Tips : menyejukkan badan ketika musim panas | Cik Siti

Friday, 21 February 2014

Tips : menyejukkan badan ketika musim panas

Assalamualaikum...

musim sejuk kat malaysia telah berlalu (yang kononnya malaysia akan ada salji)...aku rasa ramai yang berharap macam tu....tapi, musim sejuk tu tak berpanjangan...cuma 7 hari ja...lepas tu, panas sampai mencecah 36 darjah celcius....

aku sekarang ni tidur pun pasang 2 kipas...kedua-duanya dipasang dengan volume maximum....satu kipas syiling dan satu lagi kipas stand....itu pun bangun tidur boleh berpeluh-peluh sampai basah baju.....

nah..kat sini aku nak share sikit tips untuk menyejukkan badan...tips ni bukannya boleh menyejukkan badan macam korang duduk dalam bilik aircond...tapi cukuplah sekadar mengurangkan rasa panas badan...

1 - minum air masak dengan banyak....sebanyak yang mungkin kerana badan kita apabila panas, ia akan mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan...so, minum lah air dengan banyak untuk mengelakkan dehydration

2 - makan timun...tak kisahlah, masa makan nasi atau buat jus timun....timun boleh menyejukkan badan

3 - minum air limau nipis...ini kepada sesapa yang tak suka makan timun la....aku amalkan minum air limau nipis ni masa makan malam....

4 - jangan pakai baju tebal2....pakai baju nipis...tapi tak la nipis sangat sampaikan boleh nampak isi kandungan dalam baju tersebut

5 - makan buah-buahan...Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air, tembikai susu (honeydew), betik (mengandungi 91% air) dan nenas (84% air).  Kesemua buah-buahan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah untuk kita dapatkan dan beli dimana-mana.


ermm...itu ja kot yang aku nak kongsikan...cara aku mengurangkan suhu badan....


HOW BOUT U? JOM SHARE KAT RUANGAN KOMEN ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...