Kakitangan awam dapat bonus RM500 sempena raya | Cik Siti

Thursday 3 July 2014

Kakitangan awam dapat bonus RM500 sempena raya

Assalamualaikum

Dengar kata kakitangan awam dapat bonus raya tahun ni...

macam tak betul je dia punya sistem...sebab apa aku cakap macam tu? meh sini kita tengok...

1- orang miskin kebanyakkannya kerja apa? = mostly bukan kerajaan...ermm...mostly kerja swasta ; sapu sampah, jadi promoter kat shopping complex, kerja 7 eleven, jual burger

2- kenapa tak bagi kepada yang tidak berkemampuan saja? tak kesah lah kakitangan awam mahupun swasta..contoh yang bergaji sekian-sekian, haruslah dapat bonus raya....bukannya yang bergaji RM5k pun dapat jugak RM500 tu hanya disebabkan dia adalah penjawat awam...

3- slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...rakyat tu hanya untuk kakitangan awam je eh?...kata 1Malaysia, abes yang kerja swasta tuh bukan rakyat Malaysia ka?

4- apa fungsi kau bagi RM500 kepada penjawat awam sedangkan ramai lagi fakir-fakir miskin yang masih memerlukan....masih ramai lagi orang yang tidak berkemampuan...tak perlu pergi ke pedalaman....tengok saja kat bazaar Ramadhan...tengok saja kat kaki-kaki lima...masih ada lagi yang dok minta sedekah....yang tidur merempat....



p/s : aku tak sokong sapa2, tapi benda ni menjadi tanda tanya.....kalau dah banyak sangat duit, bantulah orang yang memerlukan...kat Malaysia ni, masih banyak lagi orang2 yang memerlukan.....
 
by the way, aku pun bukannya bekerja...so tak ada la istilah aku sokong swasta dan aku anti kerajaan....just meluahkan pendapat....=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...