Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

Macam Mana Syurga dan Neraka Tercipta?

Assalamualaikum
 
Syurga atau الجنة dan neraka atau النار adalah termasuk makhluk yang awal diciptakan. Tentang kisah penciptaan syurga dan nera ka, Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لَمَّا خَلَقَ اللهُ الْجَنَّةَ وَ النَّارَ , أَرْسَلَ جِبْرِيْلَ إِلَى الْجَنَّةِ , فَقَالَ : اُنْظُرْ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لأَهْلِهَا فِيْهَا
“Ketika Alloh menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutus Jibril untuk melihat ke syurga, Alloh berfirman : “Lihatlah ke syurga dan lihatlah apa saja yang Aku telah sediakan untuk para calon penghuninya !”
قَالَ : فَجَاءَهَا فَنَظَرَ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعَدَّ اللهُ لأَهْلِهَا فِيْهَا
“Maka Jibril pun mendatangi syurga, kemudian melihat ke syur- ga dan kepada apa yang Alloh telah sediakan untuk para calon penghuninya.”
قال : فَرَجَعَ إِلَيْهِ , قَالَ : فَوَ عِزَّتِكَ لاَ يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلاَّ دَخَلَهَا
“Kemudian Jibril kembali kepada Alloh dan berkata : “Demi ke-perkasaan-Mu, tidak ada seorang pun yang mendengar tentang syurga kecuali dia pasti ingin memasukinya.”
فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ , فَقَالَ : اِرْجِعْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لأَهْلِهَا فِيْهَا
“Lalu Alloh memerintahkan agar syurga dikelilingi oleh hal-hal yang dibenci, kemudian Alloh berfirman kepada Jibril : : ”Kem- balilah ke syurga dan lihatlah serta lihat pula apa yang Aku telah sediakan bagi para calon penghuninya !”
قال : فَرَجَعَ إِلَيْهَا , فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ , فَرَجَعَ إِلَيْه فَقَالَ : فَوَ عِزَّتِكَ لَقَدْ خِفْتُ أَلاَّ يَدْخُلَهَا أَحَدٌ
“Maka Jibril pun kembali ke syurga, ketika itu syurga telah dike lilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai. Kemudian dia kembali kepada Alloh dan berkata : “Demi keperkasaan Mu, sungguh aku takut kalau tidak akan ada seorang pun yang mau memasukinya.”
قَالَ : اِذْهَبْ إِلَى النَّارِ فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لأَهْلِهَا فِيْهَا .
Alloh berfirman : “Pergilah ke neraka, lihatlah ke neraka dan ke-pada apa yang Aku telah persiapkan untuk para calon penghuni-nya !”
فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا , فَرَجَعَ إِلَيْهِ , فَقَالَ : فَوَ عِزَّتِكَ لاَ يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ فَيَدْخُلُهَا
“Maka dilihatnya neraka, sebagiannya menghantam sebagian yang lain. Lalu Jibril kembali dengan berita tersebut, dan berka- ta : ”Demi keperkasaan-Mu, tidaklah ada seorang pun yang men dengar tentang neraka kemudian ia berminat memasukinya.”
فَأَمَرَ بهَا , فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ , فَقَالَ : اِرْجِعْ إِلَيْهَا
“Kemudian Alloh memerintahkan agar neraka dikelilingi oleh hal-hal yang diingini oleh hawa nafsu, kemudian Alloh berfir-man : “Kembalilah ke neraka !”
فَرَجَعَ إِلَيْهَا , فَقَالَ : وَ عِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيْتُ أَلاَّ يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلاَّ دَخَلَهَا
“Jibril pun kembali ke neraka, lalu Jibril berkata : “Demi keper-kasaan-Mu, aku khawatir tidak akan ada yang selamat dari neraka, kecuali ia pasti memasukinya.”
( HHR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi )

 Yeah, di sini dah terang-terang menunjukkan, Syurga adalah sesuatu yang indah tetapi sukar untuk mendapatkannya. Manakala Neraka adalah sesuatu yang sangat mengerikan tetapi mudah sangat untuk masuk ke dalamnya

Keputusan ada di tangan kita, sama ada nak masuk Syurga atau nak dihumban ke dalam Neraka. 


Hikmah yang dapat kita petik dari kejadian ini di antaranya :
1. Pentingnya beriman dengan perkara yang ghaib, dan termasuk perkara yang ghaib yang wajib kita imani yaitu adanya syurga dengan segala kenikmatannya dan neraka dengan segala siksa dan deritanya.
2. Tercelanya sikap terburu-buru, dan termasuk sikap terburu-buru yang tercela, yaitu tidak sabar dengan janji pahala akhirat, dan lebih memilih kenikmatan duniawi yang fana.
3. Kebodohan yang banyak menjangkiti umat manusia iaitu ingin masuk syurga tetapi tidak pernah berupaya men- jadi ahli syurga, dan mereka juga tidak mau masuk nera-ka tetapi kelakuan mereka sehari-hari adalah kelakukan ahli neraka.

Wednesday, 16 July 2014

Perempuan maki hamun kerana kereta dilanggar

Assalamualaikum

Korang mesti dah tengok kan video yang menjadi viral di Facebook buat masa ini? Alah, video ni la

https://www.facebook.com/photo.php?v=827366383970988&set=vb.487696657937964&type=2&theater

click gambar untuk tengok video tersebut

so, what's your comment about that?
comment aku adalah :-

"hai la cik akak...bertudung litup cantik dah..tapi perangai macam tuttt ja...setakat calar sikit tu pun ko mintak sampai RM2K...at least pergi la buat polis report dulu...ni tak, ko pegi ketuk2 lagi kereta mamat tu...kang tak pasal2 dia saman ko RM2K sebab ketuk2 kereta dia..dah la video ni pun dah tersebar....malu oihh...."

aku dulu pernah la langgar orang. Tapi bukan langgar lari ye, langgar tak sedarkan diri ada la.
Ingat lagi entry aku yang INI?

Ni la gambar kereta aku masa accident hari tu.. Tahun 2011 kalau tak silap


nahhh...lagi teruk pada kereta ko la minah.

Accident ni berlaku aku rasa sebab salah aku sendiri. Apa yang aku ingat, sebelum accident adalah aku tersangat-sangat la mengantuk masa nak balik rumah. Aku dari kelas masa tu. Tetiba, sedar-sedar ja orang ramai dah keliling kereta aku. Yang peliknya aku langsung tak sedar masa pelanggaran tu berlaku (bayangkan lah macam mana aku tidur mati masa tu..nasib baik tak mati)

lepas sedar ja, aku jadi blurr, and nasib baik orang yang aku langgar tu tak maki hamun macam minah dalam video tu. Dah la aku langgar kereta dia sampai terbalik masuk longkang yang agak besar. Kereta aku berspusing 180 darjah (dari apa yang aku nampak lepas aku sedar). Sebab kereta aku masa aku sedar tu berada di tengah-tengah jalan dua hala dan ia mengadap ke arah bertentangan daripada arah yang aku memandu sebelum aku tak sedar.

Alhamdulillah, hanya muka bercalar dan lutut sebelah kiri luka sikit. Yang lain semua ok. Orang yang aku langgar pun tak cedera pun.

Aku tak trauma pun bawa kereta. Sebab masa accident tu aku tak sedar apa yang terjadi pun. LANGSUNG tak sedarkan diri. Tapi apa yang aku tau, aku accident masa hari Jumaat, tengah hari dan pada bulan puasa.

Sekarang ni dah hampir 3 tahun kejadian tu berlaku. Aku lebih berhati-hati sekarang. Kalau mengantuk ja, aku akan berhenti rehat walaupun kat tepi jalan. Dan aku memang sediakan gula-gula Mentos untuk mengunyah semasa memandu untuk jarak jauh. Ini masa bulan tak puasa ja la. Masa bulan puasa, aku elakkan memandu ke tempat-tempat yang agak jauh kecuali kalau memang memerlukan untuk aku memandu.

Monday, 14 July 2014

12 Healthy Tips During Ramadhan

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan kita yang akan memberi alasan GASTRIK untuk meninggalkan puasa. Ni nak bagi sedikit tips kalau korang tu mempunyai gastrik. Sahur jangan tinggal ye sayang. Sebolehnya 10-15 minit sebelum bilal melaungkan azan subuh. Melambatkan sahur dan meawalkan berbuka adalah sunat.

One more thing, tidur selepas sahur adalah langkah tidak bijak. Please avoid doing that. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati atau heartburn. Orang cakap lepas makan, terus tidur boleh membuatkan anda boroi. Lagipun tidur balik selepas Subuh, boleh menyebabkan pintu rezeki tertutup. So bangunlah awal pagi, sahur dan terus solat Subuh. Selesai Solat, cubalah kita mengaji sehelai dua muka surat al-Quran. =)

Di bawah ini ada 12 Tips yang korang boleh amalkan semasa Ramadhan. 


klik gambar untuk tumbesaran

bagi yang selalu mengalami Heartburn atau orang kita selalu panggil pedih ulu hati, korang boleh mengamalkan Gaviscon.

How do it work?

 Gaviscon bertindak sebagai penghalang asid di dalam perut merembes keluar kembali ke dalam esophagus yang boleh menyebabkan heartburn.

Apa yang menyebabkan asid di dalam perut boleh merembes keluar masuk kembali ke dalam esophagus?


1- Cara anda makan
* Makan makanan yang besar boleh menyebabkan perut anda untuk menghasilkan terlalu banyak asid, yang boleh membawa kepada asidosis. Secara fizikal 'overfilling' perut yang dapat mewujudkan tekanan dan menyebabkan refluks asid. Ini boleh membawa kepada pedih ulu hati dan senak.
    * Makan tidak teratur atau terlalu cepat boleh bermakna bahawa tahap asid dalam perut tidak mempunyai masa untuk mengawal selia.
     * Makan pada jangka masa atau sebelum tidur boleh membuat ia lebih mudah untuk asid untuk melarikan diri semula ke dalam esofagus (paip makanan)


2- Jenis makanan yang anda makan
* Makanan berlemak cenderung untuk tinggal di dalam perut anda untuk lebih lama kerana lemak adalah lebih perlahan untuk dihadam. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati dan senak.
    * Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan relaxant pada sfinkter membolehkan asid untuk melarikan diri kembali. Ini membawa kepada pedih ulu hati.
    * Makanan pedas, bawang dan tomato boleh menyebabkan pedih ulu hati dan senak.

 
3- Jenis minuman yang anda minum
* Minuman berkafein dan alkohol cenderung untuk meningkatkan keasidan dalam perut anda.
    * Minuman yang sangat panas dan jus limau juga mungkin pencetus.
 
 
p/s : keep healthy during Ramadhan will you. Please don't make silly reasons just to not fasting.
 

Penghantaran Khas Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam meninggalkan puasa

Assalamualaikum

tengok gambar di atas betul-betul.

Penghantaran Khas Bulan Ramadhan Domino's Pizza
sah dari 11 pagi hingga 5 petang

apa pendapat korang? adakah 11 pagi tu masa orang hampir berbuka?? Aku rasa waktu tu pun masih ramai dok berkuak lentang atas katil lagi kan. Waktu tu mesti perut tak berasa lapar lagi sebab dah bersahur pagi tadi (melainkan yang tak bersahur, memang masa 11 pagi tu la perut dah mula berkeroncong)

apa motif Penghantaran Khas Bulan Ramadhan ni? Is it reasonable to put the time 11 am? ka Penghantaran Khas Bulan Ramadhan ni untuk yang non-muslim?

or maybe untuk kami-kami orang perempuan yang sememangnya uzur? (Think positive)

what do you think?

Sunday, 13 July 2014

Iftar With Them

Assalamualaikum

Iftar hari ni (Saturday) with family. Inilah family aku dengan family makcik aku. 2 keluarga yang berada di utara semenanjung. Yang lain dah bermastautin kat Kuala Lumpur.

Hari ni berkumpul kat rumah makcik aku kat Penang. Dah macam pot luck pulak. Mak aku buat air mata kucing, agar-agar sekaya, dengan mash potato topped with daging hancur. Makcik aku pulak masak nasi goreng dan diaorang beli bihun Singapore, beriani putu mayong dengan air kathira (tapi warna pink)


sekali sekala berbuka bersama dengan sepupu sepapat ni best jugak. Lagipun boleh mengeratkan lagi silatulrahim. hee

esok berbuka di rumah kembali. Menu berbuka esok tak plan pun lagi. huhu

Thursday, 10 July 2014

Berbuka Puasa Di Depan Masjid Zahir

Assalamualaikum

Masjid Zahir, Alor Setar...ada sapa2 kat sini yang tak tau kat mana Masjid Zahir ni ka? kalau korang datang Alor Star, Kedah....korang singgah la solat kat Masjid Zahir...lokasi dia dekat dengan Menara Alor Setar...

inilah rupa Masjid Zahir...masa bulan Ramadhan, ramai orang buka puasa kat depan Masjid Zahir ni...depan tu macam ada padang, so kat situ la ramai yang cari port untuk buka puasa....

dah macam picnic dah...sebab makanan semua bawa sendiri...ada yang beli dari Bazaar Ramadhan then bawa kat sini untuk berbuka.....siap bawa tikar bagai....yang ramai berbuka kat sini adalah keluarga dan ada yang berbuka dengan kawan-kawan....

lepas berbuka, terus pergi Masjid solat Maghrib....senang...tak perlu susah2...masjid dekat ja....

ini apa yang aku beli tadi untuk berbuka....bukan aku punya sorang....ini makanan untuk 2 orang yang kuat makan...hee....

air beli sampai 5 bungkus (4 yang besar, 1 yang biasa)...beli banyak air ingatkan nak bagi dekat member yang join sekali tadi...tengok2 diaorang pun dah beli air...so yang lebih bawa balik rumah ja...huhu... roti john dia pun sedap....harga RM4.50....panjang pun panjang...pastu nasik lauk 2 RM5.50 (lauk ayam masak merah dan satu lagi daging masak kicap)....apom pol ka dot (macam ni ke ejaan dia?) RM3 = 9 biji..selama aku berpuasa tahun ni, tak pernah lagi la macam banyak macam ni...selalu makan sikit je....disebabkan jarang sangat aku pergi Alor Setar untuk berbuka puasa, so beli ja la apa yang berkenan kat hati...

ouh, by the way....makanan ni semua aku beli kat Bazaar Ramadhan dekat Stadiun Alor Setar....pssssttt, tadi aku jumpa Qi Razali la...terasa macam jakun pulak....hahahha...lalu sebelah ja tadi....sempat la kenyit2 mata (ok, aku main2 ja..tak dak la sampai kenyit2 mata)

aku tadi pergi bazaar Ramadhan tu, pusing 2-3 kali gak la...pi balik pi balik...sebab tak tau nak beli apa....dah la bazaar tu besar...dengan orang ramai...perghhh...orang cakap macam syurga makanan pun ada jugak....

korang berbuka makan apa hari ni? sebab aku dah tak tau esok nak berbuka makan apa...kot2 la boleh dapat idea sikit lepas tengok apa yang korang makan masa berbuka tadi... =)




Monday, 7 July 2014

3 Fasa Ramadhan

Assalamualaikum


korang tau tak apa itu 3 fasa Ramadhan? apa korang ingat taman perumahan je ada fasa-fasa? Ramadhan pun ada la....

Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa, iaitu :-

10 ramadan yang pertama adalah rahmat
10 ramadan yang kedua adalah keampunan
10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka 




Keutamaan 10 Hari Pertama
Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkannya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.


Keutamaan 10 Hari Kedua
Setelah melewati 10 hari pertama ramadhan, sekarang kita akan memulai fasa kedua bulan ramadhan atau fasa 10 hari pertengahan ramadhan dimana keutaman fase kedua ini adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau ampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyak dzikir dan meminta ampunan, meminta agar semua dosa-dosa kita di maafkan dan diterima tobat kita.
Tidak ada bulan-bulan lain yang sebaik bulan ramadhan, maka itu janganlah kita menyiakannya, agar kita tidak menjadi orang yang rugi.
 
 
Keutamaan 10 Hari Terakhir Ramadhan
Bulan Ramadhan merupakan momentum peningkatan kebaikan bagi orang-orang yang bertaqwa dan ladang amal bagi orang-orang shaleh. Terutama, sepuluh hari terakhir Ramadhan.
Sebagian ulama kita membagi bulan ini dengan tiga fasa: fasa pertama sepuluh hari awal Ramadhan sebagai fasa rahmat, sepuluh di tengahnya sebagai fasa maghfirah dan sepuluh akhirnya sebagai fasa pembebasan dari api neraka. Sebagaimana diriwayatkan oleh sahabat Salman Al Farisi: “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka. 
 
 
semoga Allah SWT menerima amal kebaikan kita insyaAllah =)
 
credit to : Hikmah Sejati 

Sunday, 6 July 2014

RESEPI : Buah Melaka

Assalamualaikum

meh nak share sikit juadah berbuka puasa...kot2 lah dah tak da idea nak masak apa....simple sangat kot buah melaka ni....kalau hari-hari biasa aku tak berapa nak makan sangat buah melaka...bila datang Ramadhan, memang teringin nak makan buah melaka ni...


bahan-bahan

tepung ubi pulut
garam secukup rasa
daun pandan
air masak
gula melaka
nyok (kelapa parut)


cara-cara

blend daun pandan dengan air masak...sebab kita nak ambil dia punya air tu untuk gaulkan dengan tepung untuk menjadikan warnanya hijau....tepung ubi tu ikut suka la korang nak banyak mana....air pandan pun ikut suka...gaulkan sampai sebati tepung dengan air pandan dengan garam....jangan tuang air pandan tu semua pulak...kang jadi air korang punya adunan....
biar jadi macam doh la....

then, potongkan gula melaka ikut korang punya kreativiti...kalau nak besar buah melaka tu, gula melaka kena la besar jugak...kalau tidak tawar la kuih korang...

ambil doh tadi, then buat bulat2 kecil..ikut kesesuaian....lepas buat bulat2, tekankan dia bagi jadi leper, sebab kita nak masukkan gula melaka kat tengah2 doh tu...then, tutup gula melaka tu, bagi jadi bulat balik....pastikan jangan ada gula melaka yang terkeluar ye...kang tak jadi...sebab apabila kita rebus, dia akan pecah kalau tak buat betul2....

lepas dah habis doh tadi kita buat bulat kecik2 dan masukkan gula melaka di tengah-tengah....maka bermulalah proses memasak....pastikan air dalam periuk mendidih (better masak air sementara korang tengah dok buat bulat-bulat doh tu)...then apa lagi, masukkan doh yang korang dah buat bulat-bulat tu.....

tunggu sehingga ianya terapung apung di atas permukaan air mendidih tersebut...then, angkat....letak dalam bekas yang berisi nyok (kelapa parut)....salutkan bagi sama rata....

SIAP!!

p/s : kalau nak lagi sedap, letak sedikit garam ke dalam nyok (kelapa parut) sebelum digolek-golekkan buah melaka tu....kalau nak lagi menawan, letak la sikit pewarna hijau ke dalam adunan tu.....aku tak letak pun pewarna....kononnya tak elok untuk kesihatan la....hee

SELAMAT MENCUBA

p/ss : ayat aku tu hopefully korang paham la...aku main tulis ja nih...tak reti nak explain bahasa chef, kita explain bahasa business women pun boleh la kan....asalkan jangan bahasa alien sudah...^^

kalau tak paham, tanya ok...jangan malu jangan segan...kalau malu nanti kuih korang tak jadi, jangan salahkan aku pulak ye

Monday, 30 June 2014

Kadar Zakat Fitrah bagi Setiap Negeri Seluruh Malaysia 2014M/1435H

Assalamualaikum

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2014M/1435H untuk setiap negeri seluruh Malaysia...

 kadar zakat fitah ditetapkan berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing

bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya di pagi Hari Raya Aidilfitri.

Saturday, 28 June 2014

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum

Selamat mengerjakan ibadah puasa bagi muslimin dan muslimat....

sempena 1 Ramadhan ni, marilah kita sama2 membetulkan niat puasa...kot2 la mana tau ada yang selama ni tersilap ka....apa2 ka....ingat mengingati tak salah kan... =)

Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Sebulan Ramadhan
Doa berbuka puasa

p/s : jangan main bantai ja berbuka nanti....keep it SEDERHANA...jangan membazir... =)

Wednesday, 25 June 2014

Peringatan : Bahaya Air Tebu

Assalamualaikum

just got this from my sister kat whatsapp...

sapa penggemar air tebu kat sini??? mestilah aku...hee...tapi bila baca ni, terus berkali kali pikir nak minum lagi ke tak air tebu ni...huhu
 tipu la sapa yang tak terliur tengok air tebu kat atas ni...



lazimnya penjual air tebu akan meninggalkan batang-batang tebu yang belum dikisar tanpa mengira kebersihannya di samping membiarkan berlonggokkan di sudut-sudut tepi pagar, tepi longkang, atau di atas tanah..tindakan peniaga-peniaga ini mengundang kehadiran tikus-tikus dan juga haiwan-haiwan perosak yang boleh membawa pelbagai penyakit...

sedarkah tuan-tuan dan puan-puan bahawa tikus adalah ejen pembawa penyakit LEPTOSPIROSIS (kencing tikus) yang boleh membunuh...ramai yang telah jatuh sakit dan maut akibat gejala penyakit ini...

justeru, berhati-hatilah tuan-tuan dan puan-puan...

inilah orang cakap...benda remeh-temeh diambil mudah oleh sesetengah pihak....orang yang nak beli ni bukan nak ingat apa dah....tekak kering...nampak air tebu ais plak tuu....main beli ja....tak tengok macam mana diaorang proses...kat mana diaorang letak batang-batang tebu tuu....
so, keep on sharing this k...make it habit....siasat dulu macam mana diaorang proses sesuatu, tambah2 makanan...jangan main hentam beli ja...

Wednesday, 31 July 2013

klip video yang menghina Islam

assalamualaikum.....


korang tau tak pasal klip video ni???
aku rasa macam trend pulak dah....dulu Alvin dan Vivian....sekarang si Chetz pulak.....ish2...apa nak jadi la dengan manusia sekarang ni.....dok diam2 tak boleh ka???

nak cari publisiti murahan lettewww....

=_="



Dengan takbir pada permulaan video selama 1:44 itu,kemudian muncul tiga ekor anjing yang dibawa oleh seorang lelaki memakai Baju Melayu.
Kemudiannya, lelaki ini membasuh kaki anjing yang hitam dan kemudian membasuh kakinya seolah-olah perbuatan mengambil wudhuk sebelum dia mengelap pula wajah anjing itu.
Semua adegan ini berlatarbelakangkan audio Takbir Hari Raya yang jelas mempersendakan alunan suci agama Islam ketika menyambut lebaran.
Kemudian, video ini memaparkan pula aksi si lelaki membuka kuih raya dan diletakkan di atas meja di ruang tamu sebelum di makan oleh ketiga-tiga ekor anjing tadi.
Video diakhirkan dengan pesanan “Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesis” menunjukkan kononnya perbezaan antara manusia dan haiwan.

for more HERE



Sunday, 28 July 2013

mana lebih afdhol antara puasa dengan tidak bagi wanita hamil?

assalamualaikum


Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan,

Wanita hamil tidak lepas dari dua hal:

1. Wanita itu kuat dan semangat untuk jalani puasa, tidak sulit baginya jalani puasa dan tidak membawa efek bagi janinnya, maka wajib bagi wanita hamil tersebut untuk berpuasa. Karena ketika itu tidak ada udzur baginya untuk tidak berpuasa.

2. Wanita tersebut tidak mampu dan berat jalani puasa atau badannya lemas jika jalani puasa dan sebab lainnya, maka dalam kondisi ini hendaklah ia tidak berpuasa. Apalagi jika membawa efek pada janinnya, kondisi ini juga wajib baginya untuk tidak berpuasa.

Status wanita hamil dan menyusui adalah seperti orang yang sakit. Jika ia sulit jalani puasa, maka ia boleh tidak puasa, namun tetap dirinya harus mengqodho (nyaur) puasanya ketika ia mampu nantinya, statusnya seperti orang sakit. Sebagian ulama berpendapat cukup bagi wanita hamil dan menyusui mengganti puasanya dengan menunaikan fidyah, yaitu memberi makan pada orang miskin bagi hari yang tidak berpuasa. Namun pendapat ini adalah pendapat yang lemah. Yang tepat, tetap baginya menunaikan qodho puasa seperti musafir dan orang sakit. Allah Ta’ala berfirman,

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ

“Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.” (QS. Al Baqarah: 185)

إِنَّ اللَّهَ وَضَعَ عَنْ الْمُسَافِرِ نِصْفَ الصَّلَاةِ وَالصَّوْمَ وَعَنْ الْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ

“Sesungguhnya Allah meringankan separuh shalat dari musafir, juga puasa dari wanita hamil dan menyusui.” (Diriwayatkan oleh yang lima)

[Tuhfatul Ikhwan bi Ajwibah Muhimmah Tata'alluq bi Arkanil Islam, hal. 171]
Penyusun: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel muslim.or.id


klik SINI

Thursday, 25 July 2013

7 Pemuda tertidur selama 309 tahun

assalamualaikum....


Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.


Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
Maksalmina
Tamlikha
Martunus
Bainunus atau Nainunus
Sarbunus
Dzunuanus
Kasyfitatanunus
Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. 

Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. 

Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. 

Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).

Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)

Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.

Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)

Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.

FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)

Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.

“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)

Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. 

Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. 

Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)


Wednesday, 17 July 2013

Recipe : cheese baked parmigiana d'pasta

assalamualaikum....

juadah untuk iftar tadi...disediakan 100% oleh cik siti sendiri...resepi oleh encik belalang...hee ^^


CHEESE BAKED PARMIGIANA D'PASTA

BAHAN-BAHAN :-

Bahan A (spaghetti)
1/2 packet Spaghetti
olive oil
garam
air

cara-cara A = letak air bagi mendidih...letak minyak sikit dalam air....letak garam....then bila dah mendidih, masukkan spaghetti....then agak2 dah masak...toskan....basuh dengan air sejuk...bagi dia stop masak....then letak sedikit olive oil..ratakan...supaya tak melekat



Bahan B (rhue)
2 sudu makan butter
1 sudu makan tepung gandum (kalau tak cukup, tambah lagi)

cara-cara B = Rhue ni untuk memekatkan kuah....cairkan butter....then tutup api...masukkan tepung....gaul hingga sebati...jika masih cair...tambah tepung sehingga menjadi macam pes (paste)


Bahan C (bechamel)
3 ulas bawang putih dicincang
butter untuk saute
1 tin susu cair
1 kotak kecik whipping cream
rhue (bahan B) yang telah dibuat tadi
garam
gula
lada hitam
oregano

cara-cara C = saute bawang dengan butter....masukkan susu cair dan whipping cream....letak garam, gula, lada hitam dan oregano secukup rasa.....agak-agak dah mendidih...letak rhue sedikit demi sedikit...sehingga mendapat consistency yang diinginkan...(jadi macam mushroom soup yang agak pekat)


Bahan D (beef margarita)
3 ulas bawang putih dicincang
butter untuk saute
1 botol sos prego (tomato)
daging dicincang (agak2 la nak banyak mana)

cara-cara D = saute bawang dengan butter...masukkan daging cincang...agak-agak dah separuh masak, tuang sos prego...tunggu sehingga mendidih....


selepas sediakan bahan-bahan di atas...dari A-D, panaskan ketuhar 170 darjah celcius....
sediakan bekas kaca/besi untuk baked spaghetti tadi....

cara-cara untuk layer spaghetti dan sos-sos tadi....
1- masukkan spaghetti setebal 2 cm (depends korang la...)
2- letak bechamel ( bahan C) ratakan
3- letak beef margarita (bahan D) ratakan...
4- ulang balik step 1 sampai 3 sehingga habis bahan2 tadi...
5- topping dia letak meatball (terpulang kepada korang nak letak berapa banyak)
6- letakkan mozarella cheese (terpulang jugak kepada korang)
7- akhir sekali letak lada hitam dan oregano
8- baked sehingga perang dengan suhu 170 darjah celcius....


SELAMAT MENCUBA.....

sebarang pertanyaan, boleh la comment di ruang yang telah disediakan....




Friday, 12 July 2013

Cara Mengkhatam Al-Quran dalam sebulan

assalamualaikum...

hari ni nak share la serba sikit cara macam mana nak khatam Al-Quran dalam masa SEBULAN!!!!

mula-mula, jom kita tengok berapa muka surat dalam Al-Quran....600 kan? kalau bahagi dengan 30 hari, jadi la 20 muka surat dalam sehari....20 muka surat???? TERASA BANYAK KAN?????

cuba kita bahagi pulak dengan 5 waktu solat sehari semalam....makna kata, setiap kali solat, kita perlu baca 4 muka surat....mudahkan???? insyaAllah

Bagi orang perempuan pula, ada tempoh-tempoh 'bercuti' daripada solat dan membaca Al-Quran. Kita cuba gandakan/gantikan pada waktu Maghrib atau selepas Isyak ataupun selepas waktu solat yang agak lapang (atau selepas tahajjud sementara menanti Subuh). (ikutlah atau yang mana.. he)

orang cakap kalau ada kemahuan, pasti ada jalan....
nak seribu daya, tak nak seribu dalih.....


Nabi SAW bersabda :
"Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para pembacanya."
(Riwayat Al-Bukhari)

Hadith PALSU tentang kelebihan solat terawih

assalamualaikum...

aku dok tengok ada 2 3 orang dok post kat wall pasal KELEBIHAN SOLAT TERAWIH ni.....
hurmm...then aku buat la kajian pasal benda (kononnya la...padahal search kat google)..then terbaca pasal benda ni.....

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).


Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.


Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.


Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.


Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).


Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)


Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)


Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :


1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.


2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.


3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.


4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.


Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


SUMBER RUJUKAN DAN KENYATAAN DIPETIK DARI WEB  JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...