Kapal Bunga Alpinia TERBAKAR | Cik Siti

Friday, 27 July 2012

Kapal Bunga Alpinia TERBAKAR

assalamualaikum....

orang cakap bawa kapal ni ada risiko dia.....tambah2 kapal tuu kapal tangki minyak....memang risiko tinggi kotttttt....
nasib baik la bapak aku bawa kapal kargo (ni pun takut gak...kot2 la ada bom dalam kargo tuu)....untung la bapak aku sekarang da pencen...fuuuhhhh...lega sikit la.....



LABUAN: Dentuman seperti guruh disusuli percikan api menggegarkan jeti Petronas Mega Methanol Labuan, di sini, apabila kapal tangki Bunga Alpinia meletup ketika sedang mengepam bahan api dalam kejadian berhampiran Pulau Eno, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, seorang kru kapal, Sharil Azmi Baharudin, 28, ditemui rentung berhampiran jeti Petronas manakala empat lagi rakan mangsa, Muhammad Azrin Khansani, 20; Mohd Hanafi Kalil, 24; Zahari Hassim, 46, dan warga Filipina, Errol Calau-an Colangay, 32, masih hilang.
Harian Metro difahamkan, tiga petugas kapal yang cedera dikenali sebagai Ridwan Rahmatullah, 30; Mohd Faizal, 28; dan Chin Si Moi, 57.

Kejadian awal pagi itu menyebabkan kapal milik Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) itu musnah sama sekali selepas berlaku dua letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan sekitar jeti berkenaan
.

takziah buat keluarga mangsa....yang hilang tuu hopefully dapat ditemui.....

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...