Showing posts with label side income. Show all posts
Showing posts with label side income. Show all posts

Saturday, 18 April 2015

Kelebihan Perniagaan Online

Assalamualaikum

Sekarang ni kita tengok ramai yang melangkah ke dalam dunia perniagaan. Bukan saja perniagaan online, malah offline juga kita dapat lihat macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak yang diusahakan oleh anak-anak muda.

Kalau tengok kat Alor Setar, Kedah, banyak butik2 vendor yang ada. Sampai tak tau kat mana nak pergi. Concept yang boleh dikatakan sama saja walaupun owner lain-lain.



Hari ni aku nak bercakap tentang kelebihan perniagaan online. Sebab kalau kita tengok, perniagaan online ni terlalu banyak walaupun ramai yang pernah kena tipu dengan peniaga-peniaga online ni. Tapi permintaannya makin bertambah dari semasa ke semasa.

Business Online ni selalunya orang yang tidak mempunyai modal yang banyak untuk memulakan business. Sebabnya :-

1- Tak perlu sewa kedai. Hanya dengan duduk di rumah dan mempunyai line internet, sudah boleh buat marketing. Medium yang selalu orang gunakan adalah Facebook dan juga Instagram.

2- Pekerja pun tak perlu digaji. Kita sendiri boleh buat marketing, hantar barang kat customer, dan juga cari stock. Semuanya dihujung jari. Tak perlu tenaga kerja yang banyak untuk buat business online.

3- Pasaran untuk business online ni sangat besar. Sebab seluruh dunia menggunakan medium ini untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain. Berniaga secara offline, masyarakat disekeliling kita saja la yang tau.


Kalau nak buat business online dan offline pun lagi bagus. Jika customer dari jauh berminat untuk membeli barangan anda, so boleh la diposkan. Tak perlu datang kedai. 2 in 1 punya concept. ^^ Yang dekat kita conquer, yang jauh pun kita conquer. Bukan nak suruh tamak ka apa. Peluang cuma datang sekali ja. Kalau kita tak grab, orang lain yang akan grab.

Thursday, 9 April 2015

Menjana Hobi Menghasilkan Pulangan

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai hobi tertentu. Sebenarnya ramai ahli perniagaan yang berjaya kerana memulakan perniagaan dengan suka-suka pada peringkat awal. Ia bermula dengan melakukan perkara yang diminati dan lama-kelamaan membuahkan hasil. Ini adalah realiti. Apabila kita melakukan perkara yang bermanfaat kepada orang ramai, seperti berkongsi ilmu memasak, akhirnya ia menjana pulangan yang besar kepada beliau.

Walaubagaimanapun, perniagaan bukan melakukan perkara yang kita suka semata-mata. Terdapat golongan yang membuat perkara yang diminati tetapi apabila dikomersialkan, ia tidak menghasilkan pulangan lumayan. Oleh itu, penting untuk kita memastikan hobi itu dapat menjana pulangan dengan cara yang betul. Sekiranya kita bijak dalam promosi, ia pasti menjadi.


Selalunya, sekiranya perkara yang baik, ia mudak tersebar. Apabila kemudahan internet digunakan untuk tujuan komunikasi, ia menambah peluang untuk kita menyebarkan produk, serta apa jua bahan yang mahu dipasarkan. Memang tidak dinafikan, terdapat banyak persaingan. Walau bagaimanapun, sekiranya kita dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik, ia pasti menjadi pilihan pelanggan.

Sunday, 7 September 2014

Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit

Assalamualaikum

"Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit"
Aku rasa slogan tu ramai dah tau kot. Aku pun dah terikut-ikut dah dengan diaorang ni. Haish

Apa yang aku nak bagitau kat sini adalah, aku ada ternampak iklan Kotex ni dok bermain-main kat sebelah tu. Nuffnang punya kerja la ni. Dia tau aku tengah bosan.


Kotex ada buat peraduan. Hadiah dia sangat lumayan.

3 X Baucar pelancongan
30 X RM100

Klik SINI untuk join

Sapa tak mau kan. So, apa tunggu lagi. Kalau ternampak iklan tu dok bermain-main kat sebelah tu, boleh la klik untuk tengok cara-cara penyertaan ^^

Perniagaan Di Rumah Tanpa Modal

Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengok ramai yang nak buat business tapi tak ada modal. Including me myself. Betul tak apa yang aku cakap.

Nak tau salah satu benda yang korang boleh buat tanpa keluarkan satu sen modal cuma korang hanya perlu keluarkan tenaga sahaja. Tapi benda ni anda perlu la keluarkan duit untuk bayar bil elektrik dan juga internet. Topup jugak. 

Cookies Galleta

Assalamualaikum


Pernah dengar tentang Cookies Galleta tak?

KLIK SINI

Kalau belum ini sedikit maklumat tentang jenama Galleta:

Tuesday, 26 August 2014

Sayang Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum

Entry kali ni bukan entry cintan cintun ok. Walaupun tajuk entry dah bersayang sayang bagai. Hee. Kali ni aku just nak tanya korang, pernah tak jadi cenggini (tengok gambar di bawah)


Nah, screenshot sebuah blog yang aku buka menggunakan handphone aku.

Apa yang korang nampak? Ada nampak entry dia tak? Tajuk entry pun setengah ja boleh baca. Yang penuh page adalah iklan, iklan dan iklan. Perghh, ini blog iklan ke?

Maybe kalau baca menggunakan laptop, boleh ja baca. Tapi apabila menggunakan handphone yang screennya tak berapa nak besar, jadi macam ni lah. TAK BOLEH NAK BACA PUN!

Ouh ya, kalau perasan kat iklan tu, tak ada pun button "X" or "close" yang boleh tekan untuk tutup iklan tu. Buat sakit hati ja.

Susah-susah je perah otak buat entry mantop-mantop, tup tup orang tak boleh nak baca. Kalau macam ni, baik, tak payah tulis entry. Tulis je tajuk yang kontroversi sikit, then ping kat Facebook. Jangan lupa letak link iklan banyak-banyak, sampai penuh page. Ada yang bermurah hati, akan klik la iklan awak tu. Kalau yang tak bermurah hati, terus tutup ja blog awak.

Awak boleh menjana income dari situ. Tapi orang lain dapat penat tekan blog awak ja la. Tak ada benda yang bermanfaat pun.

Kiranya macam awak duduk kat tepi jalan, minta sedekah. Just like that. Paling tidak pun, awak menyanyi ke apa sikit, ok la kan. At least ada la titik peluh awak untuk dapatkan duit.

Ouh ya, maybe awak dah mengeluarkan peluh kot untuk meletakkan iklan-iklan di blog awak. Saya tau, susah nak main coding tu. Betul kan =_="

Tak pe lah awak. Buat sakit hati saya ja masuk blog awak tu.

Bukan seorang dua yang buat macam ni. Ramai lagi kot. Aku punya la excited nak baca entry sebab bila baca tajuk dia dah gempak sangat. Tetiba tak boleh baca. Terus hilang abes mood.


p/s : Wahai blogger, tolong la jangan letak banyak sangat iklan. Nak letak banyak tu boleh. Tapi letak la sama button "close". Tapi kan, agak-agak la jugak nak letak iklan. Jangan sampai tak nampak ru[a blog sudah. Jangan jadikan iklan anda sebagai wallpaper blog anda ya =)

Monday, 25 August 2014

Business Card Murah Part 2 : New Design

Assalamualaikum

Nah, ni design lain daripada yang Business Card Part 1












PRICE :-

1 SIDED ONLY

2 BOXES = RM60
3 BOXES = RM78
5 BOXES = RM102
10 BOXES = RM150




2 SIDED

2 BOXES = RM66
3 BOXES = RM84
5 BOXES = RM108
10 BOXES = RM165

**postage FREE

BERMINAT?

SMS/ Whatsapp 0123014118

Wednesday, 20 August 2014

Business Card MURAH

Assalamualaikum

Sejak bila pulak la CikSiti kita ni pandai buat business card bagai ni? ;)
Mesti korang tertanya-tanya kan. Meh nak jawab, sejak ada peluang. Takkan nak lepaskan peluang pergi begitu saja kan. Hee

Ok, di sini aku nak promote design-design Business Card yang korang boleh pilih. Ni baru 30 design. Ada lagi akan datang. InsyaAllah.

Jom kita tengok dulu design-design dia. Satgi aku bagitau price dia, OK?

ANTARA DESIGN-DESIGN BUSINESS CARD YANG KORANG BOLEH PILIH.

BOLEH TULIS APA YANG KORANG NAK

(tapi agak-agak la pun nak tulis. Jangan la pulak tulis macam surat cinta panjang berjela nak dimuatkan kat dalam business card ni)































PRICE :-

1 SIDED ONLY

2 BOXES = RM60
3 BOXES = RM78
5 BOXES = RM102
10 BOXES = RM150




2 SIDED

2 BOXES = RM66
3 BOXES = RM84
5 BOXES = RM108
10 BOXES = RM165

**postage FREE


ANDA BERMINAT?
Nak buat Tempahan?

DO PM ME HERE
OR
JUST SMS/WHATSAPP AT THIS NUMBER 0123014118

Elance : Job dari rumah

Assalamualaikum

Bila entry aku "Sedang mencari job dari rumah" dah di update, ada yang cakap diaorang pun sama jugak. Tengah mencari job. Nak bekerja di rumah. Eh, sama pulak kita. Hee

Kepada +siti zawiah  dan +TunSha Ayunie , cuba korang try sign up kat Elance ni. Sign uo dia free je kot. Tak perlu nak bayar-bayar yuran pendaftaran bagai. Dah macam nak masuk University pulak nak kena bayar yuran. Tapi kalau korang nak banyak kelebihan, ada ja membership dia yang bayar bulan-bulan. Tapi aku rasa just sign up as basic membership sudah. Itu pun aku rasa dah mencukupi.

Banyak job kot yang korang boleh try. Such as Data Entry (tapi yang ni aku rasa kena jadi member yang bayar bulan-bulan tu). Yang aku dah apply adalah translate English to Malay. Apply ja baru. Belum di approve kan lagi. Tengok la nanti esok lusa kot-kot di approve.

Nanti kalau aku ada apa-apa update pasal Job Di Rumah ni, aku akan inform kat korang ye. Sharing is caring what. But certain things cannot be shared la kan. ^^

Tuesday, 19 August 2014

Aku nak cari job dari rumah

Assalamualaikum

Entry kali ni berbunyi macam desperate sikit. Kot-kot korang yang terbaca ni ada kenalan yang nak pakai orang bekerja sebagai DATA ENTRY yang hanya buat kerja kat rumah ja.

Setakat ni aku cari semua daftar kena keluarkan duit. Yang Job Di Rumah tu pun kena bayar duit dulu. Takut kot nak bagi duit RM50 tetiba kena tipu, naiya ja nanti.

Ataupun korang ada kenal sapa-sapa yang nak cari orang buat kerja secara online di rumah. Kenapa aku prefer kerja online di rumah? Sebabnya, aku tak boleh kerja di luar rumah. Mak aku tak bagi. Sebab aku nak kena jadi driver untuk adik aku ke sekolah. Jaga rumah lagi. Ini aku buat secara percuma. Bukan dapat gaji pun. So bila masa terluang macam sekarang ni, aku boleh la buat kerja-kerja online. Itu pun kalau ada orang nak bagi la.

If ada, please SMS/Whatsapp at this number 0123014118 (Siti)

Wednesday, 25 June 2014

Ramainya Berbusiness

Assalamualaikum

well actually I'm so surprise...ramai kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej buat business sendiri....lari bidang wehhhhh... "kata dulang paku serpih, kata orang, aku pun sama jugak la"

Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.
Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
 
tapi sayangnya, masih ramai lagi cakap berniaga ni susah...berniaga ni banyak risiko.....mereka silap...yes, memang susah...memang banyak risiko...tapi dari situlah kita belajar segalanya...belajar bersabar...belajar berusaha, belajar macam2 lagi lah....
 p/s : Jom baca tentang Tips Memulakan Perniagaan

Monday, 16 June 2014

Michael Kors Inspired Handbag

Assalamualaikum

anyone interested with these handbags? nak melaram masa raya nanti pun boleh....








well2....ni baru sikit punya collection....jom tengok kat SINI, ada banyak colour, banyak design lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...