Assalamualaikum
Nah, nota sejarah Cik Siti.
Ni Bab 1. Tulisan cantik sangat.
Siap warna warni lagi. Teratur kan.
(puji siri sendiri)
Bila masuk Bab2, tulis pun macam dah halai balai dah.
Ada la jugak warna-warni tu. Tapi dah macam serabut sikit. Kan.
Then, Bab 3, KOSONG. Hahahah
Tak silap aku, masa masuk Bab 3 ni, tak ada cikgu kot. Entah la cikgu tu pergi mana. Rasanya tukar sekolah. Tunggu cikgu ganti. Then bila cikgu ganti masuk, tak pernah nak buat nota pun. Hoho.
So, inilah timeline buku nota Sejarah aku. Hee
Walaupun buku nota aku sampai Bab 2 sahaja, SPM tetap A2. Mungkin kalau aku buat nota bab-bab seterusnya, aku akan dapat A1. Apa-apa pun Alhamdulillah. Rezeki aku dapat A2 Sejarah. =)
No comments:
Post a Comment