Wednesday, 5 November 2014

Snack Di Petang Hari

Assalamualaikum

Aku tau, sekarang dah malam. And sepatutnya aku update entry ni petang tadi. Tapi tak pa la kan. Petang esok korang boleh try benda ni jugak. Hee

Snack ni senang ja nak buat. Cuma perlu ada kesabaran sikit ja =P

Aku namakan SNACK KETAM RANGUP

Korang just perlukan isi ketam yang orang dok buat steamboat selalu tu. Depends la nak banyak mana pun. Tapi aku punya suggestion, better 10 batang ke atas. Sebab nanti bila korang dah goreng, dia mengecut.


Lepas tu carik-carikkan macam gambar atas tu. Tak kesah la korang nak guna pisau, gunting ataupun tangan untuk carik-carikkan tu. Part ni la korang perlukan kesabaram yang banyak. Kalau ada orang yang tolong lagi cepat la benda ni nak siap.


Lepas tu, sediakan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau boleh buka ja api besar. Sebab benda ni cepat ja masak.
Kalau tak betul-betul panas, confirm la snack ketam korang tu akan terlekat kat kuali dan dah tak sedap. Ni dari pengalaman aku sendiri la. Huhu

Tadaa. Dah siap.

Serious sedap. Tapi jangan makan hari-hari. Kang kolestrol tinggi. Kalau nak makan jugak, kongsi la dengan sedara mara. Tak ada la kita makan sorang-sorang dalam kuantiti yang banyak.


Tips : Macam mana nak tau minyak tu betul-betul panas ke tidak?
KORANG PERCIKKAN AIR SEDIKIT KAT KUALI YANG BERISI MINYAK TU, THEN KALAU DIA BUNYI BISING, MAKSUDNYA BELUM BETUL-BETUL PANAS. TUNNGU SAT. THEN TEST KALI KEDUA KALAU DAH TAK BISING, MAKNA KATA DAH BETUL-BETUL PANAS LA MINYAK KORANG.

BEWARE!! sila jauhkan diri daripada kuali selepas anda percikkan air. Percik ja ok! jangan ko tuang sebaldi dalam kuali tu.


Ni tips daripada encik Chef ok. Sebab selalu aku tak tau minyak dah betul-betul panas ka belum. Then bila encik Chef bagaitau, sampai sekarang la, memang perfet ja masak. Tak pernah lagi la silap goreng dengan minyak tak betul-betul panas.

Tuesday, 4 November 2014

Cucur Yang Paling Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum

Resepi ni daripada arwah tok aku kat Langkawi. Dah la senang, sedap pulak tu.

Nak tengok resepi? Kat sini, "Resepi Cucur"

Sekali sekala makan, tak pa la. Kalau dah hari, confirm kolestrol tinggi. Huhu


Nah, aku belanja gambar-gambar selfie aku. Memang dah lama pun aku tak selfie sejak muka dipenuhi jerawat. 




Motif letak gambar buku Prinsip Perakaunan ni kenapa? Yo ler, aku kan nak jadi business women, sebelum nak jadi business women yang berkaliber, mestilah kena start dari bawah dulu kan.

Lagipun, aku bukannya ada basic tentang akaun pun. Main jual beli barang ikut logik akal ja. Next year dah nak sambung belajar business. So memandangkan tak buat apa-apa sekarang, better baca buku yang aku tersilap beli ni.

Ha, macam mana boleh tersilap beli? Adik bongsu aku ni cakap dia ada subjek akaun KOT. So, aku sebagai kakak dan merangkap cikgu tusyen dia pun terkedek-kedek la pergi beli buku-buku latihan bagai. Tengok-tengok dia tak amik pun subjek tu. Nerghhhh. Nasib baik aku boleh guna. Tapi ada buku Add Math pun terbeli jugak. Itu aku tak tau nak buat apa. Ingat nak let go je kat adik member-member yang nak amik akaun masa form 4 next year. Huhu

Monday, 3 November 2014

Homemade Apple Juice

Assalamualaikum

Walaweyh, sekarang ni semua nak homemade. Apakah rakyat Malaysia sekarang dah malas nak keluarkan duit yang banyak nak pergi beli yang dah siap tersedia?

Or sebab nak amalkan gaya hidup sihat?


Bagi aku la kan. Semua ni gara-gara nak stay healthy la. Kalau beli kat luar, takut nanti ada benda pelik-pelik pulak yang diletak dalam tu.

Kalau jus epal ni, kat luar confirm2 la diaorang letak banyak air, air gula dengan sedikit saja jus epal. Tapi tak padan dengan harga. Ceroi (terlalu cair) ja.


Memandangkan puan emak dah beli sebijik mesin jus ni. Aku dan adik-adik apa lagi, kerahkan tenaga la nak buat jus epal yang terbaik dari ladang.

Epal hijau yang sebesar penumbuk aku, kena guna dalam 8 bijik untuk 4 orang minum. Nerghhh, memang healthy sangat la kan.

Pulpa dia pun boleh digunakan untuk buat mask. Eh ye ke? aku tak pernah buat mask lagi la. Cuma dok tengok tutorial omputih. Depa buat homemade mask bagai guna pulpa buah-buahan. =P

Apa tunggu lagi, sila la beli satu mesin ni. Hari-hari minum jus. Baik untuk kesihatan anda dan keluarga anda.

Aku guna jenama Philips (ops, terpromote pulak). Tapi memang senang untuk di handle la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...