Showing posts with label did u know?. Show all posts
Showing posts with label did u know?. Show all posts

Sunday, 16 November 2014

Fact Of The Day #4

Assalamualaikum


#factoftheday #facts

Thursday, 28 August 2014

I cant believe I did that

Assalamualaikum

Korang pernah tak buat benda yang korang tak sangka pun korang buat?
Aku, pernah. Jom meh sini baca aku nak senaraikan benda-benda yang "I can't believe I did that"

1- Masa umur aku 6 tahun, aku bergadoh dengan budak lelaki kat tadika aku. Tak tau apa motif aku bergadoh. Kemungkinan aku moody kot masa tu. Cehh, kecik-kecik pun dah moody. Aku try cari balik member aku tuh. Tapi tak jumpa pun dalam Facebook. Nama dia aku ingat. Muka dia pun aku ingat sampai sekarang. Tadika Kemas, Sungai Nibong, Pulau Pinang (if I'm not mistaken la). Tahun 1997. Sorry la, aku nak buat jejak kasih jap dengan kawan-kawan lama aku dulu. Aku pindah mai Kedah tahun 1998, so memang totally lost contact la dengan semua member-member kat Penang

2- Masa aku darjah 2, aku kena gastric yang sangat teruk. Boleh dikatakan 2 bulan sekali akan sakit. Tapi ada satu hari tu, memang aku dah hampir kena admit kat hospital dah. Ingat lagi ada seorang doktor tu tanya, masa tu kat wad kecemasan "sakit lagi tak?" aku pun jawab dengan selamber bewak nya, "TAK SAKIT DAH". Then dia bagi aku balik. Dia cakap, kalau sakit lagi kena admit. Padahal aku masa tu sakit lagi. Tak mau kena admit punya pasal, so TIPU la doktor tu. hehe

3- Tingkatan 3, lepas habis PMR. Aku ada bagi surat cinta kat budak lelaki yang aku suka dari darjah 4. Orang cakap cinta pandang pertama la kononnya. DAMN! malu siot bila sekarang jumpa dia. Cinta tak berbalas. Fuhhh. Malu-malu


4- Tingkatan 4, aku berhenti dari MRSM Taiping setelah 4 bulan belajar kat sana. Homesick punya pasal. By the way, sekarang pun masih homesick lagi kalau balik hostel. Tapi Alhamdulillah, dapat dikawal.



Itu ja kot benda yang "I can't believe I did that". Yang lain tu maybe ada, tapi yang tersenarai di atas tu la yang aku ingat sampai sekarang. ^^

Wednesday, 25 June 2014

Peringatan : Bahaya Air Tebu

Assalamualaikum

just got this from my sister kat whatsapp...

sapa penggemar air tebu kat sini??? mestilah aku...hee...tapi bila baca ni, terus berkali kali pikir nak minum lagi ke tak air tebu ni...huhu
 tipu la sapa yang tak terliur tengok air tebu kat atas ni...



lazimnya penjual air tebu akan meninggalkan batang-batang tebu yang belum dikisar tanpa mengira kebersihannya di samping membiarkan berlonggokkan di sudut-sudut tepi pagar, tepi longkang, atau di atas tanah..tindakan peniaga-peniaga ini mengundang kehadiran tikus-tikus dan juga haiwan-haiwan perosak yang boleh membawa pelbagai penyakit...

sedarkah tuan-tuan dan puan-puan bahawa tikus adalah ejen pembawa penyakit LEPTOSPIROSIS (kencing tikus) yang boleh membunuh...ramai yang telah jatuh sakit dan maut akibat gejala penyakit ini...

justeru, berhati-hatilah tuan-tuan dan puan-puan...

inilah orang cakap...benda remeh-temeh diambil mudah oleh sesetengah pihak....orang yang nak beli ni bukan nak ingat apa dah....tekak kering...nampak air tebu ais plak tuu....main beli ja....tak tengok macam mana diaorang proses...kat mana diaorang letak batang-batang tebu tuu....
so, keep on sharing this k...make it habit....siasat dulu macam mana diaorang proses sesuatu, tambah2 makanan...jangan main hentam beli ja...

Friday, 13 June 2014

Did You Know? USB Universal Charger

Assalamualaikum

Pernah dengar pasal USB Universal Charger? atau orang kat sini panggil charger katak....nama ja charger katak...tapi bukan untuk charge katak pun..huhu

dia untuk charge battery fon, camera or apa2 ja la...kiranya multipurpose charger....


yang ni tempat kepit bateri untuk di charge...huhu....korang boleh terngok cara menggunakan benda ni kat youtube...kepit bateri, letak dia punga plat positive and negative kat besi dalam tu then kepit dia....pastu boleh la charge...benda ni advantage kat orang2 yang tak ada USB, hilang charger dan juga semua jenis bateri boleh guna benda ni...fon samsung ka, nokia ka, csl ka....apa2 ja la...asalkan ada plat positive and negatif, korang dah boleh charge fon..memang sesuai sangat dikala emergency..hee..korang kena keluarkan bateri fon korang dulu....baru boleh charge...kiranya direct charging la

ni pulak untuk sesapa yang ada USB...so dah disediakan USB port untuk korang charge....

p/s : aku baru tau ada charger cam ni....huhu


Monday, 9 June 2014

PDRM : Bantuan Jika Masukkan Nombor Pin Terbalik?

Assalamualaikum...

pernah dengar orang cakap, kalau berlaku emergency such as rompakkan or what so ever kat korang masa mengeluarkan duit kat mesin ATM, korang boleh tekan number pin korang dengan terbalik dan bantuan akan tiba...

PERNAH KAH ANDA DENGAR???

sebenarnya anda telah diperdaya


aku dulu dah set dah mind aku, kalau la kena rompak kat ATM terus masukkan number pin terbalik...hoho....

but now i know...semua itu hanyalah tipu belaka.....huhu

Wednesday, 22 January 2014

FAKTA: rahsia tidur celah ketiak suami

Assalamualaikum

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…
FAKTA…. Serius….
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

SUMBER

Sunday, 17 March 2013

SUBHANALLAH,ADA HUTAN DI BAWAH PADANG PASIR

assalamualaikum...

entry kali ni, cik siti just nak share dengan korang apa yang cik siti jumpa dekat Facebook tadi....




Dashyat sungguh ciptaan Allah S.W.T . Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Bayang kan di bawah tanah hutan yang penuh dalam kegelapan, adakah terdapat penduduk tanpa cahaya berbeza di luar, Mungkin ada penduduk sebab pohon-pohon di hutan bawah tanah ini subur seperti biasa di luar.
Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “tanah orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa…

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai.”

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]



SUBHANALLAH :')

Saturday, 23 February 2013

Kopi yang Termahal di dunia

assalamualaikum...

tadi aku tengok TV3 (ceh, tengok TV3 pun nak bagitau ka?)....aku bagitau sebab benda ni ada kena mengena dengan entry aku malam ni.....korang pernah tengok Unsung Places dekat TV3 tak? tadi ada siaran tuu...so aku tengok ja la.....

tadi punya episod, dia ada cerita pasal Luwak Coffee atau dikenali sebagai Kopi Musang (kopi yang termahal di dunia...harga dia mencecah €550 / US$700 per kilogram)....ce teka macam mana nama kopi ni boleh jadi nama Kopi Musang......confirm la korang tak dapat jawab....yang dapat jawab tuu, korang memang awesome....

jom aku cerita kat korang macam mana kopi ni boleh dapat nama.....

actually, musang jenis Paradoxurus hermaphroditus akan makan buah kopi...then buah kopi yang dimakan tuu akan diproses dalam perut.....and last product would be feces (sisa buangan).....makanya, dalam feces tersebut ada biji kopi....mekanisma pencernaan dalam perut musang tuu, boleh membuat rasa kopi tuu menjadi lain....ntah la rasa apa..huhu....

kopi luwak ni dihasilkan di Indonesia....

ni la musang tuu...jom bela musang ni, pastu tanam pokok kopi...then boleh dapat income....hehehhe

ni la sisa buangan musang tuu yang ada biji2 kopi....lepas tu, feces ni akan dikeringkan...then dibasuh dan di pecah-pecahkan.....pastu digoreng...ditumbuk...dan ditapis.....


p/s : walaupun selepas proses2 tuu dilakukan...aku still tak tau aku sanggup ke tidak untuk minum kopi luwak ni...huhu...korang pulak macam mana?

Friday, 18 January 2013

tarikh lahir berdasarkan kalendar Hijrah

assalamualaikum

korang tau tak bila korang dilahirkan?? mesti la tau kan kan kan.....

tapi, korang tau ka tarikh lahir korang dalam Kalendar Hijrah?? tau?????

apa gunanya ada google, tapi tak reti nak guna kan.....kalau unit untuk meter semua ada converter...takkan la untuk kalendar masihi nak tukar ke kalender Hijrah tak dak converter kot.....

so, now...aku nak memperkenalkan...converter masihi ke Hijrah.....





kalau kalender Masihi, aku lahir pada 23 September 1991.....

tapi, kalau kalender Hijrah pulak...aku lahir 14 Rabi Al-Awwal 1412......
so, kalau ikut kalendar Hijrah....lagi 8 hari birthday aku la....hehehe....

korang pulak macam mana? bila hari lahir korang dalam Kalendar Hijrah?

Sunday, 25 November 2012

8 tanda lelaki sedia berkahwin

assalamualaikum....


ni aku nak share 8 tanda lelaki sedia berkahwin......jom tengok...kot2 da boleh kahwin...hehehe


1 - melepak bukan lagi agenda
2 - kebanyakkan rakannya telah berkahwin
3 - kewangan yang stabil
4 - sedia berkongsi hidupnya
5 - setia di kala susah
6 - ingin kenali diri anda lebih mendalam
7 - tidak takut berkompromi (berkongsi pendapat antara satu sama lain)
8 - jujur dan tidak lagi berdalih


Saturday, 24 November 2012

Kebaikan Chocolate

assalamualaikum....

korang suka makan chocolate tak?????
4 pieces of chocolate cake will keep stess away....


do you know about chocolate FACTS?????

1- chocolate prevents BAD CHOLESTEROL.....

if u wanna noe.....in our body, there is bad and good cholesterol (jangan dok ingat asal cakap pasal cholesterol ja mesti tak baik untuk kesihatan...nehi2.....)


2- chocolate prevents AGING

sebab, chocolate ni adalah mempunyai antioxidants...


3- chocolate prevents from DEPRESSION

sebab chocolate ni mengandungi sejenis bahan iaitu "theobromine" yang akan menyebabkan release of endorphins (chemical produced by our brain).....dia adalah sebagai antidepressant...(tak payah da pi beli ubat antidepressant....makan ja chocolate ni)


4- chocolate cant cause ACNE

ni untuk yang makan pure chocolate la.....(aku sendiri pn tak tau apa itu pure chocolate.....adakah dark chocolate?)





Monday, 12 November 2012

moving hotel

assalamualaikum.....

korang tau tak ada hotel bergerak?? errr...bergerak macam mana??? ada kaki ka hotel tuu??
(agak2 la korang ni pun...ada pulak hotel yang ada kaki...haish)


ni la moving hotel...or nama dia yang sebenar adalah Rotel Tours...singkatan daripada rolling hotel.....
rotel ni, akan bawa korang pusing2 dunia....pergghhhh kan kan kan.....


maybe Rotel ni tak la se comfort Hotel yang korang selalu duduk tuu....tapi dia boleh bergerak...hotel yang selalu korang duduk tuu mana boleh bergerak....heheheh...=P

Friday, 2 November 2012

BR1M...apakah?

assalamualaikum.....

korang tau tak apa itu BR1M????

ok, bagi yang tak tau dunia semasa macam aku ni, jom la kita sama2 setadi (study) pasal BR1M ni....
(macam tak dak kerja ja aku nak study pasal BR1M ni....banyak lagi buku medik aku nak study)....

tak pa la....sekarang ni aku nak relax2 kejap.....heee...mood study pun tak sampai lagi....dia (mood study) pegi mana ntah sejak hari Isnin hari tuu....

now, study about BR1M....

1- what is BR1M?
BR1M adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia....as u all know, nowadays our government has made many things that end up with R1M which is dot dot dot Rakyat 1 Malaysia....such as KR1M = Kedai Rakyat 1 Malaysia...


2- who can get this BR1M??
RM500 for ketua rumah yang bergaji kasar RM3,000 ke bawah...
dan juga RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir tahun 1992 atau tahun sebelumnya) dengan gaji kasar RM2,000 sebulan.....

study basic2 saja....aku tak mau study lebih2...kalau korang nak tau, korang boleh klik link kat bawah ni...

more about BR1M...click HERE....

Saturday, 13 October 2012

jom check SEO score blog anda...

assalamualaikum....

aku pun baru ja tau benda ni...dari blogger INI.....

dan hasilnya....
--
--
woot woot....

korang nak try jugak???



lesung pipit adalah kecacatan!

assalamualaikum....

korang tau apa tuu lesung pipit????

bukan lesung batu mahupun burung pipit (pipit sama pipit enggang sama enggang) sama sekali bukan ok!!!

nampak tak lekuk kat pipi aku tuu??
tuu la lesung pipit....

bukan semua orang ada lesung pipit ni......hanya orang2 tertentu saja...hehehehhe....

kalau korang nak tau, lesung pipit ni adalah salah satu kecacatan yang orang cakap cantik......
lesung pipit ni terjadi bila muscle (otot) di pipi kita ni mengecut (contract)..selalunya terjadi bila kita bercakap ataupun senyum......nama muscle tuu adalah zygomaticus major....

ada satu lagi kecacatan yang orang cakap cantik.....korang pernah tengok orang yang dagu dia terbelah????
antara orang yang mempunyai dagu terbelah ni adalah Dato' Siti Nurhaliza....


korang ada lesung pipit?? or maybe ada yang dagu terbelah??? sesungguhnya korang mempunyai kecacatan yang cantik....^_^

p/s : jom la join contest cik siti...di SINI


Tuesday, 9 October 2012

jom teka =)

assalamualaikum....

petang cam ni aku saja la godek2 tengok gambar2 lama.....then terjumpa gambar ni.....


korang rasa ni benda apa?????

hint : makanan....

agak2 boleh jawab tak????

jom tengok link2 ni.....kot2 la berkenan di hati....=)

Pledge now to protect Malaysian women from breast cancer.




Thursday, 4 October 2012

kenapa bayi yang baru lahir WAJIB menangis?

assalamualaikum...

sebelum aku nak tido....ada benda aku nak berkongsi dengan korang....sebab aku tengok sekarang ni ramai yang dapat baby.....semalam saja aku perasan ada 3 orang daripada member FB aku dapat baby baru.....untung la korang.....


korang tau tak, baby ni bila keluar saja dari perut ibu, mesti dia akan menangis....kalau tak menangis doktor akan tepuk2 punggung dia supaya dia menangis.....

kenapa aku cakap baby yang baru lahir ni WAJIB menangis...bukannya kalau dia tak menangis dia akan berdosa..-_-"

tapi tuu sememangnya RUTIN HARIAN untuk baby baru saja keluar dari perut ibu.....


hal ini kerana.....

baby semasa di dalam perut ibu (in medical term panggil foetus life) dia punya paru-paru tidak berfungsi lagi....so dia tak bernafas..... then macam mana dia dapat oxygen?? ala, dari ibu dia la....

so disebabkan dia tak boleh bernafas lagi, maka dia punya jantung pun tak sama la macam kita2 yang da keluar dari perut ibu ni.....

in foetus life, diaorang ni ada foramen ovale....foramen bermaksud lubang...dan ovale tuu bentuk bujur......

ni la foramen ovale....ini membolehkan oxygenated blood (darah mengandungi oxygen) dari ibu pergi ke seluruh tubuh foetus (bayi yang belum lahir).....

selepas saja baby ni keluar dari perut ibu, dia akan menangis....dengan cara ini saja la foramen ovale ni akan tertutup disebabkan oleh tekanan yang kuat.....

that's why la doctor sedaya upaya akan membuat baby ni menangis...(bukannya mendera)....
and that's why la kalau kita tengok cerita bila baby dilahirkan...if let say baby tuu tak menangis, si ibu akan menangis sedih sebab baby dia da mati...huhu...


if let say baby yang dilahirkan ni foramen ovale dia tak tertutup dan diaorang survive....diaorang akan ada penyakit..namanya ialah atrial septal defect

Wednesday, 26 September 2012

filem x-ray dibuat kompang

assalamualaikum...

korang tau tak apa itu x-ray???

ni la x-ray....
ala, korang kalau nak masuk 'U' ke nak masuk sekolah asrama ka...mesti kena wat medical check up kan kan kan....salah satu nya, mesti la kena buat x-ray ni...huhuhu....


pernah dengar FILEM X-RAY DIBUAT KOMPANG?

aku ni pun baru tau minggu lepas yang ada orang buat kompang pakai x-ray...wow, hebat......

masa tuu pun puan emak tengok jugak....ni cerita kat berita tv berapa ntah....
pastu puan emak tanya la aku, macam mana diaorang boleh dapat filem x-ray ni untuk dibuat kompang? bukannya satu kompang....banyak la jugak aku tengok....sebab satu group tuu semua pakai kompang x-ray neyh......


yang menjadi persoalannya, dari mana datang nya filem x-ray ni??
adakah dicuri di hospital ataupun klinik?
ataupun ada orang yang sedekah kan filem x-ray ni??

sebab setahu aku la kan...filem x-ray ni mana boleh dapat dengan mudah macam tuu sekali....
sebab adik aku pernah buat medical check up (aku pun pernah k) tapi disebabkan dia lambat lagi nak masuk IPTA so, doktor tuu simpan dulu x-ray dia....diaorang akan bagi x-ray bila diperlukan saja...kalau tak, memang diaorang yang akan simpan.....if i'm not mistaken la....huhu

so, macam mana dia senang2 ja ambil x-ray tuu buat kompang?
kot2 la sapa tau...boleh la jawab....maybe dia ada lesen untuk mengambil x-ray tersebut....mana la aku nak tau kan kan kan....sebab wartawan tv tuu pun tak bagitau penonton dari mana datangnya x-ray tuu....


p/s : kalau nak buat berita tuu, buat la elok2...cerita dari a sampai z.....jangan main skip2....haish...kan da jadi persoalan.....satgi ada la orang dok buat andaian sendiri (macam aku ni)...hahhaha

Sunday, 23 September 2012

all about my mom's tapai

assalamualaikum....

do u know what is tapai?? tapai la bukan tapir.....
tapai is a fermented 'pulut'...budget nak skipping omputih konon cik siti.....

tipu la kalau tak tau tapai tuu apa.....sila google ye apa itu tapai....

orang cakap nak buat tapai ni banyak sangat pantang larang....

antaranya ialah, orang lain tak boleh tau yang kita ni nak buat tapai....bila da buat tuu, kena simpan dalam masa sekurang kurang nya satu hari...tak leh ngan ngendap2...usha pun tak leh.....kalau orang perempuan yang datang bulan pun tak leh nak buat tapai ni...kang jadi kaler merah.....

aku pun tak tau la apa benda ni betul or tak...huhu...tak expert....


minggu lepas puan emak ada buat tapai.....
tapi sebelum boleh dimakan tapai tuu, memang banyak dugaan jugak la aku tengok...tak pasal2 puan emak berjaga sampai pukul 12 tengah malam dengan harapan tak nak orang tanya dia dok buat apa...alih2 aku dengan adik aku turun bawah (umah aku 2 tingkat)....pastu ternampak dulang besar di atas meja makan...ingatkan mak aku nak buat roti canai...bila tanya, dia tak jawab....tapi dok tersenyum senyum...nasib baik aku da boleh agak.....

bila turn adik aku pulak turun bawah, dia pun tanya benda yang sama...mak aku pun tersenyum senyum ja....adik aku ni lembab sikit....dok tanya banyak2 kali....tuu pun dia tak dapat nak tangkap lagi...haiya....

aku tak sempat tengok la hasilnya sebab aku da balik hostel...then jumaat hari tuu aku balik, dapat tengok la....menjadi jugak akhirnya....hahahaha....

aku ni memang tak pernah makan tapai...dan tak akan makan tapai.....tapi semalam kena paksa makan sebab tuu tapai mak aku yang buat....mau tak mau, kena makan jugak la....seriously aku tak dapat tahan kot rasa dia....memang lepas makan semulut, terus aku minum air satu cawan...huhu...apa boleh buat, tak kena dengan lidah aku...huhu

yang aku tau...family aku ni hantu tapai (suka tapai)....except me...huhu...da memang aku cerewet nak buat cam mana...apa2 pun solute to my mom sebab berjaya buat tapai...bukan calang2 orang yang boleh buat tapai ni.....


Tuesday, 18 September 2012

orang gaji bukan hamba abdi

assalamualaikum....

korang ada maid (orang gaji) ?
aku ada....eh silap...parents aku ada orang gaji....

dah namanya pun orang gaji....kita beri gaji kat dia untuk MENOLONG memudahkan kerja kita....
bukan untuk menyeksa dia....

paham dak?

you should know la what they want....because u also kerja bawah orang kot (itu pun kepada sesiapa yang kerja bawah orang la...yang kerja sendiri tuu lain cerita ok)

if let say, korang bagi maid korang tido kat living room sebab tak nak bagi satu bilik untuk maid awok tuu....agak2 dia suka tak? kalau korang cakap, "tak kesah la...dia tuu orang gaji ja pun"

then, think about this.....boss korang suruh korang duduk dekat parking lot untuk membuat kerja...sudah tentu korang tak selesa kan? then u will think that ur boss is too KEJAM!!!

sama la jugak dengan orang gaji ni...diaorang ni pun manusia gak...ada hati...ada perasaan.....
diaorang la yang memudahkan segala urusan kita...jika tidak ada diaorang ni memang hidup korang tunggang langgang la kan.....

bila korang layan diaorang tak berapa bagus....diaorang akan larikan diri....if that situation happen, PLEASE BLAME URSELF!!!!


family aku start hired maid since aku berumur 6 tahun (maybe 5 kot)....then, untill now (umur aku sekarang akan mencecah 21tahun next week) still hire maid...ce kira...da 15tahun kot family aku ada maid,....

dan maid kitaorang tuu akan bertukar2...bukannya sebab lari ke apa ke...sebab contract da luput maa.....ada la yang sambung contract.....

walaupun parents aku tak pernah bagi cuti hujung minggu macam orang2 lain buat....tapi, my parents still consider what should they give to the maid so that the maid will be comfortable with my family....if let say, ada orang tak nak bagi maid dia pakai handphone...sebab takut lari la...kawan dengan orang yang tak elok la...tapi, my parents tak....dia bagi pakai phone....dia pun bagi maid keluar kalau nak beli apa2 untuk personal needs.....tapi mesti kena dengan masa la......

my dad said....diaorang (maid) ni pun manusia jugak....diaorang bekerja....bukan diaorang nak jadi hamba....diaorang dibayar gaji untuk menolong kita ringan kan beban....so, tak boleh la nak layan diaorang macam hamba abdi korang pulak.....


TAPI, kalau la maid tuu tak buat kerja, jangan dipukul jangan didera.....just hantar dia balik, ataupun report kat agent diaorang la....abes cerita.....


p/s : aku bukan waganegara indonesia ya....aku berwarganegara MALAYSIA...satgi ada jugak yang kata aku dok bela orang indon...aku hanya menegakkan keadilan (chhheeewaaahhh)...hahahhaha...
apa salah ka aku tulis?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...