Monday, 21 April 2014

BERWASPADA : Majlis Akad Nikah Di Masjid

Assalamualaikum...

sekarang ni ramai yang nak menikah dan dah menikah....dan sekarang ni jugak, makin ramai yang buat akad nikah di masjid kan kan kan...memang, sunat buat akad nikah di masjid..
 Antara perkara yang sunat dilakukan di masjid ialah  mengadakan majlis akad nikah. Sabda Rasullullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha bahawa dia berkata, Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Kamu umumkanlah pernikahan ini, dan buatlah (di mana-mana) masjid, serta  pukullah rebana-rebana (tanda meraikannya).” (Hadits riwayat at-Tirmidzi) 
tapi tahukah korang adab masuk masjid??


Masjid merupakan tempat di mana orang-orang Islam mengerjakan ibadat seperti mengerjakan sembahyang, beri‘tikâf, membaca AlQur’an, mengaji ilmu dan sebagainya. Di samping itu masjid juga merupakan syiar agama Islam  dan merupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala di muka bumi ini. Abu
Hurairah  Radhiallahu ‘anhu telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “(Tempat-tempat) setiap negeri yang paling disukai Allah ialah masjid-masjidnya.
(Hadits riwayat Muslim)


Oleh  sebab masjid mempunyai hukum dan adabnya yang tersendiri maka bukan sahaja orang yang hendak bernikah malahan juga orang ramai yang dijemput hadir perlu menjaga akan hukum dan adab  yang berhubungkait dengan masjid
supaya terselamat dari melakukan sesuatu yang ditegah atau tidak diingini oleh syara‘.

Salah satu isu yang perlu diberi  perhatian dalam  hal ini  ialah mengenai hukum yang  berkaitan dengan masuk ke dalam masjid terutama bagi orang yang berhadas besar. Bagi orang yang dalam keadaan suci dan bersih tidaklah menjadi masalah masuk ke dalam masjid. Tetapi bagi orang yang  dalam keadaan berhadas besar, sama ada orang yang dalam keadaan junub atau perempuan yang sedang haidh atau nifas mempunyai hukum tertentu yang perlu diketahui. Apa yang dikhuatiri berlaku ialah jika hukum mengenai orang  berhadas besar masuk ke  masjid ini tidak diketahui oleh orang-orang yang menghadiri majlis akad nikah di dalam masjid, maka bukan pula pahala diperolehi bahkan mendapat dosa kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum syara‘.


Orang-Orang Yang Dilarang Masuk Ke Masjid 

Terdapat beberapa golongan tertentu yang dilarang menurut hukum syara‘ daripada memasuki masjid. Mereka ialah:

• Orang yang dalam keadaan junub 

Orang yang dalam keadaan junub haram berhenti atau duduk diam dalam masjid tanpa keuzuran. Perkara ini disebutkan dalam alQur’an dalam surah an-Nisa’ ayat 43:

Tafsirnya: “Janganlah kamu menghampiri (mengerjakan) sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingggalah kamu (sedar dan) mengetahui  apa yang kamu katakan. Dan (janganlah kamu masuk ke dalam masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar), kecuali sekadar melintas sahaja.”  
(Surah an-Nisa’: ayat 43)

Tetapi tidak haram dan tidak makruh baginya melintas di dalam masjid jika ada tujuan seperti lalu di masjid untuk mengambil jalan dekat. Namun jika tidak ada sebarang tujuan maka hukumnya adalah makruh. •

Perempuan haidh dan nifas 

Perempuan yang sedang dalam haidh dan nifas adalah haram berhenti dalam masjid. Walau  bagaimanapun perbuatan masuk masjid tanpa berhenti di dalamnya tidaklah diharamkan. Bahkan memasuki masjid dengan hanya sekadar melintas dari satu pintu ke pintu yang lain adalah diharuskan jika mempunyai tujuan atau
sebab tertentu seperti melintas  dalam masjid itu merupakan jalan pintas bagi seseorang itu menuju ke tempat tujuannya. Namun jika tidak mempunyai tujuan, bahkan hanya sekadar untuk melintas semata-mata, maka perbuatannya itu adalah makruh. Manakala jika takut akan mengotori atau mencemarkan kebersihan
masjid tersebut, maka melintas di dalamnya adalah haram. ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi perempuan haidh mahupun juga  orang yang berjunub.” (Hadis riwayat Abu Daud) 

• Orang-orang yang terdapat padanya najis dan dikhuatiri akan mengotori masjid

Larangan masuk ke masjid ini tidaklah dikhususkan ke atas orang yang sedang mengalami hadas besar sahaja seperti orang yang berjunub, perempuan haidh dan nifas sahaja, tetapi merangkumi sesiapa saja yang membawa najis dan dikhuatiri boleh mengotori kebersihan masjid, seperti orang yang mengalami  salasul baul
(iaitu masalah air kencing selalu keluar) tidak kira sama ada lelaki atau perempuan dan perempuan yang mengalami istihadhah.




Majlis Akad Nikah Dalam Masjid 

Apabila menyentuh mengenai melangsungkan akad nikah di dalam masjid, sebaiknya imam masjid berkenaan  hendaklah peka mengenai perkara ini dengan menulis notis peringatan seperti di pintu masjid, dan notis itu tidaklah khusus kepada bakal pengantin malah kepada semua tetamu yang  akan menghadiri majlis akad
nikah itu nanti termasuklah ahli keluarga pengantin dengan menyatakan dalam notis itu orang  yang dalam keadaan berhadas besar tidak boleh atau haram  masuk ke masjid, misalnya perempuan yang ‘datang bulan’ dan seumpamanya.

Bakal pengantin perempuan juga hendaklah berterus terang akan keadaannya jika ‘datang bulan’ supaya pihak keluarga pengantin boleh mencari alternatif lain dengan membuat persiapan tertentu supaya majlis akad nikah itu diteruskan juga dalam masjid tanpa kehadiran bakal pengantin perempuan, kerana ibadah sunnah untuk bernikah dalam masjid masih tercapai tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Kepekaan akan perkara sebegini boleh mengelak bakal pengantin perempuan dari melakukan perkara yang bertentangan dengan syara‘ kerana dikhuatiri ada di  kalangan ahli keluarga mahupun tetamu yang hadir itu nanti tidak mengetahui akan hukum masuk ke masjid ini.

Selain daripada menjaga batas-batas hukum masuk ke masjid yang telah digariskan oleh syara‘, kita juga dituntut menjaga adab-adab berada di masjid. Antara adab itu ialah seperti sembahyang tahiyyat al-masjid, berniat ‘itikaf ketika dalam masjid, dan membaca doa ketika masuk masjid dan begitu juga doa ketika
keluar masjid, tidak bercakap tentang perkara-perkara dunia yang tidak berfaedah dan tidak membuat bising sehingga menimbulkan ketidak selesaan ke atas orang lain.

Maka sebagai kesimpulan, bahawa jika membuat apapun jua majlis dalam masjid bukan sahaja majlis pernikahan, maka semua orang hendaklah menjaga kemuliaan dan kesucian masjid itu dengan menjaga hukum dan adab-adab ketika berada dalam masjid. Ini sesuai dengan kemuliaan masjid  itu sebagai tempat beribadat seperti mengerjakan sembahyang, beri‘tikâf, membaca Al-Qur’an, mengaji ilmu dan sebagainya.


Kalau sedang haid ketika akad nikah , tidak merupakan salah satu rukun nikah.Maka nikah itu sah.
Rukun nikah

* Pengantin lelaki
* Pengantin perempuan
* Wali
* Dua orang saksi
* Ijab dan kabul (akad nikah)

Saturday, 19 April 2014

Tawaran Biasiswa Untuk Anda

Assalamualaikum


ada yang lepasan SPM or Diploma or Foundation yang nak lanjutkan pelajaran kat OVERSEA tak??? nak apply SCHOLARSHIP tapi tak tau kat mana????

ce korang cuba yang INI

klik LINK untuk tengok syarat-syarat kelayakkan korang dan bidang yang korang nak apply



Awesome Giveaway part 2 by FatinDiana

Assalamualaikum


nak join jugak?? sila klik banner di atas ni k... ^_^

Friday, 18 April 2014

Amazing Picture : Gold Eagle hunter teenage girl

Assalamualaikum...

godek-godek Yahoo tadi, terjumpa gambar-gambar ni...





cantikkan kan...teringin nak pegang eagle dengan naik kuda..dia ni umur 13 tahun dan dia PEREMPUAN!!! aku respect ar kat dia ni.....kalau kat Malaysia, perempuan umur 13 tahun sibuk cari boyfriend...hoih...sibuk dengan facebook....update status sampai tak hingat dunia.....=_="


1000 men quit smoking in a year

Assalamualaikum

study showed that every year 1000 men will stop smoking...

nak tau kenapa tak???
sebab 1000 orang dah mati kerana merokok...sebab tu la mereka berhenti merokok....this is what my lecturer told me....



tengok gambar di bawah ni

poster ni GAGAL...kenapa aku cakap macam tu??? sebabnya, korang tengok la rokok tu, dah bengkang bengkok kan.... some people will read this as "Tak Nak Rokok Bengkang Bengkok"

hahahha...betul tak apa yang aku cakap...sapa yang nak rokok yang dah jadi bengkang bengkok kan... =P
selamat berehat di rumah bagi yang bercuti.... ^_^


Tips bateri tahan lebih lama sebelum cas sekali lagi

Assalamualaikum...

sesiapa yang pakai smartphone tu, maybe kemungkinan BESAR korang selalu kekurangan bateri phone apabila nak guna....dan juga korang akan mengalami perasaan FEDUP sebab dalam sehari 2-3 kali charge phone....

BETUL TAK APA YANG AKU CAKAP NI?????

aku paham la situasi korang macam mana....ingat korang jer yang ada smartphone...aku pun ada la....memang rasa macam nak guna 3310 balik ja sebab malas nak charge...bila emergency nak guna phone, tup tup bateri 10% padahal 6 jam lepas 99%....=(


nah, kat sini nak bagi tips sikit macam mana korang boleh try untuk mengelakkan korang charge phone banyak kali dalam sehari...

1 - MATIKAN TELEFON BIMBIT ANDA :-
cara ini adalah yang paling efektif sekali untuk bateri tahan lebih lama...mana tak nya, dah off phone....memang automatik tak guna la energy phone tu...so bateri pun boleh jimat....hahahha...cara ni korang boleh guna pakai masa korang nak tidur yang mana masa tu korang memang tak nak receive any calls daripada orang......ataupun bila korang ada kat sesuatu tempat yang memang korang tau tak ada line, contoh macam korang pergi ke pedalaman or whatsoever la.....so, korang boleh la matikan phone korang tu....kalau on pun, macam tak dak point je kan....=)

2 - JANGAN IKUT STATEMENT NI "FULLY CHARGE AND FULLY DISCHARGE" :-
paham tak? ok, aku tau semua orang beranggapan yang kita kena fully discharge which means memang phone dah really nazak, then baru charge....lepas tu, charge sampai full....betul kan?? sebab aku pun anggap macam tu jugak....TAPI ITU SALAH!!! lithium based battery (handphone keluaran baru) di designkan untuk charge early and often...cara ni akan prolongs battery life....

3 - SWITCH OFF VIBRATE FUNCTION, HANYA GUNA RINGTONE SAHAJA :-
vibration ni pakai banyak power...so better off kan je vibrate tu....pakai ringtone sudah ler...

4 - JANGAN GUNA FEATURES YANG RASA TAK PENTING :-
contoh macam camera, internet connection...itu sila jangan pakai bila korang tau yang battery korang tu tengah nazak....sebab benda2 macam ni la yang banyak guna power...so guna phone apabila perlu sahaja....

5 - TUTUP BLUETOOTH KALAU TAK NAK PAKAI :-
well said is it? =)

6 - KURANGKAN PENCAHAYAAN ( BRIGHTNESS) AS LOW AS YOU CAN

7 - JANGAN GUNA WALLPAPER YANG BERGERAK-GERAK






Tuesday, 15 April 2014

Date and Fate

Assalamualaikum..
Testing testing..hoho
Saja nak testing post entry pakai fon..:)

Wednesday, 9 April 2014

About Me

Assalamualaikum

now, story about me...my name is Siti Fatimah Idris...date of birth 23rd September 1991 (so, pandai2 lah kira sendiri...takkan setiap tahun nak update umur ye dak)...lahir kat Penang tapi sejak berumur 7 tahun keluarga aku dan aku sekali berpindah ke Sungai Petani, Kedah kerana bilangan ahli keluarga sudah ramai dan rumah dekat Penang sangat mahal....so, beli rumah kat Sungai Petani dan sampai sekarang masih tak berganjak daripada rumah ni....so almost 15 years now....aku anak sulung daripada 4 orang adik beradik....

mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Pulau Pinang (awal tahun 1998 sampai bulan 9 1998)...
then kitaorang berpindah pergi Kedah dan aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Gedong, Sungai Petani (1998-2003)...
masa sekolah menengah pulak, aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang, Sungai Petani (2004-2008)
in between aku pernah masuk MRSM Taiping masa tahun 2007 tapi keluar balik selepas 4 bulan duduk sana...dan kembali semula ke SMKBA..huhu..sebab HOMESICK
lepas SPM, aku masuk Matrikulasi Pulau Pinang..then aku dapat masuk UM kos degree Biomedic Engineering....maybe bukan takdir aku dengan kos tu, aku dapat tawaran ambil kos degree Medic UKM dekat AUCMS...so sekarang (2014) aku dah masuk sem 6 dan hanya 4 sem je lagi nak grad, insyaAllah...tengah buat clinical kat Hospital Kulim (kalau jumpa, tegur2 lah ye)

aku mula berjinak-jinak dalam dunia blogger ni masa tahun 2010, masa tu aku berumur 19 tahun...
hurm, apa lagi yang korang nak tau pasal ciksiti? ouh ye, sebelum ni blog ni nama dia "Cerita Ceriti Kisah Hidup Cik Siti"...disebabkan nama terlalu panjang, so aku pendekkan menjadi Cik Siti ja.....

kalau nak add Facebook aku, dipersilakan...SINI
twitter dah lama tak pakai...and tak aktif pun....Facebook je la yang ada pun






Tuesday, 8 April 2014

Tutorial





  1. Floating ads
  2. Auto-post kat Fanpage/FB/twitter
  3. Widget for top commentator
  4. Sticky post
  5. Scrollbar for widget
  6. dashboard + follow button
  7. button "reply" at comment
  8. cara gabungkan widget / gadget di sidebar
  9. cara nak buang Malware!
  10. cara pasang widget Alexa dalam blog
  11. ruang iklan bergerak

Saturday, 5 April 2014

Bunga-bunga sakura

Assalamualaikum...

jom usha dulu gambar-gambar di bawah ni...kita beramah mesra dulu dengan gambar-gambar, dan lepas tu aku akan start bercerita...hee




pemandangan di taman perumahan aku kat Sungai Petani, Kedah....bunga ni sekarang dok famous dalam FB dan instagram sebab nampak macam bunga sakura yang ada kat jepun tu....walaweyh...rasa bangga sat sebab pokok2 tu ada depan rumah aku dan ayah aku ada tanam pokok tu betul2 di depan rumah aku...heee

orang panggil sakura, ataupun Cherry Blossom...setahun sekali ja dapat tengok bunga ni....selalunya dalam bulan March-April macam tu....kalau kat KMPP dulu, memang ada disepanjang jalan daripada asrama dengan blok akademik.....

terasa macam kat Jepun dah aihh.....jepun la sangatkan...padahal dok Malaysia...jangan main2, Malaysia ni pun ada la bunga sakura....tak perlu pergi jauh2 semata-mata nak snap pic dengan bunga sakura....depan rumah aku pun ada la...kalau nak, boleh lah datang snap pic dengan bunga sakura sebelum habis musim dia.....



Friday, 4 April 2014

Anonymous-Op Israel 2014

Assalamualaikum...


Greetings Citizens of the world, WE ARE ANONYMOUS
It has come to our attention that the Israeli government has ignored repeated warnings about the abuse of human rights,
shutting down the internet in Israel and mistreating its own citizens and those of its neighboring countries.
April 2014 will be a month to remember for the Israeli defense forces and internet security forces.
We will strike any and all websites that we deem to be in Israeli Cyberspace in retaliation for the mistreating of people in Gaza and other areas.
Anonymous has been watching you, and you have received fair warning of our intent to seize control of your cyberspace in accordance with basic
humanitarian rights of free speech and the right to live. As of 9:00 AM Pacific Standard Time, the number of attacked Israeli websites is approximately 10,000.
The further assault on the people of Gaza,
people of Palestine or any other group will be treated as a violation of the Anonymous Collectives intent to protect the people of the World. Israel,
it is in your best interest to cease and desist any further military action or your consequence will become worse with each passing hour.
This is a message from Anonymous Op Israel , Anonymous Special Operations and the Anonymous Collective of the entire planet.
We will treat each additional death as a personal attack on Anonymous and you will be dealt with swiftly and without warning.
Our hearts are with the women, children and families that are suffering at this very moment,
as a direct result of the Israeli Governments misuse of its military. Brothers and sisters of Anonymous ,
we urge you to protest the Israeli Government and any associated hostile forces. Now is the time for anonymous Jordan to help the people that are hurting.
Help the people that are being taken advantage of. Help the ones that are dying and it will further the collective as a whole and we can help bring a peace within the Gaza
region to those people that so desperately need it. We call on the Anonymous Collective to hack, deface, docks, hijack, database leak,
admin takeover, four oh four and DNS terminate the Israeli Cyberspace by any means necessary.
To the Israeli Government, Anonymous has grown tired of your bullying, and now you will see the result of your actions.
Cyber war has been declared on Israel cyber space and you will see exactly what we are capable of. Israel, the angel of death has been called to your cyberspace.
We are Anonymous.
We are legion.
United by one.
Divided by zero.
We do not forgive.
We do not forget.
It's too late to expect us

macam ni kalu punya anonymous, aku sokong sangat2....ni baru benda bermanfaat...daripada asyik dok hack blog orang yang tak bersalah ja kan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...