Hari Raya Zaman Kanak-Kanak | Cik Siti

Friday, 25 July 2014

Hari Raya Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum

korang mesti pernah mengalami zaman kanak-kanak kan....jom share sikit pasal Hari Raya masa korang dulu kecik2....

zaman kanak-kanak aku masa nak dekat raya adalah :-

- balik kampung sehari sebelum raya...disebabkan mak aku kerja...so, memang balik raya last minute la....kampung aku kat Langkawi..so memang kena naik ferry la lagu mana pun....

- malam raya pakai inai...aku pun tak tau apa motif pakai inai masa hari raya....hahha....dah memandangkan sebelah rumah tok aku ni ada pokok inai, kami sepupu sepapat pun memulakan kerja...iaitu, kutip daun inai dan tumbuk sampai lumat....pasti suruh puan emak, dan mak cik mak cik sekalian pakaikan....

- then, mulalah sesi menggosok baju raya....semua pakat pulun tak mau bagi orang tengok baju raya masing-masing....sampaikan kena kunci pintu bilik...huhu...nanti orang cakap tak dak seri masa hari raya....hahahaha (apa pun tak boleh)

- puan-puan makcik kat dapur pesiang bawang bagai...sebab nak masak esok hari....

- si sepupu sepapat semua main mercun dengan bunga api kat luar rumah... kalau tak dak bunga api memang tak sah

- Pagi raya, orang tua-tua pergi solat Aidilfitri, kami kanak-kanak tak berapa nak riang sangat baru bangun. Baru nak pakai baju raya.

- Tak sabar tunggu orang-orang tua balik raya, sebab nak kutip duit raya

- Lepas selesai kutip duit raya kat rumah tok. barulah beratoq sepupu sepapat berjalan pergi rumah-rumah orang kampung. Yang tak boleh belah, orang kampung yang tak kenal pun kami pi ketuk pintu rumah. hee

- petang raya memang akan buat kuak lentang atas toto kat rumah tok, seharian beraya.

- Raya kedua akan pergi rumah tok-tok sedara kat Langkawi.

- Raya ketiga, balik Sungai Petani dah. Raya belah2 Penang pulak rumah mak sedara.

Ini semua rutin hari raya aku masa zaman kanak-kanak Ribena dulu. Sekarang sambut raya dah tak semeriah dulu. Dah tak dak feel orang cakap. Apa yang best adalah dapat berjalan dan dapat makan free itu ja. Kalau bernasib baik, akan dapat duit raya walaupun dah berumur 23tahun. Heee. Apa boleh buat, masih belum bekerja, so masih boleh dapat duit raya lagi la.

Hari Raya Zaman Kanak-kanak korang macam mana pulak?

-

1 comment:

  1. tau tak pa...huhu...best sebab dpt cuti dan makan sedap and free plak tu itu ja la...hee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...