Showing posts with label blogger baru. Show all posts
Showing posts with label blogger baru. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

Sayang Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum

Entry kali ni bukan entry cintan cintun ok. Walaupun tajuk entry dah bersayang sayang bagai. Hee. Kali ni aku just nak tanya korang, pernah tak jadi cenggini (tengok gambar di bawah)


Nah, screenshot sebuah blog yang aku buka menggunakan handphone aku.

Apa yang korang nampak? Ada nampak entry dia tak? Tajuk entry pun setengah ja boleh baca. Yang penuh page adalah iklan, iklan dan iklan. Perghh, ini blog iklan ke?

Maybe kalau baca menggunakan laptop, boleh ja baca. Tapi apabila menggunakan handphone yang screennya tak berapa nak besar, jadi macam ni lah. TAK BOLEH NAK BACA PUN!

Ouh ya, kalau perasan kat iklan tu, tak ada pun button "X" or "close" yang boleh tekan untuk tutup iklan tu. Buat sakit hati ja.

Susah-susah je perah otak buat entry mantop-mantop, tup tup orang tak boleh nak baca. Kalau macam ni, baik, tak payah tulis entry. Tulis je tajuk yang kontroversi sikit, then ping kat Facebook. Jangan lupa letak link iklan banyak-banyak, sampai penuh page. Ada yang bermurah hati, akan klik la iklan awak tu. Kalau yang tak bermurah hati, terus tutup ja blog awak.

Awak boleh menjana income dari situ. Tapi orang lain dapat penat tekan blog awak ja la. Tak ada benda yang bermanfaat pun.

Kiranya macam awak duduk kat tepi jalan, minta sedekah. Just like that. Paling tidak pun, awak menyanyi ke apa sikit, ok la kan. At least ada la titik peluh awak untuk dapatkan duit.

Ouh ya, maybe awak dah mengeluarkan peluh kot untuk meletakkan iklan-iklan di blog awak. Saya tau, susah nak main coding tu. Betul kan =_="

Tak pe lah awak. Buat sakit hati saya ja masuk blog awak tu.

Bukan seorang dua yang buat macam ni. Ramai lagi kot. Aku punya la excited nak baca entry sebab bila baca tajuk dia dah gempak sangat. Tetiba tak boleh baca. Terus hilang abes mood.


p/s : Wahai blogger, tolong la jangan letak banyak sangat iklan. Nak letak banyak tu boleh. Tapi letak la sama button "close". Tapi kan, agak-agak la jugak nak letak iklan. Jangan sampai tak nampak ru[a blog sudah. Jangan jadikan iklan anda sebagai wallpaper blog anda ya =)

Friday, 4 July 2014

Tips Tingkatkan Pageviews : Ping Entry

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai aku tengok blogger-blogger baru yang makin banyak....pageviews diaorang pun aku tengok, banyak daripada aku...walaweyhh...

ouh, by the way bagi blogger-blogger yang nak tingkatkan pageviews macam aku ni, korang bolehlah ping korang punya entry kat Facebook, Twitter dan lain-lain tempat...sebagai contoh :-





setakat ni Alhamdulillah la, banyak traffik dari Ping Busuk....lepas ni harap boleh la dapat traffik dari tempat2 lain pulak....

p/s : nak banyak pageviews, kena la ringankan tangan ping entry sana sini....kalau asyik diam ja, macam mana orang nak tahu pasal entry kita tu....=) 

SELAMAT MENCUBA

Sunday, 3 March 2013

Bloglist cik siti sepanjang hayat!

assalamualaikum...

hye uolls, tengah buat apa tu? dan kenapakah terasa gedik pulak buat intro hari ni? haish la cik siti oii....sempena tarikh 3.3.13 ni, aku nak letakkan korang punya link blog dekat bloglist aku...dan bloglist tuu sampai bila2...tak da tarikh luput ye....

nak join?

ikut step2 ni....

1- follow cik siti and like fanpage cik siti
2- klik INI, INI, INI ,INI, INI, INI
3- buat entry bertajuk "Bloglist Cik Siti Sepanjang Hayat"...tak perlu letak gambar...just perlu letak link entry ini dalam entry anda....
4- letak link entry anda kat ruangan comment di bawah
5- done!

Thursday, 1 November 2012

#3 blog review

assalamualaikum.....

blog yang ketiga ni.....
blog dia sangat2 simple.....dia ada 2 blog.....ala...as usual,,,macam korang jugak....satu blog untuk berceloteh panjang lebar....dan satu lagi untuk join contest......

ni blog yang dia join contest....INI



dalam entry terbaru dia, dia sedang mencari bilik sewa......so korang yang ada info pasal bilik untuk disewa, sila bantu la dia.....korang boleh jenguk dia di SINI




pssstttt...aku ada buat promotion untuk bulan November.....FREE trial version untuk letak iklan korang di blog aku...berminat??? klik SINI

Monday, 27 August 2012

ciri-ciri blog yang aku suka

assalamualaikum...

berdasarkan tajuk di atas...adalah ini dimaklumkan bahawa cik siti ni agak cerewet sikit.....
errr, macam mengada ngada plak nak ada ciri-ciri blog yang disukai bagai......

tapi sesungguhnya, saja gedik aku nak share ngan korang....(bajet macam blogger famous gi tuu boleh pilih blog mana untuk di kunjungi)

blah la cik siti oii......


antara ciri-cirinya adalah.....

1 - entry yang panjangnya hanyalah sekangkang kera....cik siti tak suka sangat baca entry yang panjang lebar sampai mengambil masa 1 jam untuk menghabiskan membaca satu entry....hal ini adalah kerana, cik siti akan membuka sampai 10 tab sekali gus untuk berblogwalking dan membaca entry2 korang..cuba bayangkan, kalau kesemua 10 blogger tuu buat entry yang panjangnya 1 jam untuk dibaca, kiranya cik siti mengambil masa selama 10 jam untuk menghabiskan ke semua entry2 itu....cik siti bukan hanya follow saja without any comment ataupun hanya meninggalkan jejak di shoutbox yang bagitau cik siti singgah....yang macam kebanyakkan blogger2 malas selalu buat...

2 - kalau nak buat jugak entry satu jam tuu....sila la BOLD kan, atau bagi saiz ayat2 atau perkataan yang penting tuu menjadi BESAR....boleh kan?? supaya senang la kepada pembaca lain.....ataupun pembaca yang malas seperti aku ni.....kiranya keyword2 penting ja korang highlight kan....


3 - selesai ja baca entry...mesti la aku nak comment....bila nak comment and then publish comment tuu, tetiba keluar word verification....tuu mmg spoiled mood sungguh.....tak tau la berapa kali aku nak bagitau....sila jangan tanda tick kat word verification tuuuuuu.....kat SINI pn aku ada bagitau macam mana nak buang word verification tuu....


itu saja kot aku nak bagitau...hahaa....
ni pendapat aku la.....kalau korang ada pendapat korang yang tersendiri, jom la share2...
kot2 aku boleh perbetulkan cara penulisan aku ni ka....

sharing is caring...but never share ur husband with someone else...hehe


Wednesday, 19 January 2011

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru..

assalamualaikum.....dan salam sejahtera...

ha, nak tau tak apa benda yang aku join ni...jom kita klik2 sni...
kenapa aku join benda nii??
1. sebab follower aku 80....
2. aku nak la ada orang baca entry2 aku tuuu...
3. then diaorang boleh2 la bagi pendapat ataupun komen yang memberangsangkan....
4. aku ni suka berkawan.....kat dunia realiti ataupun dunia maya macam blog ni....

aku tag member2 aku yang ada follower kurang dari 300...

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...