memandangkan semalam dan hari ini ada tetamu datang umah cik siti.....so, aku search benda ni.....
sebab dulu aku pernah belajar pasal adab menerima tetamu.....
and sekarang, aku nak share dengan korang2 sekalian.....
Antara adab tuan rumah dalam menyambut tetamu, hendaklah tuan rumah atau ahli keluarganya keluar atau bangun dan senyum menyambut mereka di depan pintu.
Hidangkanlah kepada tetamu jamuan yang istimewa pada hari pertama dan malamnya manakala pada hari berikutnya adalah jamuan biasa. Ini bersandarkan kepada hadis Nabi saw,
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه جائزته, قالوا : يا رسول الله, وما جائزته ؟ قال : يومه وليلته . والضيافة ثلاثة أيام . فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberinya jaizahnya (memuliakan tetamu). Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, Jaizahnya bila ? Nabi saw menjawab : (Memberi layanan) sehari semalam. Bertamu itu tiga hari, maka selebihnya adalah sedekah baginya. (HR Bukhari dan Muslim)

Makanan istimewa untuk tetamu
Makanan yang istimewa untuk tetamu pada hari pertama seelok-eloknya ialah daging sekiranya mampu. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 64 ketika menceritakan Nabi Ibrahim a.s sewaktu menyambut tetamunya,
“ Sesungguhnya telah datang utusan-utusan kami kepada nabi ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan.Lalu mereka memberi selam dengan berkata:"Salam sejahtera kepadamu (wahai ibrahim)."Nabi ibrahim menjawab:"Salam sejahtera kepada kamu".Maka tidak berapa lama selepas itu,dia menghidangkan jamuan untuk mereka,seekor anak lembu yang dipanggang".

Dan tetamu, janganlah merungut dengan makanan yang dihidangkan, sebaliknya hendaklah redha dengan makanan yang dijamu kepadanya. Itulah rezeki yang telah dikurniakan oleh AllahSWT kepadanya.
Sekiranya tetamu menginap di rumah lebih dari tiga hari, maka menjelang hari keempat dan seterusnya tuan rumah berhak memberitahu tetamu sekiranya tidak mampu melayan. Tetapi sekiranya mahu melayan juga, maka ia adalah sunat dan dikira sebagai sedekah. Sabda Rasulullah saw,
"Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]

ok....anda semua paham?????
so, layan la tetamu dengan sebaik baiknya selama 3 hari.....lepas pada tuu, dikira sunat melakukannya...
kiranya hari pertama...kedua dan ketiga tuu WAJIB...tak boleh nak buat sambil lewa k......
more info : SINI
No comments:
Post a Comment