Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Friday, 22 January 2016

Top 10 : Best Concept And Interior Design In Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum

Alor Setar adalah ibu negeri Kedah. Alor Setar sekarang bukanlah Alor Setar yang dulu. Pembangunan yang sangat pesat. Banyak business anak-anak muda tumbuh macam cendawan selepas hujan.

Ni Cik Siti senaraikan 10 cafe yang mempunya concept and interior design yang terbaik di Alor Setar.

TOP 10 BEST Konsep & Interior Design Cafe in Alor Setar
(Bumiputera)


1) Deco Cafe Alor Setar.




2) Spring Leaf Cafe Alor Setar

3) Le Medina Alor Setar



4)Texas Cafe Jalan Putra



5)Replete Cafe Mergong 



6)Bite cafe Jalan Masjid Zahir



7)Big Galley Jalan Putra




8)Bendang Kitchen Jalan Pegawai



9)HLM boat noodle



10)Paddy Cafe Jalan Stadium

p/s : Mostly concept kayu pallet. Bukan saja konsep yang menarik, tapi makanan sangat-sangat sedap. ^^

Thursday, 28 May 2015

Recipe : Carrot Cake

Assalamualaikum

It's been so long my mom requested carrot cake. Almost a month kot. Banyak ja aral melintang until today. So disebabkan hari ni aku free (next week baru busy) I decided to make her carrot cake.

Resepi dia, search Google la. Sekarang tak payah dah nak beli buku-buku resepi. Type what you want the click search. Simple as that.

Kalau malas sangat nak search, ni ha aku share kat sini. Kot2 dok baca blog aku, then tetiba nak buat ka kan. Ha, senang ja.


CARROT CAKE

Bahan-bahan :-
1 cawan pecans/walnut (chopped)
2 1/2 cawan carrot yang dah di parut
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur besar (gred A)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan minyak sayuran
2 sudu teh esen vanila


Cara-cara:-
1- Panaskan ketuhar 180 darjah celcius
2- Ayak tepung, baking soda, baking powder. Campurkan garam dan serbuk kayu manis sekali.
3- Pukul telur sampai berbuih, dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai jadi ringan dan tukar warna (light color)
4- Masukkan minyak dan esen vanilla
5- Masukkan campuran tepung tadi.
6- Masukkan carrot dan walnut, gaulkan guna spatula
7- Masak 25-30 minit (kalau letak dalam bekas cupcakes) Kalau dalam pan, 35-40 minit. (depends la. Kalau nak tau masak ka tak, ambil cungkil gigi, cucuk kat tengah2 kek. Kalau tak masak, cungkil gigi tu akan nampak macam berair sikit lepas kita keluarkan dia)


Selamat Mencuba



Tuesday, 26 May 2015

Rose Cupcakes dan Macam Mana Boleh Terjebak?

Assalamualaikum

For the past 6 months ni, aku ada la buat business sikit. Ni business persendirian ok! Business Rose Cupcakes. Kenapa aku panggil Rose Cupcakes? Sebab specialty nya adalah icing dia ala-ala bunga ros gitu. Ha, so boh la nama Rose Cupcakes. Flavor vanilla dengan chocolate ja.

Macam mana boleh terjebak?

At first my mom nak buat gathering dengan kawan-kawan sekolah dia. So, dia nak bawa la something for them. Aku suggestkan buat cupcakes. Tengok tutorial dalam YouTube macam mana nak decorate cupcakes. Bentuk bunga ros tu yang mendapat perhatian aku. Sebabnya senang and nampak sweet ja.

Aku pun buat la dekat mak aku.


nampak tak dia punya tak jadi bentuk bunga ros tu. Tak pa. First try. Memang la kan. And lagi satu sebab salah beli nozzle. huhu


Now, tengok la aku punya piping skill.
Makin improve kan. Heee









Siap ada yang buat hantaran lagi.

Ok, so sapa2 yang dok area Sungai Petani nak order, boleh la. Free delivery

Price : 25pcs = RM35.
Flavor : Vanilla or Chocolate
Color : pink, purple, blue, green, yellow, brown,  turquoise, coral, orange, vintage pink

Sesapa yang stay area Alor Setar, Penang, nak order and nak delivery, minimum order 200pcs.

Sunday, 24 May 2015

Penyejuk Tekak Dikala Panas

Assalamualaikum

Selesai sudah satu sem di sebuah kolej. Alhamdulillah. So now kita berehat selama sebulan di rumah. At the same time boleh buat duit tambahan jugak masa cuti ni ;)

Wanna know something tak? Sekarang ni dekat SP (Sungai Petani) dah jadi fenomena pulak Milk Tea, Iced Chocolate and many more.

Konsep, ala-ala Chatime. Tapi lagi murah dan choice sikit ja. Kalau Chatime korang boleh tambah bubble la, jelly la, nak blended ka iced ka, macam-macam la kan. Yang ni korang hanya ada limited choice ja.






See, kan aku dah cakap. Dah jadi fenomena dah benda ni. Semua ni ada kat Sungai Petani. Semua ni buat benda yang sama, cuma sedap dengan kurang sedap ja. Hahaha. Frevet aku TeaBag. Gerai dia dekat Taman Sejati. Opposite 7e.

Harga RM3 if dalam beg plastik. Kalau dalam cup dalam RM4-RM4.50. Bukan kecik bekas dia. Besaq kot. Boleh share 2 orang. Tapi untuk aku sorang, 1 bekas la. NO SHARING. ^^

Memang puas la minum. Aku balik Sungai Petani ja, mesti cari benda ni. Tadi aku pi cari TeaBag. Dia tutup pulak. Al-maklumlah baru balik semalam. Hari cari, tutup. Rasa macam frustrated skit la.

Selalunya adik bongsu aku yang belanja. Sebab dia suruh aku pi amik dia baliks sekolah setiap hari. Padahal ada ja van sekolah pi amik. Saja nak suruh kakak dia yang malas nak drive ni pi amik. Hai la adik. Tapi tak pa. Sekali sekala. Bila lagi kan. Lepas ni dah kahwin, tak boleh dah nak beramah mesra dengan adik. (opsss)

Ini aku nak bagi senarai gerai2 yang jual benda ni, so orang2 Sungai Petani, boleh la pi serbu depa.

1- Borders Tea (area Billion, berhadapan dengan Tasnim Restoran)
2- TeaBag (Opposite 7 Eleven Taman Sejati Indah)
3- CowboyTea (Dekat Taman Jubli and cawangan baru di Medan Selera Taman Sejati Indah)
4 - TeaBoss (Dekat Giant jalan nak pergi Sungai Layar)
5- D'Splash Tea Bag (ada banyak cawangan, depan SMK Tunku Ismail, Hospital Sultan Abdul Halim dan lain2)
6- Ada lagi, tapi aku tak pasti nama apa. Heeeeeeee

SELAMAT MENCUBA ^^

Friday, 19 December 2014

Recipe : Cream Puff

Assalamualaikum

Disebabkan whipped cream yang aku buat Crepe Cake tu ada lagi (klik SINI untuk resepi Crepe Cake) so aku pun buat la Cream Puff. Sebab tekak pun terasa nak makan. Sepatutnya dah update entry ni minggu lepas lagi. Tapi itulah, terlupa, bila scroll balik tengok gambar, baru teringat =_="


Inilah rupa Cream Puff yang aku buat. Whipped cream dia dah cair sebab letak kat luar lama sangat. Bukan boleh whipped cream ni. Sensitip mengalahkan aku. Huhu

Bahan-bahan :-

1/4 cup butter
1/2 cup water
1/2 teaspoon salt
1/2 cup + 1 tablespoon all-purpose flour
1 teaspoon sugar
2 eggs


Cara-cara :-
1- Preheat oven korang 200 darjah celcius
2- Letak air + mentega + salt + sugar dalam satu periuk untuk didihkan.
3- Setelah mendidih, alihkan daripada api dan masukkan tepung. Gaul sehingga sebati. Letak atas api yang perlahan, dan gaulkan lagi sehingga menjadi bola (maksudnya sehingga semua adunan tu jadi satu)
4- Alihkan dari api, dan biarkan 5 minit supaya adunan sejuk. So that bila korang masukkan telur, dia tak masak.
5- Bila dah masukkan telur, gaul sampai sebati. Better guna mixer so that adunan akan smooth. Kalau tidak, dia akan jadi berketul-ketul.
6- Bila dah smooth, dan rasa bila piping nanti dia takkan hilang bentuk, so start piping atas tray la. Ikut kreativiti masing-masing nak buat macam mana.
7- Masukkan ke dalam oven selama 20 minit dengan suhu 200 darjah celcius.
8- Biarkan sejuk dahulu baru la boleh letak cream. It depends on you kalau nak letak custard ka apa ka. Ikut selera masing2 ye. ^^

So DONE!

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, 9 December 2014

Terpengaruh : Food Panda

Assalamualaikum

Korang tau apa itu Food Panda? Well, Food Panda ni macam food delivery jugak la. Tapi yang ni boleh delivery apa saja yang korang nak. Contoh, kalau nak tomyam ka, Dominos ka, semua dia boleh hantar. Cakap saja nak apa.

Aku tau benda ni pun daripada Namee Roslan. Lepas 2 3 kali nampak dia post kat FB pasal Food Panda ni, aku pun mula la terpengaruh.

Mula-mula, install kat Play Store apps Food Panda ni


Bila mai kat nak boh City apa yang aku stay, cari punya cari. Scroll punya scroll tak jumpa jugak "SUNGAI PETANI". Biasa la, Sungai Petani ni tak dah la sesak sangat macam kat Penang or KL. Nak cari makan pun tak dak la sampai berjam-jam sebab terperangkap dalam jammed. 


So, uninstall la balik. Buat apa ada apps ni kalau tak guna. Buat berat fon ja.


Memang tak dapek la nak try Food Panda ni. Tapi tak pa la. Sebab drive kereta 5 minit pun dah sampai KFC, kedai tomyam, jalan kaki pun boleh dari rumah aku. Tak perlu la Food Panda bagai ni.

By the way, kalau tempat tinggal korang kat area yang sesak. Yang ada dalam senarai Food Panda ni, boleh la install apps ni. Macam menjimatkan masa korang ja. Daripada korang drive 1 jam semata-mata nak beli Kenny Rogers, baik korang order, tunggu ja kat rumah makanan sampai. At the same time boleh buat benda lain, macam spend time with your family ka kan.

Spend sikit duit korang tu, supaya korang ada kualiti time dengan orang yang disayangi. =)

Wednesday, 3 December 2014

Roti Maria : Baking Class

Assalamualaikum


Roti Maria ni adalah produk Bumiputra.

For more info, boleh contact dengan admin page INI

Monday, 1 December 2014

Recipe Crepe Cake

Assalamualaikum

Korang tau tak apa itu Crepe Cake?


Ha, ni la Crepe Cake. Tapi aku buat tertebal pulak. Al maklumlah baru first time buat. Mungkin lepas ni akan ada kali kedua dan ketiga kot. So stay tune la ^^

Meh nak kongsikan resepi Crepe Cake ni

Bahan-bahan untuk crepe :-
2 cawan susu (aku guna dutch lady)
2 cawan all purpose flour (aku guna tepung gandum je, sebab tak tau apa itu all purpose flour)
4 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak sayuran
1/4 cawan mentega cair

Semua bahan-bahan tadi di BLEND

Lepas di BLEND, korang sediakan pan untuk memasak. Make sure non-stick pan ok! Then tuang sedikit mixture tu, buat macam telur dadar. TAPI MAKE SURE BUAT SENIPIS YANG MUNGKIN!!!! kalau tebal tak sedap. =)

Bahan-bahan untuk cream :-
2 cawan whipped cream
1/4 cawan gula (aku guna gula icing)
1 sudu teh esen vanilla

Untuk whipped cream ni, aku sarankan korang tengok youtube. But please be careful ok! Sebab whipped cream ni senang nak overwhipped. Aku buat haritu pun mula-mula tu tak jadi. Then buat kali ke 2.

Tips : bila korang pukul whipped cream guna mesin, then korang dah nampak macam ada bentuk pukulan kat cream tu, sila berhenti. Jangan dok whipped lebih-lebih pulak. Kang TAK JADI!!!!

Topping dia, ikut kreativiti masing-masing. Aku letak jem ja. Hoho. Kalau korang ada modal lebih, boleh letak buat strawberry kat atas tu. And kalau korang yang suka manis, boleh la lebihkan gula dalam whipped cream korang tu. Hee

SELAMAT MENCUBA

Thursday, 20 November 2014

Happy Mood Turn On

Assalamualaikum


Hari saja dapat 3 order dari orang yang berbeza. Order apa? Order Chocolate Lava Cake in jar la.

1- Order untuk esok. For hantaran katanya.
2- Order untuk petang tadi. COD area Sungai Petani
3- Order untuk 30 November 2014 nanti.

Alhamdulillah.




Sapa yang tak happy kan dapat order macam pisang goreng panas yang jual tepi jalan tuh. Walaupun tak banyak sampai boleh beli iPhone, tak kesah la. Ni pun dah happy tak terkira. Rasa macam nak buat kenduri 3 hari 3 malam ja bagi makan Chocolate Lava Cake ni. Heeee

Biar sikit, lama-lama jadi bukit.

Korang yang berminat, boleh la ke page INI atau directly contact aku 0123014118 (SMS/Whatsapp?

#chocolatelavacake #cakeinjar

Tuesday, 18 November 2014

Maggi Korean Spicy Braised Beef

Assalamualaikum



Maggi Korean Spicy Braised Beef ni flavor terbaru keluaran Maggi. Aku baru ja cuba tadi. Maybe korang dah rasa lama dah kot.



Aku suka tambah telur dalam maggi aku. Telur merah biar pecah, aku lagi suka.

RASANYA?
Fuh, rasanya memang sangat pedas. Bagi aku la. Sebab aku ni jenis tak makan pedas. Habis berair hidung. Hoho. Dalam iklan dia ada tunjuk daging kan. Sebenarnya bila korang masak tu, tak ada daging pun. So, jangan tertipu lah ye. Hee

And dia punya noodle tu pun besar. Lebih besar dari biasa. Nak kata kembang, tak pun. Sebab kalau noodle yang kembang dia rasa macam lembik. Ini tidak. Alah, rasa macam noodle korea la. Dah namanya pun korean kan.

So malam ni mood korean sikit. Baju pun dah pakai ala-ala kimono dah ni. Eh, kimono tu kan Jepun, apa kena mengena ngan korean? Hahah, biar lah, korean dengan jepun kan dekat ja. =P

Thursday, 6 November 2014

Le' Medina Patisserie

Assalamualaikum

Nama memang tak mau kalah kot. Tempat yang secantik nama. Food pun secantik nama.




Kami order Cake Caramel, dengan Pepperoni pizza ja. Pergi kat situ pun tanpa dirancang sebenarnya. And first time melepak kat Le' Medina Patisserie ni. Dan baru la aku tau, diaorang ada jual Pavlova sampai la ke steak. Damn, bila makanan dah sampai. Tengok sebelah, ada customer punya order pun sampai jugak. Tengok dia punya order, sizzling steak. Kecur air liur aku. Mula la perut menyanyikan lagu keroncong ke seratus kalinya. Hahaha


Yang ni pulak Goreng Pisang Cheese dengan Chocolate. Yang ni beli tepi jalan ja. Kalau sesapa yang tau Gunung Keriang kat Alor Setar tu, On the way nak pergi ke sana dari arah Pantai Johor (kat Alor Setar) akan nampak sebelah kiri orang jual Goreng Pisang Cheese with Chocolate ni.

Memang dah terkenal kot kat Alor Setar benda ni. Murah pulak tu. Kiranya padan la dengan harga. 7 pieces RM4. Ha, murah kan.

Chocolate dia pulak melt in the mouth. Kiranya lepas ni, tau dah kat mana nak beli benda untuk aku kunyah-kunyah sambil lepak dengan encik Chef tu.

Wednesday, 5 November 2014

Snack Di Petang Hari

Assalamualaikum

Aku tau, sekarang dah malam. And sepatutnya aku update entry ni petang tadi. Tapi tak pa la kan. Petang esok korang boleh try benda ni jugak. Hee

Snack ni senang ja nak buat. Cuma perlu ada kesabaran sikit ja =P

Aku namakan SNACK KETAM RANGUP

Korang just perlukan isi ketam yang orang dok buat steamboat selalu tu. Depends la nak banyak mana pun. Tapi aku punya suggestion, better 10 batang ke atas. Sebab nanti bila korang dah goreng, dia mengecut.


Lepas tu carik-carikkan macam gambar atas tu. Tak kesah la korang nak guna pisau, gunting ataupun tangan untuk carik-carikkan tu. Part ni la korang perlukan kesabaram yang banyak. Kalau ada orang yang tolong lagi cepat la benda ni nak siap.


Lepas tu, sediakan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau boleh buka ja api besar. Sebab benda ni cepat ja masak.
Kalau tak betul-betul panas, confirm la snack ketam korang tu akan terlekat kat kuali dan dah tak sedap. Ni dari pengalaman aku sendiri la. Huhu

Tadaa. Dah siap.

Serious sedap. Tapi jangan makan hari-hari. Kang kolestrol tinggi. Kalau nak makan jugak, kongsi la dengan sedara mara. Tak ada la kita makan sorang-sorang dalam kuantiti yang banyak.


Tips : Macam mana nak tau minyak tu betul-betul panas ke tidak?
KORANG PERCIKKAN AIR SEDIKIT KAT KUALI YANG BERISI MINYAK TU, THEN KALAU DIA BUNYI BISING, MAKSUDNYA BELUM BETUL-BETUL PANAS. TUNNGU SAT. THEN TEST KALI KEDUA KALAU DAH TAK BISING, MAKNA KATA DAH BETUL-BETUL PANAS LA MINYAK KORANG.

BEWARE!! sila jauhkan diri daripada kuali selepas anda percikkan air. Percik ja ok! jangan ko tuang sebaldi dalam kuali tu.


Ni tips daripada encik Chef ok. Sebab selalu aku tak tau minyak dah betul-betul panas ka belum. Then bila encik Chef bagaitau, sampai sekarang la, memang perfet ja masak. Tak pernah lagi la silap goreng dengan minyak tak betul-betul panas.

Tuesday, 4 November 2014

Cucur Yang Paling Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum

Resepi ni daripada arwah tok aku kat Langkawi. Dah la senang, sedap pulak tu.

Nak tengok resepi? Kat sini, "Resepi Cucur"

Sekali sekala makan, tak pa la. Kalau dah hari, confirm kolestrol tinggi. Huhu


Nah, aku belanja gambar-gambar selfie aku. Memang dah lama pun aku tak selfie sejak muka dipenuhi jerawat. 




Motif letak gambar buku Prinsip Perakaunan ni kenapa? Yo ler, aku kan nak jadi business women, sebelum nak jadi business women yang berkaliber, mestilah kena start dari bawah dulu kan.

Lagipun, aku bukannya ada basic tentang akaun pun. Main jual beli barang ikut logik akal ja. Next year dah nak sambung belajar business. So memandangkan tak buat apa-apa sekarang, better baca buku yang aku tersilap beli ni.

Ha, macam mana boleh tersilap beli? Adik bongsu aku ni cakap dia ada subjek akaun KOT. So, aku sebagai kakak dan merangkap cikgu tusyen dia pun terkedek-kedek la pergi beli buku-buku latihan bagai. Tengok-tengok dia tak amik pun subjek tu. Nerghhhh. Nasib baik aku boleh guna. Tapi ada buku Add Math pun terbeli jugak. Itu aku tak tau nak buat apa. Ingat nak let go je kat adik member-member yang nak amik akaun masa form 4 next year. Huhu

Monday, 3 November 2014

Homemade Apple Juice

Assalamualaikum

Walaweyh, sekarang ni semua nak homemade. Apakah rakyat Malaysia sekarang dah malas nak keluarkan duit yang banyak nak pergi beli yang dah siap tersedia?

Or sebab nak amalkan gaya hidup sihat?


Bagi aku la kan. Semua ni gara-gara nak stay healthy la. Kalau beli kat luar, takut nanti ada benda pelik-pelik pulak yang diletak dalam tu.

Kalau jus epal ni, kat luar confirm2 la diaorang letak banyak air, air gula dengan sedikit saja jus epal. Tapi tak padan dengan harga. Ceroi (terlalu cair) ja.


Memandangkan puan emak dah beli sebijik mesin jus ni. Aku dan adik-adik apa lagi, kerahkan tenaga la nak buat jus epal yang terbaik dari ladang.

Epal hijau yang sebesar penumbuk aku, kena guna dalam 8 bijik untuk 4 orang minum. Nerghhh, memang healthy sangat la kan.

Pulpa dia pun boleh digunakan untuk buat mask. Eh ye ke? aku tak pernah buat mask lagi la. Cuma dok tengok tutorial omputih. Depa buat homemade mask bagai guna pulpa buah-buahan. =P

Apa tunggu lagi, sila la beli satu mesin ni. Hari-hari minum jus. Baik untuk kesihatan anda dan keluarga anda.

Aku guna jenama Philips (ops, terpromote pulak). Tapi memang senang untuk di handle la.


Tuesday, 28 October 2014

RESEPI : Vanilla Cupcakes with Strawberry Filling

Assalamualaikum

Hari ni aku buat Vanilla Cupcake with Strawberry Filling. Ini semua sebab baca entry Namee Resepi Vanilla Cupcake tu la. Ha kan dah rajin pulak nak buat cupcakes tu.

So, inilah hasilnya




Nerghh, punya la sedap. Cuma kalau letak lama sikit dalam oven tu lagi sedap la.

Walaupun masa bancuh adunan tu ada la tersilap sikit. Sepatutnya 2 1/2 cup tepung gandum, aku pergi letak 1 1/2 cup ja. Bila dok gaul-gaul tu terasa macam cair sangat adunan. Baru teringat terlupa nak letak lagi satu cup tepung. Main masuk ja lagi 1 cup tu. Hehe. Nasib baik menjadi jugak.

Korang nak resepi dia?

Cari kat SINI.

Sunday, 19 October 2014

Teaser : HomePickled

Assalamualaikum

Korang boleh nak teaser-teaser bagai. Aku pun nak jugak. By the way, APA ITU HomePickled?


HomePickled ni adalah buah-buahan jeruk yang menggunakan 3 bahan utama. Iaitu madu, garam bukit dan juga jalapeno. 

This is what make our HomePickled different from others.


And also our HomePickled are suitable for any occasion because of our packaging. So, stay tuned!

HomePickled will be launch tomorrow.

Kindly visit us at Facebook

p/s : Produk buatan bumiputra. Harga sangat berpatutan. Lebih banyak order, lebih murah harganya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...