assalamualaikum....
sedar tak sedar malam ni da 24 ramadhann...sat ja kan kan kan....
tadi masa pegi terawikh....ada la tazkirah dari seorang ustaz.......
dia cerita pasal Saidina Umar al-Khattab....
korang pernah dengar??
maybe pernah dengar tapi terlupa....betul???
jom la aku nak kongsi....
siapa tak kenal Saidina Umah al-Khattab????
beliau seorang yang kuat menentang Rasulullah S.A.W sebelum Saidina Umar masuk Islam....
nak tau macam mana Saidina Umar al-Khattab boleh peluk Islam???
cenggini cerita dia.......
pada suati hari...sedang orang2 Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk membunuh Baginda Rasulullah S.A.W...Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab tuu...
memandangkan Umar adalah seorang panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal, oleh itu ramai yang bersorak apabila Umar menawarkan diri....
Umar lantas menggalas pedang di tengkuk lalu terus pergi menyelesaikan tanggungjawabnya...
dalam perjalanan...Umar bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah.
dan adalah perbualan diaorang...
"mahu ke mana wahai Umar?"
"aku mahu membunuh Muhammad!" jawab Umar....
“Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani
Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu”.
Umar tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keIslamannya.
Pertarungan hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata:
“Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik perempuanmu dan iparmu telah memeluk Islam”.
maka..marah la Umar....dan Umar menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya....kedua-dua adiknya sedang menerima pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a. Umar mengetuk pintu dan memanggil adiknya supaya membuka pintu.
mendengar suara Umar al-Khattab, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik tetapi terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran sekali....apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata...
mendengar suara Umar al-Khattab, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik tetapi terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran sekali....apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata...
" wahai musuh kepada musuhmu sendiri, Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.
Adik iparnya menjawab:
“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.
Umar bertanya kepadanya:
“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?”.
Adik iparnya menjawab:
“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik dan benar?’’.
lepas mendengar jawapan adik iparnya, Umar apa lagi...bertambah menyinga la....then, Umar membelasah adik iparnya dengan teruk sekali...
adiknya berkata...
"Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim. Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.
Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya.
Adiknya berkata:
“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.
Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur.
Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:
“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.(Surah Thaha : ayat 14)
Lantas Umar bersuara:
“Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.
Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:
“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah; “Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.
Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.
Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.
Wallahu’alam.
p/s : masa aku dengar cerita ni badan aku menggeletar kot...walaupun aku da pernah dengar....but setiap kali aku dengar kisah2 nabi dan para sahabat...memang rasa nak menangis...rasa bersyukur sebab lahir2 aku da menjadi seorang Islam...
SUMBER
SUMBER
deknie baca entry cik siti yang ni pon dah seram sejuk dan naik bulu roma deknie... apatah lagi kalo dengar ceramah secara live... alhamdulillah... subhanallah....
ReplyDeletenice:)
ReplyDelete