Assalamualaikum
Hari tu aku ada join GA Ramadhan by Syira Lokman. Korang tak percaya? nah, tengok kat SINI, ada link entry aku tu.
Apa yang aku menang? Aku menang shawl from Hunny Shawl.
Siap ada sulaman bagai. (sulaman ke orang panggil benda jahit2 bunga ni? hoho. Maaf ler, saya tak tau istilah jahitan. Yang saya tau jahit jelujur dengan silang pangkah je. Insang pari pun tau jugak. Itu pun setelah penat menghafal semasa kelas Kemahiran Hidup 8 tahun lepas. Hee (baru perasa diri ni dah boleh jadi mak budak dah)
Owh ya, shawl ni ada 2 warna. Satu hijau, satu coklat. Kain dia pun tak panas. Apa orang panggil kain tu? Ala, kain yang selalu orang buat shawl tu la. Yang tak tebal sangat, yang tak nipis sangat. Sedang-sedang ja.
Kalau korang nak, korang boleh pergi ke page Hunny Shawl kat Facebook tu ye. Tapi korang kena beli la kalau nak dapatkan shawl dari diaorang. Aku je yang dapat FREE. Melainkan dia ada menganjur Giveaway, or sponsor mana Giveaway, boleh la kot korang nak dapat FREE.
p/s : Jangan lupa esok ya. Tayangan PERDANA The Glups. Aidil Zafuan sebagai watak utama.
cantik shawl tu.. :)
ReplyDelete