Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

Sayang Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum

Entry kali ni bukan entry cintan cintun ok. Walaupun tajuk entry dah bersayang sayang bagai. Hee. Kali ni aku just nak tanya korang, pernah tak jadi cenggini (tengok gambar di bawah)


Nah, screenshot sebuah blog yang aku buka menggunakan handphone aku.

Apa yang korang nampak? Ada nampak entry dia tak? Tajuk entry pun setengah ja boleh baca. Yang penuh page adalah iklan, iklan dan iklan. Perghh, ini blog iklan ke?

Maybe kalau baca menggunakan laptop, boleh ja baca. Tapi apabila menggunakan handphone yang screennya tak berapa nak besar, jadi macam ni lah. TAK BOLEH NAK BACA PUN!

Ouh ya, kalau perasan kat iklan tu, tak ada pun button "X" or "close" yang boleh tekan untuk tutup iklan tu. Buat sakit hati ja.

Susah-susah je perah otak buat entry mantop-mantop, tup tup orang tak boleh nak baca. Kalau macam ni, baik, tak payah tulis entry. Tulis je tajuk yang kontroversi sikit, then ping kat Facebook. Jangan lupa letak link iklan banyak-banyak, sampai penuh page. Ada yang bermurah hati, akan klik la iklan awak tu. Kalau yang tak bermurah hati, terus tutup ja blog awak.

Awak boleh menjana income dari situ. Tapi orang lain dapat penat tekan blog awak ja la. Tak ada benda yang bermanfaat pun.

Kiranya macam awak duduk kat tepi jalan, minta sedekah. Just like that. Paling tidak pun, awak menyanyi ke apa sikit, ok la kan. At least ada la titik peluh awak untuk dapatkan duit.

Ouh ya, maybe awak dah mengeluarkan peluh kot untuk meletakkan iklan-iklan di blog awak. Saya tau, susah nak main coding tu. Betul kan =_="

Tak pe lah awak. Buat sakit hati saya ja masuk blog awak tu.

Bukan seorang dua yang buat macam ni. Ramai lagi kot. Aku punya la excited nak baca entry sebab bila baca tajuk dia dah gempak sangat. Tetiba tak boleh baca. Terus hilang abes mood.


p/s : Wahai blogger, tolong la jangan letak banyak sangat iklan. Nak letak banyak tu boleh. Tapi letak la sama button "close". Tapi kan, agak-agak la jugak nak letak iklan. Jangan sampai tak nampak ru[a blog sudah. Jangan jadikan iklan anda sebagai wallpaper blog anda ya =)

Friday, 4 July 2014

Tips Tingkatkan Pageviews : Ping Entry

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai aku tengok blogger-blogger baru yang makin banyak....pageviews diaorang pun aku tengok, banyak daripada aku...walaweyhh...

ouh, by the way bagi blogger-blogger yang nak tingkatkan pageviews macam aku ni, korang bolehlah ping korang punya entry kat Facebook, Twitter dan lain-lain tempat...sebagai contoh :-





setakat ni Alhamdulillah la, banyak traffik dari Ping Busuk....lepas ni harap boleh la dapat traffik dari tempat2 lain pulak....

p/s : nak banyak pageviews, kena la ringankan tangan ping entry sana sini....kalau asyik diam ja, macam mana orang nak tahu pasal entry kita tu....=) 

SELAMAT MENCUBA

Thursday, 26 June 2014

Ada Masalah Lagi

Assalamualaikum

wahai blogger-blogger yang tau pasal benda ni...nak minta tolong sikit....ada problem dengan Google Plus comment ni....


korang ce pegi kat entry INI then pegi kat bahagian comment...ada "1 comments"...tapi tak ada pun kat situ...padahal sebelum aku buka entry tu, aku dah publish comment +Khamsi Abdullah ...tapi bila nak reply, tak dak pulak comment tu...hanya ada number of comment ja....

ada sesapa boleh tolong tak? huhuhu

Monday, 16 June 2014

Blogger Template SEO friendly

Assalamualaikum

dalam masa 24 jam ni, kalau korang perasan..kalau korang perasan la kan..maybe korang tak perasan...sebab korang tak stalk pun aku punya blog.....tapi aku nak cerita jugak la....dalam masa 24 jam ni, lebih kurang 10 kali aku tukar template blog.... =_="

ini semua nak SEO friendly kononnya....haish...daripada satu web site ke satu web site aku cari blogger template yang SEO friendly....kebanyakkanya semua aku dah try....tapi alamatnya semua tak owner friendly....

template dah cantik..tapi bila nak edit letak HTML, payah pulak nak lekat....nak tukar itu ini bagai....haish...memang remeh betul kerjanya....

last2 aku buat sendiri pakai blogger template yang dah disediakan...buat sesimple yang boleh....nak letak itu ini ikut suka kita...senang kerja...tak banyak sangat main dengan HTML....


kalau korang nak try guna SEO friendly blogger template, try la search kat google....try la rasa macam mana susah nya baca HTML yang ntah apa2 tu.....kalau korang pandai baca bahasa komputer tak pa la...kalau orang macam aku ni..memang tak pandai baca bahasa komputer...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...