Showing posts with label UPU. Show all posts
Showing posts with label UPU. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

UiTM Shah Alam, Here We Come

Assalamualaikum

Wah, long time no see you la. Hari Ahad lepas aku, puan emak dan adik aku bertolak ke Sri Kembangan. Sebab nak hantar adik aku ke UiTM Shah Alam pada hari Isnin.

tu dia adik aku punya barang. Melimpah ruah. Ini la dikatakan perempuan. Aku dulu pun cenggitu jugak. Hahaha, tak boleh nak kata pa dah. Memang kalau kereta ni muat, dah lama dah angkut satu rumah pergi asrama.

 Sampai ja kami kat rumah pak cik aku dalam pukul 6 petang macam tu. So malam tu pergi makan satay Kajang. Mak aku dah kempunan sangat. Sampai saja kat sana, punya la ramai orang. Sampaikan tak ada parking, kena park kat tepi jalan ja kot. Then berjalan kaki.





Tengok, bertapa ramainya orang. Sampaikan kami yang 7 orang ni kena duduk kat meja 4 orang.
Apa yang best sangat pun tak tau la. Sebab aku pernah makan satay yang besar cenggitu and lagi sedap. 

Keesokkan harinya pergi lah menghantar adik aku register kat sana. (nampak sangat pakai tudung semalam) Malas nak bawa tudung banyak2. Sebab nak duduk satu hari ja pun. Lepas hantar tu, balik la

On the way nak balik tu, aku tengok jammed teruk dari arah utara menuju ke KL. Kiranya start dari Tapah aku dah nampak jammed dah kat lane sebelah sana. (aku dari arah KL menuju ke Kedah) dekat RnR pun penuh ja parking. Memang nasib baik la tinggal kat Kedah. Kalau nak pergi KL masa Public Holiday pun tak gerun sangat. Sebab tak da la jammed sangat. Sebab mostly yang dari KL akan balik kampung kat Utara mahupun Selatan. hee


So, inilah alasan aku kenapa aku tak update blog 2-3 hari ni. Boleh diterima tak?
Actually memang tak ada idea pun nak update blog. huhu

Wednesday, 13 August 2014

Keywords Ogos 2014

Assalamualaikum

Tadi saja la aku belek-belek Nuffnang, nak tengok keywords apa yang terlekat kat blog aku ni ha.
Jom kita perati (tengok) apa yang lekat

click gambar untuk tumbesaran ya

Mula-mula keywords tu adalah "Tips Kurangkan Berat Badan"
Entry INI sejak diterbitkan tahun lepas, pageviews dah mencecah 9k. Alhamdulillah ^^

Yang ada orang search "cara hilangkan berat badan". Macam pelik ja bunyi. Acane nak hilangkan berat badan? Nak jadi 0kg kah anda? macam-macam betul la diaorang ni search.

Pasal cerita AUCMS (Allianze University of Medical Sciences) tu, hurmmm. Nothing much to say. Sebab aku pun dah angkat kaki dari kolej tu. Apa yang aku dengar daripada member-member yang still study kat situ, memang still ada problem. Problem apa? Itu aku tak pasti. Tapi kalau tanya aku problem sebelum aku berhenti, itu korang semua pun tau kot.

MASALAH KEWANGAN.
MASALAH FASILITI.
MASALAH PEMBELAJARAN.

If you can stand study with only one lecturer teach for 2 months. If you can stand study at Kulim, Kedah but you take your exam at HUKM, Cheras. If you can stand moving here and there every year.

YEAH, YOU'RE MOST SUITABLE TO STUDY THERE.

Bagi adik-adik yang ada hati nak study kat IPTS, better buat research dulu ya pasal sesebuah IPTS tu. Kalau IPTA, kita dah tau diaorang punya kualiti. IPTS ni korang kena jaga-jaga sikit. Jangan tanya admin IPTS tersebut. Tanya student diaorang. Baca artikel-artikel pasal IPTS tersebut. Jangan tanya sorang dua. Tanya paling kurang 5 orang. Baca sekurang-kurangnya 5 artikel.

Kalau betul nak masuk jugak IPTS tersebut. Bersiap sedialah dengan mental dan fizikal ya. =)

GOOD LUCK ^^

Monday, 8 April 2013

cerita cik siti budak medik

assalamualaikum

hey, hello holiday...long time no see ya....(padahal tiap2 minggu holiday kot...errr i what i mean is weekends) memandangkan rumah aku hanya 20 minit daripada kolej, so tiap2 minggu la balik rumah...kalau nak lagi best, boleh ja balik tiap2 hari...hahhahahahha......so holiday ni aku tak rasa macam holiday la...macam tak dak perasaan...bosan lagi ada la...haish....tapi tak pa la...at least, dapat la jugak rehatkan badan ni.....sesungguhnya module yang dok berjalan ni adalah KILLER MODULE which is Neuroscience...and also I got 3 reflective writing to submit next week....=_="

sekarang ni da masuk sem 4, which I've gone through 2 module before I get into Neuroscience module....and for the 3rd sem final exam....i passed....maybe ada orang yang tak tau...aku ni repeat 1 year....sebab fail la kan...kalau pass, tak repeat la.....tapi apa2 pun, Alhamdulillah sebab tahun yang repeat ni, aku tak fail lagi la....and hopefully this 4th sem, tak da module yang nak kena repeat....bila jadi student repeat ni, memang tekanan banyak kot...semua orang have high expectation on us....kadang2 tuu psycho lebih....contoh kalau result da keluar....pastu, mula la kepala otak dok pikir "macam mana kalau aku failed? mesti orang cakap kan....budak repeat pun boleh failed ka...padahal benda tuu da belajar da dulu"...kadang2 tuu boleh jadi gila jugak tau tak....tapi so far so good la...aku tak jadi gila lagi....kalau aku jadi gila, maybe aku tak tulis la entry kat sini dah...heheh

and then, ada satu golongan ni akan tanya (selalunya budak2 lepasan SPM/Matrikulasi/Asasi)...."belajar medik ni senang ka?" soalan cepur mas di tanya....what actually i'm going to say to them?? sebab bagi aku, medik ni susah....then I end up with "depends on individual la....kalau ada minat, tak susah punya" itu adalah jawapan yang paling safe la setakat ni....

and kalau yang tanya aku pasal biasiswa/pinjaman or whatever tuu, aku tak boleh jawab sangat...sebab aku sendiri tak dapat biasiswa atau pinjaman....sendiri bayar la kot...tapi, on the way nak apply MARA for 3rd year nanti....hopefully boleh lulus and masuk 3rd year....aminn

ok lah...itu ja kot nak share untuk masa ni...seriously penat sangat sebab baru balik dari Queensbay Mall...ingat nak restock Daiso Charcoal Mask....unfortunately, da abes stock....yang ada kat tangan aku sekarang, hanya tinggal lagi 2 tubes SAHAJA...


Tuesday, 6 November 2012

PTPTN demand

assalamualaikum....

PTPTN sekarang da demand daaa...amboi!!!

masa aku nak apply, baru la diaorang nak ubah term and condition...haish....
kenapa aku cakap da demand.....sebabnya, diaorang tengok result SPM...yang mana dapat C, diaorang tak nak bagi pinjaman...haish....=_="....itu menjadi masalah kepada aku sekarang ni......


nasib baik nak mintak pinjaman ni optional...bukan sebab aku desperate sangat nak benda ni......tak pe la...nasib baik ada option lain...iaitu, MARA.....tapi MARA kena tunggu dalam seminggu lagi la...itu pun kena selalu buka website dia....hurm...tak pe la...apa boleh buat...nasib badan la cenggini....disebabkan C satu subjek SPM yang aku jawab 4 tahun yang lalu, sekarang aku suffer......


ingatkan tak payah pikir da result SPM.....rupa2 nya tidak.....

so adik-adik yang sedang menghadapi SPM sekarang ni, buat elok2 la ye....itupun kalau tak mau ada masalah dalam masa 4 tahun akan datang...huhu

Sunday, 2 September 2012

trip to KL

assalamualaikum...

actually, cik siti baru ja balik dari KL hantar adik cik siti kat UM....
cik siti just wanna share with u olls all the picture that i snap during the trip....=)

so enjoy!!!

this picture was taken in the car...on my way to KL....
(jeles kat orang2 yang boleh makan ice cream baskin robbins free masa dato' lee chong wei dapat pingat)




breakfast in Grand Seasons hotel...










dan di atas ni 7 gambar kesemuanya...antara ruang2 dalam rumah yang bernilai RM 3 MILLION


tak mampu den nak beli rumah RM3million ni.....tapi rasanya da dapat ilham kot nak decorate rumah nanti macam mana.....beli rumah sederhana ja...tapi decorate la cantik2......hehehhehe...

p/s : esok cik siti da start kelas....and maybe, entry akan dikurangkan la kot....and also, kepada blogger2 yang comment2 kat entry2 cik siti...di harap bersabar ya....cik siti akan blogwalking kat blog korang as soon as possible....sekarang nak tido....esok nak bangun awal..nak kena drive pegi kepala batas (boleh buat teruk cik siti ni....padahal 20 minutes ja dari rumah)...heheheh...

Wednesday, 1 August 2012

perasaan : bedah mayat

assalamualaikum...

as u all know...aku ni medical student....so da sinonim dengan mayat....

sapa pernah dengar "nak jadi doktor ni kena tido ngan mayat"

sesungguhnya itu hanyalah auta (tipu) semata mata....mak aku kata tak ada pun kena tido ngan mayat...huhu...nonsense ja....hehe

tapi bedah mayat (bukan mayat yang bernama bedah) tuu memang kena la....sebab nak kena belajar organ2 tuu dengan lebih mendalam...so that kita boleh nampak real2 organ tuu.....

contoh macam salur darah...kalau kita tengok gambar, dia akan tunjuk warna biru (veins) and warna merah (artery)...macam ni

sememangnya la yang real2 tak macam ni...

mana ada salur darah kaler2 macam ni.....so kena la bedah mayat untuk tengok yang betul2 punya.....



perasaan aku bila disuruh bedah mayat?

perrrghhhhhhh.....mula2 tuu disuruhnya aku pegang tangan mayat tuu sebab member aku nak yang bedah dulu....
menggeletar jugak la aku pegang....tangan dia keras...al maklumlah...da lama...diaorang simpan dalam formalin (sejenis ubat pengawet)....masa ni aku boleh plak main2 dengan tangan tuu...(sebelum tuu...mayat ni complete ok...tak ada yang terputus tangan ke apa...semua anggota masih lagi "melekat" dengan badannya)....bila aku tarik (stretch) tangan mayat tuu, baru la boleh bedah....then aku lepaskan...tangan tuu pegi balik kat tempat asal dia...iaitu di sisi badan....so kena sentiasa tarik la...huhuhuhu....

then turn aku plak bedah...kali ni memang lagi menggeletar la aku.....haish.....scary la...tapi da lama2 tuu ok ja (sembang ja aku ni...nak ok tuu pun amik masa yang lama gak la)

ouh...tak di lupakan jugak....bau formalin yang menusuk ke lubang hidung memang tak boleh dilupakan....kitaorang kena pakai mask tutup hidung.....

huhu...

tapi apa2 pun tu pengalaman aku la sebagai seorang student medic...korang hadoo???

lecturer aku cakap...nak bedah mayat ni tak leh main2...kita kena niat untuk belajar...sebab diaorang ni sedekahkan mayat diaorang untuk study purpose..so kena serious la.....lepas aku set mind aku bedah mayat ni untuk study, memang da tak rasa takut la....kalau tak dulu, nak pegi tengok jenazah pun aku tak sanggup...sebab aku takut....sekarang tak pernah lagi la aku kena kacau ke apa ka selepas bedah mayat tuu...

p/s : mayat yang AUCMS beli tuu dari philipines.....

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Allianze University College of Medical Sciences

assalamualaikum....

errr...panjangnya nama "U" cik siti kan kan kan....

Allianze University College of Medical Sciences


in short AUCMS

cik siti join segmen ni....


kalau nak join...sila klik banner ye....


cik siti tag semua orang yang tengah baca entry ni....hehehe....



Sunday, 22 July 2012

soalan yang akan di tanya semasa temu duga MD UKM di AUCMS

assalamualaikum...

selamat sejahtera....

ada orang tanya aku soalan apa yang akan di tanya semasa temuduga.....

temuduga ni terbahagi kepada dua.....
1-temuduga if korang dapat tawaran dari MARA (makna kata MARA yang sendiri offer kat korang kos MD UKM dekat AUCMS...)

2- temuduga yang korang sendiri apply kos ni kat AUCMS (keranya tak ada orang tawarkan.....korang cari sendiri kat internet and apply dari situ)



ok, yang first tuu aku sendiri tak pernah merasai sebab aku apply sendiri kos ni....tak ada orang tawarkan pun.....
tapi apa yang member2 aku cerita la, temnuduga jika korang dapat tawaran dari MARA ni, pihak MARA aku turun sekali bersama sama dengan pihak AUCMS menemu duga anda.....dan diaorang akan tanya serba sedikit mengenai medik ni...contoh, "tau tak pasal heart attack?" if let say korang cakap tak tau, or korang just tau basic ja....just cakap ja....dan bila da tak tau, korang jangan main bantai (hentam) ja cakap...cakap ja korang tak tau....ok?


yang temuduga korang apply sendiri kos ni, masa aku gi temuduga tuu...diaorang tanya, 
"dari mana tau pasal kos ni?"

"tau tak yuran kos ni RM300,000?"

"mampu ka?"

"mak ngan ayah kerja apa?"

"fluent tak cakap English?"

before i proceed, all the questions they ask in English....ok?????

sebab lecturer yang ajar nanti 100% tak reti cakap bahasa melayu unless diaorang da lama dekat Malaysia.....

boleh cenggitu???

lepas tuu diaorang akan tanya, macam mana nak survive dengan yuran macam tuu mahal.....


ermmm...tuu ja la kot...pasal temuduga ni....tak banyak pun diaorang tanya...cuma korang kena pandai2 jawab la macam mana korang nak cari duit sebanyak tuu untuk bayar yuran diaorang....
=)

ha..nanti macam ni la....korang duduk dalam bilik tu sorang2...and ada 3 orang lagi tanya soalan kat korang....takut tak???hehehhe....honestly cuak jugak la...heheh


MD UKM di AUCMS

assalamualaikum.....

sekarang musim adik2 semua tengah mencari cari tempat mana nak di tuju selepas Matrik/ form 6/ diploma....kan kan kan???

aku pulak sekarang sebok gak...sebok menjawab pertanyaan adik2 yang bertanya pasal MD UKM.....

first of all adik2 kena tau, akak ni amik MD UKM di AUCMS...bukan dekan UKM ok.....itu memang patut kena tau...sebab program MD UKM di AUCMS adalah "twinning program" (perghhh pun boleh twin2 ni dalam kos)

secondly korang kena tau gak, yuran MD UKM di AUCMS ni....yuran dia sama sekali TAK SAMA dengan yuran kat UKM.....
yuran pengajian selama 5 tahun di AUCMS ni, adalah sebanyak RM300,000 ++....bukan RM300 ok....TAPI RM 300 K....

harap paham ye di situ......

itu korang patut tau.....
tapi kalau korang da tau pasal tuu, and nak tanya soalan lain, korang boleh la comment kat entry ni...(aku pun tak pasti sama ada anonymous boleh comment or tak kat blog aku)...kalau la dikatakan tak boleh, korang boleh la tanya aku kat Page FB aku tuu...insyaAllah aku akan jawab ye.....=)


ni logo yang lama...sekarang ada yang baru AUCMS (U tuu bermaksud University)
sekarang ACMS da jadi AUCMS (Allianze University College of Medical Sciences)




untuk lebih lanjut sila pegi ke portal AUCMS

Tuesday, 17 July 2012

untuk pertanyaan mengenai MD UKM di AUCMS

assalamualaikum...

amboi...cik siti ni da jadi macam kaunter pertanyaan da....heheh....
ada yang dok tertanya tanya aku pasal MD UKM....
ada yang nak add aku kat FB and ada nak numb fon.....

bagi yang nak add aku kat FB, sila add aku...just tekan butang yang macam ni kat sebelah kanan page aku...
terserah la nak add FB ataupun twitter...tapi kalau korang nak aku reply cepat, add aku kat FB la...sbb twitter jarang aku buka....

yang nak number telefon tuu...hurmmm...yang tuu tak dapat aku nak nolong....sebab aku ni jarang topup hee....so nak reply pun susah...

kalau nak cakap dengan aku, add aku kat SKYPE pun boleh...senang sikit aku nak explain....

anta comment kat sini....and bagi korang punya username.....nanti aku add...jangan risau k.....comment2 korang aku akan approve dulu sebelum publish.....so kalau korang bagi korang punya username skype kat comment aku tuu, aku takkan publish la....safe kan.....

Saturday, 2 June 2012

tentang UPU


ok, ada yang tanya aku dentistry tuu dia kena brp pointer.....if aku tak silap la, 4 flat....macam medic jugak.....tapi depends jugak la U apa yang kita mintak....apa cakap ni kat IPTA k....IPTS tuu aku rasa dia tak kesah sangat....kalau dapat CGPA 3 ke atas rasanya da boleh dapat.....better korang refer kepada orang yang amik dentistry....sebab kos aku bukan dentistry....aku medic.....but aku rasa dia punya syarat lebih kurang ja kot......aku pernah mintak dekat MAHSA.....try la...kot2 boleh...sebab masa aku hari tuu diaorang cakap course dentistry da penuh....huhu...maybe bukan jodoh aku kot dengan GIGI ni....hehe


aku ada member, dia buat dentistry kat India...tapi tak ingat la apa U tuu......korang jugak boleh apply dekat PIDC (penang international dental college)....aku pun nyaris2 masuk situ.....PIDC ni 2 tahun pertama korang kena belajar dekat INDIA....then clinical year dekat malaysia.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...