Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, 25 August 2014

Open House Encik B

Assalamualaikum

What a busy day. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi. Sampai Alor Star pukul 9 pagi. Memang bawa kereta sambil makan angin. Malas nak bawa laju-laju. Hee

Biar aku jamu korang dengan gambar-gambar masa open house. Memang tak berapa nak larat buat entry panjang-panjang

Ingat lagi entry aku pasal Agar-agar Mango? Kat bawah ni la agar-agar yang aku buat masa Open House Encik B tu. Nasib baik menjadi. Nasib baik jugak habis.


Apa komen Encik B terhadap agar-agar yang aku buat tu? "SEDAP, TAK MANIS SANGAT TAK TAWAR SANGAT. JUST NICE" fuhh, bila dengar komen macam tu, memang lega sangat-sangat. Cuba bayangkan malam tu aku tak boleh tidur kot sebab takut agar-agar aku tak menjadi. huhu

Kat bawah ni adalah dessert station. Kononnya nak buat macam kat hotel. Bila chef berkata-kata. Semua dia nak buat macam hotel. Sampaikan bilik tidur dia pun dia design ala-ala hotel. Itu baru bilik tidur. Belum bilik air dia lagi. Ouh by the way, Open house Encik B ni termasuk la dengan kenduri masuk rumah baru. So, aku pun ambil la kesempatan ini untuk pusing satu rumah. Hahaha. Rumah dia cantik gila sebab main dengan lighting. Fuh, bilik air jangan dok cakap la. Terasa macam pi duduk kat hotel Bali tu.





Ok, done.

Wednesday, 20 August 2014

Agar-agar Mango

Assalamualaikum

This is my first trial making Mango Jelly




Memang kena try buat dulu la kot. Sebab 24 Ogos nanti Encik B suruh buat 25 mangkuk agar-agar. Open house rumah dia. Nervous den nak bagi mak sedara, pak sedara, nenek, tok wan, mak, pak, sepupu, adik-adik dia makan. Nanti 24 Ogos tu, memang tak buat satu perasa ja la. Aku buat 4 perasa. Nanti dah buat, akan di masukkan ke dalam blog. Just wait and see.

Aku bukannya tak boleh buat kerja dapur, cumanya aku ni malas. Haish. Orang cakap, biar tak pandai masak, jangan malas masuk dapur sudah la. Acane nak kahwin macam ni. Huhuhu.

Tapi ok la. Selama setahun lebih dengan Encik B ni, setiap kali aku masak something, memang tak de la nak complaint2. Dia cakap sedap lagi ada lah. Heee (kembang semangkok dah). Kecuali ada hari tu, goreng ayam terhangit sikit. Bayangkan benda tu dah setahun yang lepas which means baru-baru bercinta (kononnya) dulu, sampai sekarang la dia dok ungkit. Tapi aku amik benda tu sebagai benda yang positif. Lepas dari incident tu, memang tak berani dah nak bagi dia makan benda yang tak perfect. So from that moment, tak ada dah benda yang dia cakap tak sedap. Semua sedap belaka.

Aku pun macam tak percaya ja apa yang aku masak, chef yang pernah bekerja dengan Tuanku puji sedap. So memang sedap la kan. Tak boleh dipertikai lagi. Cuma sikap malas tu ja perlu buang jauh-jauh.

By the way, aku memang tak suka bila aku masak, ada orang dok perati. Memang kerja tak berjalan la kot. Dan juga aku tak suka masak kalau bukan kat rumah aku sendiri. Satgi terbakar dapur orang, naiya ja aku. Tambah-tambah kalau dapur bakal mak mertua aku. Maunya dia reject aku awal-awal. Hahaha

Saturday, 9 August 2014

Biskut Lidah Kucing

Assalamualaikum

Biskut lidah kucing atau dikenali sebagai Rainbow Biscuit. Aku tau, ramai yang telah mencuba. Bukan setakat mencuba makan, ada jugak yang dah mencuba buat kan kan kan.

Aku pun sama jugak lah. Eh eh eh, bukan aku. Tapi adik dan cousins aku. Aku pergi beraya, diaorang duduk rumah, baking.

Inilah hasilnya.



Nak tau kenapa tak jadi warna rainbow? Sebabnya pewarna merah tak ada, diaorang malas nak pergi beli. Al maklumlah, kakak yang rajin ni pergi beraya, tak ada la orang nak tolong pergi beli. So jadi la warna turquoise ombre ni.

Apa yang aku boleh katakan di sini adalah, biskut ni memang tak elok untuk kita. Tambah-tambah kanak-kanak. Ini disebabkan pewarna yang digunakan. Korang cuba bayangkan, aku makan biskut ni 2-3 keping pun lidah dah jadi warna turquoise. Ni baru letak satu warna, tapi banyak-banyak tone. Cuba kalau buat rainbow, yang warna dia terang menerang, yang bukan warna pudar. Ntah-ntah lidah korang pun jadi rainbow jugak apa bila makan. Hoish.

Tapi kalau korang kreatif, tak yah letak warna pun tak apa. Letak serbuk koko. Ataupun buat plain dan letak badam kat atas, Ok jugak tuh.

Memang la warna dia cantik, tapi dia tak cantik untuk perut kita. Rasa dia sama ja kalau tak letak pewarna tu pun. Tak ada bezanya.

Friday, 8 August 2014

Mabuk Ketupat

Assalamualaikum

Fuhh, hampir seminggu blog tidak terupdate. (raya sakan nampaknya ciksiti).
Ouh, tidaklah beraya sakan nya pun. Cumanya ramai yang datang ke rumah untuk beraya. Sampaikan kena buat makan-makan sampai 2 hari.

Dalam masa seminggu ni, aku punya temperature badan tak menentu, kejap naik kejap turun. Encik B cakap, mabuk ketupat. Al-maklumlah, sebulan berpuasa, tetiba hentam makan ketupat pagi petang siang malam. Hahaha. Apa boleh buat, setahun sekali ja jumpa ketupat. 

Raya keempat, member-member adik aku datang beraya rumah, aku jadi tukang masak. Masak roti sorai. Alah, roti jala tu la.
Bayangkanlah, 2 kg tepung untuk disorai. Fuhh, nasib baik tangan ni masih kuat. Encik B dah puji kata sedap. So apabila chef dah bagi thumbs up, aku apa lagi, kembang semangkok la. hee

Nasib baik aku ajak member-member aku datang raya keenam. So turn adik-adik aku pulak la menghidang, menambah lauk untuk di ambil oleh para tetamu. Raya keenam tu, mak aku masak soto. First time kot kitaorang masak soto. Sebab sebelum ni, raya masak lontong. Tahun ni tak merasa lagi lontong.haduiii...dah terasa lapar pulak tengah-tengah malam ni


Yang kat bawah ni pulak gambar masa raya kelima. Tak plan pun, tetiba ada member ajak keluar minum-minum. Mulanya ada 3 orang ja yang nak join, then bertambah menjadi 7. Hahahaha
Then, salah sorang member tu ajak pergi beraya rumah dia. Masa tu dah pukul 9 malam. Hahaha. Nasib baik parents dia sporting ^^
Ouh, by the way, diaorang ni member-member sekolah rendah aku. Sekolah Kebangsaan Sri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Ex-classmate 6 Inovatif. Ini pun bukan semua orang yang ada. Kelas kitaorang dulu ada 50 orang students. Bayangkan lah nanti kalau semua orang boleh berkumpul sekali. Confirm tak muat masuk gambar.hee

 Yang ni pulak gambar masa beraya kat rumah aku. Tak ramai jugak. Huhuhu. Semua pakat dah kerja, dah menetap kat tempat lain. Tak dapat jumpa jugak semua orang tahun ni. Maybe next year, InsyaAllah.

p/s : maaf lah ye, entry-entry sebelum ni pun dok cerita pasal raya tak abes-abes lagi. Biasa lah, masih rasa diri ni macam budak-budak.hee


Thursday, 31 July 2014

Raya ke-3 : E-day

Assalamualaikum

How's your raya? Kali ni just nak share gambar-gambar pertunangan masa hari raya ke-3. Ops, not my E-day ok. Encik B punya cousin punya E-day



 Aku paling suka gambar ni. Terserlah sifat keibuan. Boleh kahwin dah kot ni. Hahaha

 Aku ambil alih menjaga budak. Nasib baik budak ni mau kat aku. Itupun jenuh la umpan dia pakai game kat handphone. Itulah gunanya handphone. Lepas ni kena download game banyak2 la. Supaya nanti budak2 melekat dengan kita. Sonang koje aku lepas ni. Tak gaduh lari sana lari sini tangkap budak yang buas.



 Ini mak lang Encik B. hee
 Ini nenek Encik B pulak






Abes semua family dia aku dah kenai. Semua pakat dok tanya aku ni sapa. Pastu siap boleh tanya lagi, kami ni bila pulak. (blushing abes la waktu tu)

ok, that's all my raya ke-3. Hari ni member2 adik aku datang rumah. Esok baru boleh rehat sepenuhnya.

Friday, 25 July 2014

Ketupat Mini by CikSiti

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti makcik-makcik, kakak-kakak tengah dok kalut balut ketupat kan. Aku pun tidak ketinggalan la. Kat sebelah Utara ni famous ketupat daun palas. Alah, ketupat tiga segi tu. Kalau nak tau, ketupat tiga segit tu ada jantina tau. Betina dan jantan. Kalau ketupat betina, orang tua-tua cakap, ketupat tak jadi. Sebabnya bila masak, nanti isi dia terkeluar. Kalau ketupat jantan pulak, memang perfect la. Tak ada isi yang terkeluar pun.

Nak tau lebih lanjut pasal jantina ketupat tiga segi, sila ke SINI


aku tak berapa nak reti sangat buat ketupat tiga segi ni. Bagi aku ketupat nasik lagi senang nak buat, walaupun mencabar.


Ni la ketupat mini aku. Orang dok kalut buat ketupat tiga segi tu, aku pulak dok buat ketupat nasik ni. Guna daun palas yang telah koyak (aku punya kerja la tu). Saja nak mengasah bakat. Tapi ketupat ni tak letak nasik pun, jadi perhiasan saja.

ketupat nasik tak perlu buat pun, sebab puan emak dah beli yang instant punya kat Tesco. Yang tiga segi tu ja yang buat. Kalau tidak tahun sebelum2 ni selalu order ja. Tapi kali ni buat sendiri, so merasa l jugak nanti raya makan ketupat buatan sendiri. Hehehe

Hari Raya Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum

korang mesti pernah mengalami zaman kanak-kanak kan....jom share sikit pasal Hari Raya masa korang dulu kecik2....

zaman kanak-kanak aku masa nak dekat raya adalah :-

- balik kampung sehari sebelum raya...disebabkan mak aku kerja...so, memang balik raya last minute la....kampung aku kat Langkawi..so memang kena naik ferry la lagu mana pun....

- malam raya pakai inai...aku pun tak tau apa motif pakai inai masa hari raya....hahha....dah memandangkan sebelah rumah tok aku ni ada pokok inai, kami sepupu sepapat pun memulakan kerja...iaitu, kutip daun inai dan tumbuk sampai lumat....pasti suruh puan emak, dan mak cik mak cik sekalian pakaikan....

- then, mulalah sesi menggosok baju raya....semua pakat pulun tak mau bagi orang tengok baju raya masing-masing....sampaikan kena kunci pintu bilik...huhu...nanti orang cakap tak dak seri masa hari raya....hahahaha (apa pun tak boleh)

- puan-puan makcik kat dapur pesiang bawang bagai...sebab nak masak esok hari....

- si sepupu sepapat semua main mercun dengan bunga api kat luar rumah... kalau tak dak bunga api memang tak sah

- Pagi raya, orang tua-tua pergi solat Aidilfitri, kami kanak-kanak tak berapa nak riang sangat baru bangun. Baru nak pakai baju raya.

- Tak sabar tunggu orang-orang tua balik raya, sebab nak kutip duit raya

- Lepas selesai kutip duit raya kat rumah tok. barulah beratoq sepupu sepapat berjalan pergi rumah-rumah orang kampung. Yang tak boleh belah, orang kampung yang tak kenal pun kami pi ketuk pintu rumah. hee

- petang raya memang akan buat kuak lentang atas toto kat rumah tok, seharian beraya.

- Raya kedua akan pergi rumah tok-tok sedara kat Langkawi.

- Raya ketiga, balik Sungai Petani dah. Raya belah2 Penang pulak rumah mak sedara.

Ini semua rutin hari raya aku masa zaman kanak-kanak Ribena dulu. Sekarang sambut raya dah tak semeriah dulu. Dah tak dak feel orang cakap. Apa yang best adalah dapat berjalan dan dapat makan free itu ja. Kalau bernasib baik, akan dapat duit raya walaupun dah berumur 23tahun. Heee. Apa boleh buat, masih belum bekerja, so masih boleh dapat duit raya lagi la.

Hari Raya Zaman Kanak-kanak korang macam mana pulak?

-

Monday, 21 July 2014

Alchips Cookies

Assalamualaikum

Malam ni bermulalah sesi membuat kuih raya. We started baking Alchips Cookies for the first day. Then tomorrow will make cornflakes biscuits.


As for now, aku nak jamu korang tengok Alchips Cookies ni ja la.
Ouh, for this cookies, aku tak boleh share resepinya. Disebabkan cookies adik aku dok buat jual dan resepinya di ambil oleh makcik kawan adik aku. Memang secret recipe sungguh.

Bila rasa tu, memang padan la dengan secret recipe nya tuh. Rasa dia memang mantop. Macam Famous Amos pun ada jugak. Hee

Kalau korang nak rasa, jemput la datang rumah raya nanti. Itu pun kalau cookies ni sempat bertemu hari raya la. Aku takut nanti belum hari raya, dah habis masuk perut kami adik beradik ^^

Thursday, 3 July 2014

Kakitangan awam dapat bonus RM500 sempena raya

Assalamualaikum

Dengar kata kakitangan awam dapat bonus raya tahun ni...

macam tak betul je dia punya sistem...sebab apa aku cakap macam tu? meh sini kita tengok...

1- orang miskin kebanyakkannya kerja apa? = mostly bukan kerajaan...ermm...mostly kerja swasta ; sapu sampah, jadi promoter kat shopping complex, kerja 7 eleven, jual burger

2- kenapa tak bagi kepada yang tidak berkemampuan saja? tak kesah lah kakitangan awam mahupun swasta..contoh yang bergaji sekian-sekian, haruslah dapat bonus raya....bukannya yang bergaji RM5k pun dapat jugak RM500 tu hanya disebabkan dia adalah penjawat awam...

3- slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...rakyat tu hanya untuk kakitangan awam je eh?...kata 1Malaysia, abes yang kerja swasta tuh bukan rakyat Malaysia ka?

4- apa fungsi kau bagi RM500 kepada penjawat awam sedangkan ramai lagi fakir-fakir miskin yang masih memerlukan....masih ramai lagi orang yang tidak berkemampuan...tak perlu pergi ke pedalaman....tengok saja kat bazaar Ramadhan...tengok saja kat kaki-kaki lima...masih ada lagi yang dok minta sedekah....yang tidur merempat....



p/s : aku tak sokong sapa2, tapi benda ni menjadi tanda tanya.....kalau dah banyak sangat duit, bantulah orang yang memerlukan...kat Malaysia ni, masih banyak lagi orang2 yang memerlukan.....
 
by the way, aku pun bukannya bekerja...so tak ada la istilah aku sokong swasta dan aku anti kerajaan....just meluahkan pendapat....=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...