Cabaran 30 Hari : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak | Cik Siti

Thursday, 11 September 2014

Cabaran 30 Hari : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum

#day11 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari





1- Masa aku kecik-kecik dulu aku suka pakai bedak tebal. Ala, macam orang pakai bedak sejuk tu. Sampai bertampung la kat muka. Hee

2- Dulu masa kecik-kecik, gigi aku banyak yang rosak. Pastu, bila pi rumah tok sedara aku, anak-anak dia selalu tanya "gigi mana gigi? tikus curi?" sampai menangis nangis and fobia bila pi rumah diaorang. huhu. Tapi sekarang bila pikir-pikir balik, memang lawak la. Tak dapat bayangkan aku dengan tak ada gigi. Hahaha. Tu la, makan coklat banyak sangat. Tapi nasib baik bila dah besar, gigi cantik je tersusun.

3- Masa kecik-kecik dulu, aku kalau nak ter uh uh (buang air besar), aku akan duduk kat satu sudut, iaitu tepi almari, then duduk bertinggung kat situ. Mak aku cakap, dia tau dah bila aku duduk kat tepi tu. Masa tu aku pakai lampin ok. Bukan ter uh uh dalam seluar ke apa. 

4- Masa kecik-kecik dulu, mak aku sambung belajar master. So dalam sebulan tu ada la dia kena pergi HUKM, ada jugak kena on call bagai. So, berjauhan la dengan aku. Nenek aku jaga aku dengan adik-adik aku. Masa mak aku nak pergi HUKM tu, menangis-nangis nak ikut. Malam sebelum dia pergi tu, dah rancang siap-siap dah nak duduk dalam bonet nak ikut dia. Hahaha. Last-last tak jadi pun. Hanya boleh ligan (kejar) ja kereta mak aku dari jauh. Then mak aku cakap, nanti pi la rumah kawan, ajak kak is (maid aku) sekali. So, gembira la sikit.

5- Masa kecik-kecik dulu, aku selalu tidur depan pintu bilik mak aku. Mungkin tak biasa lagi kot tidur kat tempat lain. Lagipun bilik mak aku tu ada aircond. Tak dapat masuk bilik sebab pintu bilik kunci, dapat tidur depan pintu pun jadilah. Dapat jugak rasa aircond tu yang keluar dari celah-celah lubang pintu. Hahaha

Itu je la yang aku ingat. Yang lain aku tak ingat dah. huhu


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...