kelebihan bersahur | Cik Siti

Wednesday 25 July 2012

kelebihan bersahur

assalamualaikum...

kalau aku ni panggil sahur tuu soq (bahasa orang utagha...)...hehe

korang tau tak apa kelebihan sahur??

sahur ni membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab)....Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)...dah kalau malas sangat nak masak tuu, minum air suda...


Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani)

.
Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”...ha, kepada sesiapa yang suka makan sahur awal2 dalam kul 12 malam tuu, sila jangan buat demikian....makan sahur kalau boleh lagi 15 minit nak abes waktu sahur...ok??


so dengan ini, sesiapa yang tak suka bersahur tuu paksa la diri supaya suka ok...sebab sahur tuu bukannya memudaratkan tubuh badan korang pun......




4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. sgt2 betul. saya wpun siang bz di office, blk masak pula utk berbuka. tp sahur ttp bangun masak/panaskan lauk. bnyk kelebihan bersahur ni. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...