Bermuda Triangle | Cik Siti

Saturday 19 March 2011

Bermuda Triangle

assalamualaikum dan selamat malam....
wargh...ngantuk nya...tapi aku nak share jugak benda ni ngan korang....
takut esk lupa....
korang pernah dengar tak bermuda triangle???also known as segitiga bermuda....
aku tau bermuda triangle ni masa darjah 6..time tuu tengah tengok movie omputeh...
then, tadi tetiba aku rasa nak search pasal benda ni....
bermuda triangle ni kadang2 dipanggil segi tiga syaitan...

ok, kepada sesapa yang tak reti baca peta...meyh aku terangkan kat mana bermuda triangle ni....
dia terletak dekat barat laut Lautan Atlantik...
kat kawasan ni, banyak kapal terbang dan kapal da hilang disebabkan malapetaka semulajadi...

"Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air[12]; dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk. Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.
Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.) "

yang ayat kat atas ni aku petik dari sebuah article yang menerangkan pasal bermuda triangle ni...

manakalau teori versi Islam plak....

"Manakala menurut pengkaji Islam, Segitiga Bermuda nih ialah medan 
pertembungan antara arus panas ngan sejuk, apabila arus panas dan sejuk
yg bertembung akan mengakibatkan keadaan cuaca yang buruk. Pengkaji Islam
juge membuat teori bahawa Segitiga Bermuda ialah pangkalan jin, syaitan
dan iblis didunia...  "

korang boleh la search kat google untuk tau lebih lanjut pasal benda ni...

p/s : 1st time tengok cita bermuda triangle engatkan kawasan ni tak wujud...
last2 dapat tau memang kawasan ni wujud...plus, bermuda triangle bukan pulau...

1 comment:

  1. Ada yang kata, kat segi tiga bermuda ni terdapatnya Dajjal yang dikurung.. HUHU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...