Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Monday, 19 December 2016

VIRAL : BAHAYA BISKUT BERASAP

Assalamualaikum

Pernah nampak orang dok viral pasal benda ni?


Ada orang panggil dragon breath. Bila korang makan benda ni, asap akan keluar berkepul-kepul dari mulut. Bukan macam asap rokok. Asap ni keluar sebab biskut tu terlampau sejuk. Ala-ala macam dok kat oversea yang bila korang bernafas keluar asap tu.

Korang tau tak benda ni bahaya kalau pengendalian tak betul.



See, dah ada yang terkena dah.

A teenager has had her stomach removed after drinking a cocktail containing liquid nitrogen

Benda ni terlampau sejuk sampai boleh bahaya untuk kita. Bayangkan korang pegang ais. Apa yang korang rasa? Lama-lama korang akan rasa pedih semacam kan. So bayangkan benda ni 100 kali ganda sejuk daripada ais.

Benda ni memang la famous dah kat oversea. Diaorang guna liquid nitrogen ni as foof and beverage industry. TAPI, cara pengendalian diaorang ni lebih teliti dari kita RAKYAT MALAYSIA.

Bila cara pengendalian tak betul, semua nak cepat. Sebab tu la ada kes macam kat atas ni.

Benda main dengan chemical kot. Sedangkan kalau kat sekolah, bila masuk lab kimia, korang kena pakai lab coat bagai. Precautions semua ada. Ini, korang nak guna bahan kimia dalam makanan. Lagi la kena handle with care.

And sesiapa yang ada jual benda2 ni, harap boleh la terangkan kat customer korang tu apa liquid nitrogen. Sebab orang kita ni apa benda yang viral, semua nak ikut. HIPSTER katanya. Tapi kesan sampingan tak tau. Lepas kena, baru nak mencari. Baru nak tanya orang.

Apa-apa pun, berhati-hati la. Tak semua yang ikut trend and hipster tu best.


Wednesday, 16 July 2014

Perempuan maki hamun kerana kereta dilanggar

Assalamualaikum

Korang mesti dah tengok kan video yang menjadi viral di Facebook buat masa ini? Alah, video ni la

https://www.facebook.com/photo.php?v=827366383970988&set=vb.487696657937964&type=2&theater

click gambar untuk tengok video tersebut

so, what's your comment about that?
comment aku adalah :-

"hai la cik akak...bertudung litup cantik dah..tapi perangai macam tuttt ja...setakat calar sikit tu pun ko mintak sampai RM2K...at least pergi la buat polis report dulu...ni tak, ko pegi ketuk2 lagi kereta mamat tu...kang tak pasal2 dia saman ko RM2K sebab ketuk2 kereta dia..dah la video ni pun dah tersebar....malu oihh...."

aku dulu pernah la langgar orang. Tapi bukan langgar lari ye, langgar tak sedarkan diri ada la.
Ingat lagi entry aku yang INI?

Ni la gambar kereta aku masa accident hari tu.. Tahun 2011 kalau tak silap


nahhh...lagi teruk pada kereta ko la minah.

Accident ni berlaku aku rasa sebab salah aku sendiri. Apa yang aku ingat, sebelum accident adalah aku tersangat-sangat la mengantuk masa nak balik rumah. Aku dari kelas masa tu. Tetiba, sedar-sedar ja orang ramai dah keliling kereta aku. Yang peliknya aku langsung tak sedar masa pelanggaran tu berlaku (bayangkan lah macam mana aku tidur mati masa tu..nasib baik tak mati)

lepas sedar ja, aku jadi blurr, and nasib baik orang yang aku langgar tu tak maki hamun macam minah dalam video tu. Dah la aku langgar kereta dia sampai terbalik masuk longkang yang agak besar. Kereta aku berspusing 180 darjah (dari apa yang aku nampak lepas aku sedar). Sebab kereta aku masa aku sedar tu berada di tengah-tengah jalan dua hala dan ia mengadap ke arah bertentangan daripada arah yang aku memandu sebelum aku tak sedar.

Alhamdulillah, hanya muka bercalar dan lutut sebelah kiri luka sikit. Yang lain semua ok. Orang yang aku langgar pun tak cedera pun.

Aku tak trauma pun bawa kereta. Sebab masa accident tu aku tak sedar apa yang terjadi pun. LANGSUNG tak sedarkan diri. Tapi apa yang aku tau, aku accident masa hari Jumaat, tengah hari dan pada bulan puasa.

Sekarang ni dah hampir 3 tahun kejadian tu berlaku. Aku lebih berhati-hati sekarang. Kalau mengantuk ja, aku akan berhenti rehat walaupun kat tepi jalan. Dan aku memang sediakan gula-gula Mentos untuk mengunyah semasa memandu untuk jarak jauh. Ini masa bulan tak puasa ja la. Masa bulan puasa, aku elakkan memandu ke tempat-tempat yang agak jauh kecuali kalau memang memerlukan untuk aku memandu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...