik Siti

Friday, 31 October 2014

GST dan Daftar SSM Untuk Blogger

Assalamualaikum

Baru-baru ni blogger semua pakat terkejut yang ada ura-ura mengatakan blogger pun akan dikenakan GST dan perlu letakkan nombor pendaftaran SSM.

Ok, Apa Itu SSM? SSM adalah short form bagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Aku dah daftar dah SSM ni. Dah setahun lebih dah pun hidup.


Nombor pendaftaran aku adalah KC0020714-H

Tak percaya? Pergi check sendiri.

SSM ni perlu ada kepada blogger yang buat business online. Kiranya, kena paparkan kat blog la jika korang meniaga melalui blog. Semua orang yang meniaga, sepatutnya mendaftar dengan SSM. If not, korang kena denda.

Jangan meniaga ikut suka hati korang ja. Yang nak membeli pun, seharusnya check dulu nombor pendaftaran peniaga tu. Kang, kena tipu tak pasal ja kan. At least, kalau ada nombor pendaftaran and dia tipu kita, kita boleh inform kat SSM. Diaorang ada detail pasal orang yang meniaga ni.

Yang pasal GST tu pulak, aku dengar kata blogger yang menjual pun akan kena tempias jugak. Well, kalau korang buat duit sampai berjuta la melalui blog. Huhu. Kiranya, blogger syok sendiri macam aku ni, tak perlu la kot nak bayar GST bagai tu. Hee

Dulu, sorang pun tak pandang blogger ni. Sekarang, bila nama blogger dah naik. Sampaikan GST pun nak kenakan kat blogger. Haila. Kerajaan memang dah tak ada duit sangat ka sampai nak makan duit rakyat?

"Yang miskin, makin miskin. Yang kaya bertambah kaya" (just saying)d

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...