Assalamualaikum
This is my first trial making Mango Jelly
Memang kena try buat dulu la kot. Sebab 24 Ogos nanti Encik B suruh buat 25 mangkuk agar-agar. Open house rumah dia. Nervous den nak bagi mak sedara, pak sedara, nenek, tok wan, mak, pak, sepupu, adik-adik dia makan. Nanti 24 Ogos tu, memang tak buat satu perasa ja la. Aku buat 4 perasa. Nanti dah buat, akan di masukkan ke dalam blog. Just wait and see.
Aku bukannya tak boleh buat kerja dapur, cumanya aku ni malas. Haish. Orang cakap, biar tak pandai masak, jangan malas masuk dapur sudah la. Acane nak kahwin macam ni. Huhuhu.
Tapi ok la. Selama setahun lebih dengan Encik B ni, setiap kali aku masak something, memang tak de la nak complaint2. Dia cakap sedap lagi ada lah. Heee (kembang semangkok dah). Kecuali ada hari tu, goreng ayam terhangit sikit. Bayangkan benda tu dah setahun yang lepas which means baru-baru bercinta (kononnya) dulu, sampai sekarang la dia dok ungkit. Tapi aku amik benda tu sebagai benda yang positif. Lepas dari incident tu, memang tak berani dah nak bagi dia makan benda yang tak perfect. So from that moment, tak ada dah benda yang dia cakap tak sedap. Semua sedap belaka.
Aku pun macam tak percaya ja apa yang aku masak, chef yang pernah bekerja dengan Tuanku puji sedap. So memang sedap la kan. Tak boleh dipertikai lagi. Cuma sikap malas tu ja perlu buang jauh-jauh.
By the way, aku memang tak suka bila aku masak, ada orang dok perati. Memang kerja tak berjalan la kot. Dan juga aku tak suka masak kalau bukan kat rumah aku sendiri. Satgi terbakar dapur orang, naiya ja aku. Tambah-tambah kalau dapur bakal mak mertua aku. Maunya dia reject aku awal-awal. Hahaha
hehe..berusaha kak..berusaha..
ReplyDeleteNice post !!! :D
ReplyDeletehttp://www.i-lovette.com/