assalamualaikum.....
aku ni memang ada masalah angin....seriously, banyak sangat angin dalam badan ni....dah la banyak angin, susah plak tu nak keluar......
hari tu masa jumpa dengan bakal mak mertua, perut buat hal...angin masuk banyak kot....sampai terbongkok bongkok la bila jalan....malu kot....tapi nasib baik bakal mak mertua memahami...heee....dia suruh anak dia (encik belalang) pergi beli air suam tambah halia...no sugar ok.....tu first time kot minum air halia pure punya....air dengan halia sahaja...tak ada tambah benda lain....minum depan bakal mak mertua...memang la kena control....dalam tekak ni, hanya orang yang pernah rasa ja leh tau......nasib baik, habis jugak aku minum.....
KHASIAT HALIA
- melegakan rasa loya
- masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah.
- Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut.
- Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
- Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.
- halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.
- Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.
- Mengubati selesema dan asma. Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.
- Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol. Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.
- Mengubat batuk. Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.
- Menghilangkan bau mulut. Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang
p/s : da seminggu aku amalkan minum air halia ni.....sistem pencernaan da ok....angin pun da kurang sikit dalam badan ni.....n kalau korang nak tau, kalau air halia ni campur dengan air limau nipis...rasa dia macam 7up...perghhhhh....tak payah dah beli air berkarbonate...boleh buat sendiri kot...healthy lagi....
.
.
No comments:
Post a Comment