UiTM Shah Alam, Here We Come | Cik Siti

Tuesday, 2 September 2014

UiTM Shah Alam, Here We Come

Assalamualaikum

Wah, long time no see you la. Hari Ahad lepas aku, puan emak dan adik aku bertolak ke Sri Kembangan. Sebab nak hantar adik aku ke UiTM Shah Alam pada hari Isnin.

tu dia adik aku punya barang. Melimpah ruah. Ini la dikatakan perempuan. Aku dulu pun cenggitu jugak. Hahaha, tak boleh nak kata pa dah. Memang kalau kereta ni muat, dah lama dah angkut satu rumah pergi asrama.

 Sampai ja kami kat rumah pak cik aku dalam pukul 6 petang macam tu. So malam tu pergi makan satay Kajang. Mak aku dah kempunan sangat. Sampai saja kat sana, punya la ramai orang. Sampaikan tak ada parking, kena park kat tepi jalan ja kot. Then berjalan kaki.





Tengok, bertapa ramainya orang. Sampaikan kami yang 7 orang ni kena duduk kat meja 4 orang.
Apa yang best sangat pun tak tau la. Sebab aku pernah makan satay yang besar cenggitu and lagi sedap. 

Keesokkan harinya pergi lah menghantar adik aku register kat sana. (nampak sangat pakai tudung semalam) Malas nak bawa tudung banyak2. Sebab nak duduk satu hari ja pun. Lepas hantar tu, balik la

On the way nak balik tu, aku tengok jammed teruk dari arah utara menuju ke KL. Kiranya start dari Tapah aku dah nampak jammed dah kat lane sebelah sana. (aku dari arah KL menuju ke Kedah) dekat RnR pun penuh ja parking. Memang nasib baik la tinggal kat Kedah. Kalau nak pergi KL masa Public Holiday pun tak gerun sangat. Sebab tak da la jammed sangat. Sebab mostly yang dari KL akan balik kampung kat Utara mahupun Selatan. hee


So, inilah alasan aku kenapa aku tak update blog 2-3 hari ni. Boleh diterima tak?
Actually memang tak ada idea pun nak update blog. huhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...