Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Menjana Hobi Menghasilkan Pulangan

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai hobi tertentu. Sebenarnya ramai ahli perniagaan yang berjaya kerana memulakan perniagaan dengan suka-suka pada peringkat awal. Ia bermula dengan melakukan perkara yang diminati dan lama-kelamaan membuahkan hasil. Ini adalah realiti. Apabila kita melakukan perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, seperti berkongsi ilmu memasak, akhirnya ia menjana pulangan yang besar kepada beliau.

Walaubagaimanapun, perniagaan bukan melakukan perkara yang kita suka semata-mata. Terdapat golongan yang membuat perkara yang diminati tetapi apabila dikomersialkan, ia tidak menghasilkan pulangan lumayan. Oleh itu, penting untuk kita memastikan hobi itu dapat menjana pulangan dengan cara yang betul. Sekiranya kita bijak dalam promosi, ia pasti menjadi.


Selalunya, sekiranya perkara yang baik, ia mudak tersebar. Apabila kemudahan internet digunakan untuk tujuan komunikasi, ia menambah peluang untuk kita menyebarkan produk, serta apa jua bahan yang mahu dipasarkan. Memang tidak dinafikan, terdapat banyak persaingan. Walau bagaimanapun, sekiranya kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik, ia pasti menjadi pilihan pelanggan.

Monday, 29 December 2014

Tips Berniaga Online

Assalamualaikum

Tajuk ni timbul selepas seharian dok tengok komen-komen para penggunan FB kat satu post pasal online selling ni. Orang yang post ni dia post kat satu group FB yang aku join.

Ok, tak perlu la bagitau apa isi kandungan post tu. Cuma sekarang aku nak share la serba sedikit pengtahuan pasal BERNIAGA ONLINE ni. Bukan saja-saja nak tulis. Disebabkan aku ada pengalaman sikit pasal Berniaga Online, so nak kongsi-kongsikan la tips sedikit bagi orang-orang yang baru nak mula perniagaan online dan juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan online ni.

gambar ambil dari Google

1- Customer Always RIGHT
ok, yang ni memang la tak semua customer always rigth. Tapi kalau customer salah sekalipun, kita tak sepatutnya la cakap kasar-kasar kat customer tu. Walaupun dalam chat/sms yang tak ada suara. Orang boleh salah anggap kot. So kalau dia salah, dia tak mau barang kita lepas kita cakap berbuih-buih pasal kebaikan produk kita, dah kalau dia tak mau. TAKKAN NAK PAKSA JUGAK? TAKKAN NAK CAKAP KASAR2? Bila berhadapan dengan customer, ayat tu biar bunga-bunga. Biar terlebih gula pun tak pa. Sebab adanya customer ni la kita boleh cari makan. Cuba bayangkan kalau kita berkasar dengan sorang customer, pastu dia bagitau kawan-kawan dia. Tak ka dah hilang customer korang nanti. Yes, memang la kawan-kawan dia bukan satu dunia, tapi tak ke korang fikir, yang sekarang zaman terlampau modern. Kejap ja nanti diaorang canang business korang tu kat satu dunia. Dengan adanya button SHARE tu lagi la. Semua orang kondem business korang. Last-last gulung tikar disebabkan oleh seorang customer ja.

2- Satu Yang Pergi, 10 Yang datang
korang kena ingat, kalau seorang pergi akan ada lagi yang menyusul. Tak perlu la bebai2. Kiranya bila dah ada sorang, akan ada lagi berpuluh-puluh orang. Takkan la dalam 10 orang yang tanya, sorang pun tak mau beli. Kalau terjadi macam tu, check balik apa silap kita. Harga terlebih mahal ka. Tak ramah dengan customer ka.

3- Hati Mau Cekal
nak berniaga ni, hati mau cekal. Jangan selalu sangat ikut hati tu. Kalau customer buat silap, jangan la pergi prinstcreen then post kat FB. Siap tak censored customer punya nama dengan number fon. PARAH la macam tu. Ini akan menyebabkan korang akan kehilangan lagi ramai customer. Sebab depa takut kalau berurusan dengan korang. Satgi bila cakap salah sikit, korang prinstscreen, masuk FB, buat malu diaorang ja. And korang kena ingat, bukan korang ja jual produk tu dalam Malaysia ni. Ramai lagi kot. Melainkan korang memang pengasas sesuatu produk tu lain cerita la.

4- Tulis DESCRIPTION Bagi Penuh
yang ni selalu para peniaga TAK LETAK! Sikit-sikit suruh PM. Bagi aku la, better letak full description. Bukannya tak ada ruang nak tulis. Cuma korang ja tak nak letak. Syok sangat orang dok PM korang tanya. Last-last tak nak beli, pastu korang pulak yang hangin. Sekurang-kurangnya, letak la harga. Ini tidak, berminat, PM. Benda mudah, saja buat terok. Pihak yang menjual pun senang, yang nak membeli pun senang. Ouh lagi satu, kalau yang COD, yang Pre-Order ni, kalau nak suruh customer bayar deposit dulu sila nyatakan. Tak perlu nanti cakap banyak-banyak kali. Satgi bebai lagi. Hati manusia ni bukan boleh. Sikit-sikit nak touching.

5- PM Apabila Dah Baca Description
Yang ni aku paling suka. Lepas korang tulis description tu, sila mention "SILA BACA DESCRIPTION DULU, THEN KALAU BERMINAT BOLEH PM SAYA" so senangkan. Korang pun tak perlu pening2 kepala. Itulah gunanya tulis description panjang lebar. Kalau diaroang nak beli nanti, bagitau kat diaorang "dengan ini saya anggap awak dah baca description tu dan paham. So boleh la bankin ke akaun saya". Ha, kan senang macam tu. Benda ni bagi sesiapa yang agak tak berapa friendly. Kalau nak layan customer tu dengan bersemangat pun tak kisah sangat. Tapi bayangkan kalau time tu korang tengah busy, adakah korang akan layan elok2????

ok. Itu ja nak kongsi. Selamat beramal ^^

Friday, 31 October 2014

GST dan Daftar SSM Untuk Blogger

Assalamualaikum

Baru-baru ni blogger semua pakat terkejut yang ada ura-ura mengatakan blogger pun akan dikenakan GST dan perlu letakkan nombor pendaftaran SSM.

Ok, Apa Itu SSM? SSM adalah short form bagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Aku dah daftar dah SSM ni. Dah setahun lebih dah pun hidup.


Nombor pendaftaran aku adalah KC0020714-H

Tak percaya? Pergi check sendiri.

SSM ni perlu ada kepada blogger yang buat business online. Kiranya, kena paparkan kat blog la jika korang meniaga melalui blog. Semua orang yang meniaga, sepatutnya mendaftar dengan SSM. If not, korang kena denda.

Jangan meniaga ikut suka hati korang ja. Yang nak membeli pun, seharusnya check dulu nombor pendaftaran peniaga tu. Kang, kena tipu tak pasal ja kan. At least, kalau ada nombor pendaftaran and dia tipu kita, kita boleh inform kat SSM. Diaorang ada detail pasal orang yang meniaga ni.

Yang pasal GST tu pulak, aku dengar kata blogger yang menjual pun akan kena tempias jugak. Well, kalau korang buat duit sampai berjuta la melalui blog. Huhu. Kiranya, blogger syok sendiri macam aku ni, tak perlu la kot nak bayar GST bagai tu. Hee

Dulu, sorang pun tak pandang blogger ni. Sekarang, bila nama blogger dah naik. Sampaikan GST pun nak kenakan kat blogger. Haila. Kerajaan memang dah tak ada duit sangat ka sampai nak makan duit rakyat?

"Yang miskin, makin miskin. Yang kaya bertambah kaya" (just saying)d

Sunday, 7 September 2014

Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit

Assalamualaikum

"Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit"
Aku rasa slogan tu ramai dah tau kot. Aku pun dah terikut-ikut dah dengan diaorang ni. Haish

Apa yang aku nak bagitau kat sini adalah, aku ada ternampak iklan Kotex ni dok bermain-main kat sebelah tu. Nuffnang punya kerja la ni. Dia tau aku tengah bosan.


Kotex ada buat peraduan. Hadiah dia sangat lumayan.

3 X Baucar pelancongan
30 X RM100

Klik SINI untuk join

Sapa tak mau kan. So, apa tunggu lagi. Kalau ternampak iklan tu dok bermain-main kat sebelah tu, boleh la klik untuk tengok cara-cara penyertaan ^^

Perniagaan Di Rumah Tanpa Modal

Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengok ramai yang nak buat business tapi tak ada modal. Including me myself. Betul tak apa yang aku cakap.

Nak tau salah satu benda yang korang boleh buat tanpa keluarkan satu sen modal cuma korang hanya perlu keluarkan tenaga sahaja. Tapi benda ni anda perlu la keluarkan duit untuk bayar bil elektrik dan juga internet. Topup jugak. 

Cookies Galleta

Assalamualaikum


Pernah dengar tentang Cookies Galleta tak?

KLIK SINI

Kalau belum ini sedikit maklumat tentang jenama Galleta:

Wednesday, 20 August 2014

Business Card MURAH

Assalamualaikum

Sejak bila pulak la CikSiti kita ni pandai buat business card bagai ni? ;)
Mesti korang tertanya-tanya kan. Meh nak jawab, sejak ada peluang. Takkan nak lepaskan peluang pergi begitu saja kan. Hee

Ok, di sini aku nak promote design-design Business Card yang korang boleh pilih. Ni baru 30 design. Ada lagi akan datang. InsyaAllah.

Jom kita tengok dulu design-design dia. Satgi aku bagitau price dia, OK?

ANTARA DESIGN-DESIGN BUSINESS CARD YANG KORANG BOLEH PILIH.

BOLEH TULIS APA YANG KORANG NAK

(tapi agak-agak la pun nak tulis. Jangan la pulak tulis macam surat cinta panjang berjela nak dimuatkan kat dalam business card ni)































PRICE :-

1 SIDED ONLY

2 BOXES = RM60
3 BOXES = RM78
5 BOXES = RM102
10 BOXES = RM150




2 SIDED

2 BOXES = RM66
3 BOXES = RM84
5 BOXES = RM108
10 BOXES = RM165

**postage FREE


ANDA BERMINAT?
Nak buat Tempahan?

DO PM ME HERE
OR
JUST SMS/WHATSAPP AT THIS NUMBER 0123014118

Elance : Job dari rumah

Assalamualaikum

Bila entry aku "Sedang mencari job dari rumah" dah di update, ada yang cakap diaorang pun sama jugak. Tengah mencari job. Nak bekerja di rumah. Eh, sama pulak kita. Hee

Kepada +siti zawiah  dan +TunSha Ayunie , cuba korang try sign up kat Elance ni. Sign uo dia free je kot. Tak perlu nak bayar-bayar yuran pendaftaran bagai. Dah macam nak masuk University pulak nak kena bayar yuran. Tapi kalau korang nak banyak kelebihan, ada ja membership dia yang bayar bulan-bulan. Tapi aku rasa just sign up as basic membership sudah. Itu pun aku rasa dah mencukupi.

Banyak job kot yang korang boleh try. Such as Data Entry (tapi yang ni aku rasa kena jadi member yang bayar bulan-bulan tu). Yang aku dah apply adalah translate English to Malay. Apply ja baru. Belum di approve kan lagi. Tengok la nanti esok lusa kot-kot di approve.

Nanti kalau aku ada apa-apa update pasal Job Di Rumah ni, aku akan inform kat korang ye. Sharing is caring what. But certain things cannot be shared la kan. ^^

Tuesday, 19 August 2014

Aku nak cari job dari rumah

Assalamualaikum

Entry kali ni berbunyi macam desperate sikit. Kot-kot korang yang terbaca ni ada kenalan yang nak pakai orang bekerja sebagai DATA ENTRY yang hanya buat kerja kat rumah ja.

Setakat ni aku cari semua daftar kena keluarkan duit. Yang Job Di Rumah tu pun kena bayar duit dulu. Takut kot nak bagi duit RM50 tetiba kena tipu, naiya ja nanti.

Ataupun korang ada kenal sapa-sapa yang nak cari orang buat kerja secara online di rumah. Kenapa aku prefer kerja online di rumah? Sebabnya, aku tak boleh kerja di luar rumah. Mak aku tak bagi. Sebab aku nak kena jadi driver untuk adik aku ke sekolah. Jaga rumah lagi. Ini aku buat secara percuma. Bukan dapat gaji pun. So bila masa terluang macam sekarang ni, aku boleh la buat kerja-kerja online. Itu pun kalau ada orang nak bagi la.

If ada, please SMS/Whatsapp at this number 0123014118 (Siti)

Friday, 8 August 2014

Mabuk Ketupat

Assalamualaikum

Fuhh, hampir seminggu blog tidak terupdate. (raya sakan nampaknya ciksiti).
Ouh, tidaklah beraya sakan nya pun. Cumanya ramai yang datang ke rumah untuk beraya. Sampaikan kena buat makan-makan sampai 2 hari.

Dalam masa seminggu ni, aku punya temperature badan tak menentu, kejap naik kejap turun. Encik B cakap, mabuk ketupat. Al-maklumlah, sebulan berpuasa, tetiba hentam makan ketupat pagi petang siang malam. Hahaha. Apa boleh buat, setahun sekali ja jumpa ketupat. 

Raya keempat, member-member adik aku datang beraya rumah, aku jadi tukang masak. Masak roti sorai. Alah, roti jala tu la.
Bayangkanlah, 2 kg tepung untuk disorai. Fuhh, nasib baik tangan ni masih kuat. Encik B dah puji kata sedap. So apabila chef dah bagi thumbs up, aku apa lagi, kembang semangkok la. hee

Nasib baik aku ajak member-member aku datang raya keenam. So turn adik-adik aku pulak la menghidang, menambah lauk untuk di ambil oleh para tetamu. Raya keenam tu, mak aku masak soto. First time kot kitaorang masak soto. Sebab sebelum ni, raya masak lontong. Tahun ni tak merasa lagi lontong.haduiii...dah terasa lapar pulak tengah-tengah malam ni


Yang kat bawah ni pulak gambar masa raya kelima. Tak plan pun, tetiba ada member ajak keluar minum-minum. Mulanya ada 3 orang ja yang nak join, then bertambah menjadi 7. Hahahaha
Then, salah sorang member tu ajak pergi beraya rumah dia. Masa tu dah pukul 9 malam. Hahaha. Nasib baik parents dia sporting ^^
Ouh, by the way, diaorang ni member-member sekolah rendah aku. Sekolah Kebangsaan Sri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Ex-classmate 6 Inovatif. Ini pun bukan semua orang yang ada. Kelas kitaorang dulu ada 50 orang students. Bayangkan lah nanti kalau semua orang boleh berkumpul sekali. Confirm tak muat masuk gambar.hee

 Yang ni pulak gambar masa beraya kat rumah aku. Tak ramai jugak. Huhuhu. Semua pakat dah kerja, dah menetap kat tempat lain. Tak dapat jumpa jugak semua orang tahun ni. Maybe next year, InsyaAllah.

p/s : maaf lah ye, entry-entry sebelum ni pun dok cerita pasal raya tak abes-abes lagi. Biasa lah, masih rasa diri ni macam budak-budak.hee


Monday, 28 July 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Nothing much that I want to say in this entry. Just wanna share my Hari Raya pictures (same like u all)

Atas ni gambar di pagi raya selepas selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


yang ni pulak gambar di petang hari. Orang tu datang raya rumah kiter la. Hahaha. Perut buncit tu tak dapat disembunyikan lagi. Dia ni memang suka sangat buat muka. Tak tau nak cakap macam mana dah. Kiranya ni ja la gambar raya aku dengan dia.

Tak banyak sangat gambar yang sempat di snap. Sebabnya menjaga adab2 berkunjung ke rumah orang. Segala jenis gadget disimpan rapi dalam handbag.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ^^

So, how's your Raya my friends?

P/s : Raya kali ni tak berapa nak meriah sangat. Cumanya ada berita yang mendebarkan jantung aku. Cerita itu akan dicerita kelak. Bukan esok dan bukan lusa. InsyaAllah dalam tahun 2014 jugak. =)

Friday, 25 July 2014

Hari Raya Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum

korang mesti pernah mengalami zaman kanak-kanak kan....jom share sikit pasal Hari Raya masa korang dulu kecik2....

zaman kanak-kanak aku masa nak dekat raya adalah :-

- balik kampung sehari sebelum raya...disebabkan mak aku kerja...so, memang balik raya last minute la....kampung aku kat Langkawi..so memang kena naik ferry la lagu mana pun....

- malam raya pakai inai...aku pun tak tau apa motif pakai inai masa hari raya....hahha....dah memandangkan sebelah rumah tok aku ni ada pokok inai, kami sepupu sepapat pun memulakan kerja...iaitu, kutip daun inai dan tumbuk sampai lumat....pasti suruh puan emak, dan mak cik mak cik sekalian pakaikan....

- then, mulalah sesi menggosok baju raya....semua pakat pulun tak mau bagi orang tengok baju raya masing-masing....sampaikan kena kunci pintu bilik...huhu...nanti orang cakap tak dak seri masa hari raya....hahahaha (apa pun tak boleh)

- puan-puan makcik kat dapur pesiang bawang bagai...sebab nak masak esok hari....

- si sepupu sepapat semua main mercun dengan bunga api kat luar rumah... kalau tak dak bunga api memang tak sah

- Pagi raya, orang tua-tua pergi solat Aidilfitri, kami kanak-kanak tak berapa nak riang sangat baru bangun. Baru nak pakai baju raya.

- Tak sabar tunggu orang-orang tua balik raya, sebab nak kutip duit raya

- Lepas selesai kutip duit raya kat rumah tok. barulah beratoq sepupu sepapat berjalan pergi rumah-rumah orang kampung. Yang tak boleh belah, orang kampung yang tak kenal pun kami pi ketuk pintu rumah. hee

- petang raya memang akan buat kuak lentang atas toto kat rumah tok, seharian beraya.

- Raya kedua akan pergi rumah tok-tok sedara kat Langkawi.

- Raya ketiga, balik Sungai Petani dah. Raya belah2 Penang pulak rumah mak sedara.

Ini semua rutin hari raya aku masa zaman kanak-kanak Ribena dulu. Sekarang sambut raya dah tak semeriah dulu. Dah tak dak feel orang cakap. Apa yang best adalah dapat berjalan dan dapat makan free itu ja. Kalau bernasib baik, akan dapat duit raya walaupun dah berumur 23tahun. Heee. Apa boleh buat, masih belum bekerja, so masih boleh dapat duit raya lagi la.

Hari Raya Zaman Kanak-kanak korang macam mana pulak?

-

Saturday, 5 July 2014

My First Time to IKEA

Assalamualaikum

memandangkan ada iklan IKEA daripada Nuffnang so aku nak cerita sikit pasal IKEA untuk malam ni....

believe it or not, aku ni baru pergi IKEA sekali je sejak IKEA bukak...tetiba sedih pulak...huhu..ye la, orang lain dah pergi IKEA berpuluh-puluh kali...aku, baru pergi sekali....itu pun nasib baik ada orang tu sudi bawak.....



pergi sana semata-mata nak makan meatball yang orang cakap sedap gila tu....tapi aku makan, biasa ja....
tapi kek (gambar kat atas) tu sedap sangat....seriously sedap sangat....terbeliak bijik mata makan kek tu....bayangkanlah betapa sedapnya kek tu...(aku lupa nama dia..huhu)

at first masuk IKEA, rasa macam biasa ja....bila pergi kat food court (ntah apa diaorang panggil tempat makan IKEA ni) perghhhh...ramai gila yang beratur....dengan tak ada tempat lagi... tapi, penantian itu sangat berbaloi-baloi apabila dapat makan kek tersebut...hee...system dia lebih kurang macam budak sekolah asrama ja...beratur untuk dapatkan makanan...hee

lepas makan tu, kitaorang pergi la dia punya tempat jual-jual barang tu....walaweyh....macam tak mau keluar ja dari tempat tu...sebab semua barang-barang dia macam best je.....dah sempat berangan lagi bila ada rumah sendiri nak beli semua barang kat IKEA....ouh berangan nak pindah kat area2 IKEA jugak...senang aku nak makan kek tu....hahah...

tapi masa aku pergi tu memang terlalu ramai orang...dah la nak pergi IKEA tu pun pusing berapa kali baru nak jumpa IKEA....mula-mula orang tu cakap dia tau IKEA tu kat mana....tapi rupa-rupanya dia dah lupa...sebab dah lama tak pergi...haish....rasanya pusing pi balik pi balik sampai 3 kali la kat tempat yang sama.....nak cari parking pun satu hal....fuhhh....penat kot....

biasa la apabila rusa masuk kampung...memang jadi "perak", blurr, semua ada....sampai aku pun tertanya tanya, diaorang ni tak kerja ka? diaorang ni tak ada tempat lain ka nak pergi? takkan hari-hari datang IKEA beli barang rumah kot...rumah besar sangat ka sampai hari-hari kena datang IKEA? ahhahha...mungkin kebetulan kot...diaorang tau aku nak pergi IKEA, masa tu la nak kelam kabut pergi jugak...

habis cerita aku kat IKEA, then aku pergi The Curve....teringin nak masuk Kidzania...tapi tak ada anak lagi....tunggu la nanti bawa anak ke sana pulak...hahhaha...mak dia pun teringin gak...ye la, dulu kecik2 tak da benda2 cenggitu.hee

p/s : dengar kata kat belah utara ni nak buat IKEA jugak..ye ke?? can't wait...^^

Wednesday, 25 June 2014

Ramainya Berbusiness

Assalamualaikum

well actually I'm so surprise...ramai kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej buat business sendiri....lari bidang wehhhhh... "kata dulang paku serpih, kata orang, aku pun sama jugak la"

Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.
Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
 
tapi sayangnya, masih ramai lagi cakap berniaga ni susah...berniaga ni banyak risiko.....mereka silap...yes, memang susah...memang banyak risiko...tapi dari situlah kita belajar segalanya...belajar bersabar...belajar berusaha, belajar macam2 lagi lah....
 p/s : Jom baca tentang Tips Memulakan Perniagaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...